Followers

Sunday, September 2, 2012

Kata-kata menjadi doa.

Two weeks no updates. Malas nak menulis. Even banyak-banyak benda nak cerita. Tapi, bila nak bercerita je semua hilang pulak. Macam tk ada cerita langsung. 

Sebelum melebih-lebih aku membebel, aku ucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke 55 tahun untuk semua. Sedar tak sedar pakcik depan rumah aku ni dah umur 55 tahun. Anak merdeka pulak tu. Untung beliau. 

Pagi-pagi hari ni baca paper Metro. Kes bapa nak rokok free punya pasal, sanggup bagi anak perempuan free kat orang lain. Maksudnya gadai anak. Tak sekolah ke apa tak tahu la bapak ni ha. Bila kena serbu dengan Ops Ambang Merdeka ke apa entah nama, anak itu mendakwa tak tahu tidur dengan lelaki itu adalah satu kesalahan dan dosa. Bapak dia pun cakap tak tahu. Ada jugak kes-kes lain lagi kan? Kes serbu sebab tengah "projek baik" ambang merdeka. 

Before 31st August hari tu, banyak dalam FACEBOOK kawan-kawan maya aku tu duk update status yang bukan-bukan. Yang mendoakan keburukan. Contoh, 

"Nanti 9 bulan keluar la anak malam merdeka ni." 

Dan macam-macam lagi yang malas aku nak tulis kat sini. Korang-korang mesti tahu kan, samaada korang pernah tulis macam tu jugak ataupun pernah baca. Just imagine la kalau semua yang ada FACEBOOK kat Malaysia ni baca dan tulis macam tu. Tak macam mendoakan ke? 

Kata-kata adalah satu doa kan? Sebab tu la bila pagi-pagi bangun baca paper ada berita tak baik macam ni. Sebab dah doa dari awal kan? Kalau doakan kebaikan untuk mereka-mereka ni kan bagus? Walaupun akan ada kejadian macam ni, tapi kita boleh mendoakan kan, supaya kejadian macam ni berkurangan tak pun tak terjadi di lain tahun kan. 

Lagi satu, jangan terlalu cakap buruk pasal orang. Kelak memakan diri. Kita tak tahu apa nak jadi dengan diri kita sendiri akan datang. Kalau kau kata laki tu bohjan, perempuan tu bohsia, tak mustahil kata-kata kau tu akan balik pada diri sendiri. Mana tahu satu hari nanti kau kena rogol. Masa tu orang akan nampak silap kau je. Takpun kalau lelaki, mana lah nak tahu kalau tetiba kau berubah sifat jadi anak ikan mak datin ke. Ha, tak ke naya diri sendiri tu namanya? 

Bukan aku tunjuk baik or cakap aku tak pernah mengata orang. Ya. Aku pernah mengata orang dan kata-kata aku yang buruk tu kena aku balik. Sampai sekarang pun aku malu dengan orang yang pernah aku burukkan satu waktu dulu. Walaupun pada dasarnya perkataan yang aku keluarkan hanyalah sekadar kata-kata biasa. Bila terkena kita balik, baru sedar sejauh mana tahap 'biasa' tu. Biasa tak biasa, bisa jugak la kan. Malu jugak nak menghadap orang even orang tu tak tahu pun kita ni malu kat dia. 

Okey lah. Hari dah lewat. Tapi aku bukan nak masuk tidur llagi. Nak pi melayan cerita Korea sat. Tiga hari duk tengok tak habis-habis lagi. Nampak tak aku sibuk? 

Okey. Tipu. Aku sibuk makan berjalan and tidur je. Hihi. Esok ada kenduri. Okbai. Selamat malam. Assalamualaikum. 

5 comments:

Edy Fee said...

hye lama tak BW...
ape khabar blogger...
----->
mulut manusia..susah nak tutup.hurmmm ckap la baik2 spatutnya

TSYA'Z (~_^) said...

Edy : hye. kabar baik. :)). lama jugak x jln2 ni. :))

Edy Fee said...

hehe tau takpe.hurmm dora dtg lg/.hehehehe

TSYA'Z (~_^) said...

hahahaha. xsempat nk update lgi.

Edy Fee said...

dtg mlawat lg