Followers

Wednesday, November 26, 2014

Bila nak dapat kerja lain ni?

Assalamualaikum. 

Jadi minggu lepas. 

Aku bengang tahap hati-rasa-nak-terajang-orang. Sampai tahap macam tu. 

Sampai hari ni, aku ingat lagi. Aku duduk diam-diam dekat meja aku, tak buat apa-apa, masih ada orang nak kacau. Aku paling bengang orang usik aku tanpa sebab. 

Memang. Memang betul aku main game. Tapi, aku main game sebab aku tak ada kerja. Aku nak hadap siapa kalau aku tak main game. Kerja pun tak bagi orang. Jenis tak percaya orang bos-bos kat sini. Habis tu ambik aku kerja buat apa? Saja-saja nak bayar gaji? Aku redha je la kalau memang itu niat depa. Depa macam nak kata aku tak boleh buat kerja. Korang ingat korang hebat sangat. 

Yang kata aku main game tu lagi lawak. Kau Microsoft Excel pun tak pandai guna, on pc sebab nak tengok cerita Korea, guna wifi ofis macam wifi nenek kau, aku tak bising pun. Siap pergi report kat bapak aku, kata aku main game waktu kerja. 

Entah, memang aku ada salah aku. Tapi yang aku geram, dia pergi cakap dengan bapak aku. Tak pasal-pasal aku kena ceramah pendek yang free of charge. Itu aku boleh tahan lagi. Tak tahan bila dia tengok aku macam aku ni banduan yang baru keluar penjara bulan lepas. Serius aku memang bengang gila. Aku ada alasan. Aku tak diberi kerja. Aku pun nak tengok sampai bila bos aku ni nak biar aku amek gaji tapi buat kerja sikit-sikit je. 

Yang kata aku main game tu PA bos besar. Aku main game guna tab yang laki aku beli. Guna PC ofis pun tidak. Guna wifi ofis, lagi la tidak. Password pun aku tak tahu. Dia cakap serupa dia duduk dengan aku 8 jam aku kat ofis ni. Padahal dia datang sekejap-sekejap. Kebetulan masa tu aku main game. Aku pun tak ada la mengadap game sepanjang 8 jam tu. 

Sebelum ni ada hati jugak aku nak senyum walaupun dia tengok aku macam aku banduan lari dari penjara. Tapi mula dari minggu lepas, pergi jahanam. Aku tak ada hati nak senyum dekat kau. Kau pun bukan murah senyuman sangat. So, aku rasa tak payah la aku bersedekah dengan kau lagi. Berlagak mengalahkan CEO. Tapi CEO tu berlagak jugak. Patut la PA pun sama naik berlagak. 

Huh. Lemas. 

Allahuakbar. Bila nak dapat kerja lain ni?

Kenduri orang lain tapi gambar aku.

Assalamualaikum. 

Selesai kenduri jiran dekat rumah mak mertua aku. Aku bukan kalut sangat pun dengan kenduri tu. Sebab aku balik kampung pun hari Sabtu. Malam. Sampai sana dah nak dekat pukul 11 malam. Mana nak menolong. Pergi tengok-tengok je, lepas tu balik rumah membuta. Letih tambah mengantuk. 

Ahad, kenduri sebelah rumah perempuan. Persalinan merah. Tapi bukan persalinan je merah, semua merah. Terkejut mata aku. Tak boleh nak cerna mana pengantin mana pelamin. Hikhikhik. But its okay, as long as the bride and groom suka, biar je lah. Pelamin pun buat sendiri, jimat kos. Semua pun boleh kata buat sendiri. Baju pengantin khabarnya ditempah. Simple saja. Sedap mata melihat. Selesai kenduri, aku balik Sungai Petani semula. 

Jadinya, kenduri jiran aku tu aku tak pergi sebab kenduri menyambut hari Isnin. Aku pos laki aku je balik. Ha ha ha. Lagipun dekat je kampung aku dengan Sungai Petani. Persalinan serba hijau untuk kenduri sebelah lelaki. Tak ada pelamin pun. Buat meja makan je. Simple but nice orang kata. Sedap-sedap mata tengok. 

Malangnya, aku tak ada gambaq depa. Tapi aku belanja gambaq aku nah? Ha ha ha. 

Padahal memang nak letak gambar kenduri sendiri kan? Gambar dari kamera. Tanpa edit.



Okbai. Hikhikhik

Friday, November 7, 2014

Cuba-cuba.

Assalamualaikum.

Pertama kali bawak kereta lepas accident seminggu yang lalu. Pheww. Berpeluh jugak walaupun di awal pagi. Mujur husband nak meneman. Kalau tidak, entah pukul berapa aku sampai. Bawak pulak kereta wira yang dah berapa lama aku tak bawak tu. Tadi dekat Shell pun terseret dekat pum tu. Tak sengaja. Tak perasan pulak terlalu dekat. Dah terseret sportrim wira tu. Mujur tak ada kecederaan serius. Kalau tak satu hal lagi aku nak kena menjawab dengan bapak aku. Hal hari tu baru setel ja. Entah bila nak dapat balik kereta Persona tu. Wira ni makan minyak. Jenuh la aku nak isi hari-hari nak datang kerja ni. Sabar tinggi betul. Kalau Persona tu, jimat sikit minyak kereta. RM10 sehari pergi balik. Kalau Wira, Rm15 pergi balik. Bulan ni expenses banyak sikit la nak dibanding dengan bulan-bulan lepas. 

Tadi, nervous jugak. Aku jadi terlalu berhati-hati. Tengok motor aku takut, tengok yang besar-besar lagi aku takut. Tadi pun aku pilih jalan selamat. Jalan yang jarang ada orang di hari Jumaat macam ni. Jalan Semeling. Kalau aku ikut Laguna Merbok, dah tentu-tentu banyak kereta, cuma tak sebanyak hari biasa la. 

Dan, aku sampai ofis dengan selamatnya. 

Bila sampai ofis pulak, senior pulak tak ada. Mungkin hari ni dia cuti, tapi tak cerita pun. Ah, tak kisahlah. Bukan aku yang menjaga kehadiran orang ke tak. Cumanya kerja mungkin sikit tergendala la.

Oh ya. Sebelum simpang masuk kilang, ada accident. Ketaq jugak tengok tadi. Van putih terbalik terus. Tayar kot atas. Ha. Menambah nervous untuk aku bawak kereta. Esok, mai ofis nak naik motor ja. Suruh laki anta naik motor. Senang sikit. Letih woi naik kereta. Letih minyak. 

Okbai. Nak buat kerja.

Tuesday, November 4, 2014

Peringatan Kecil

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, masih aku bernafas di bumi Allah swt ni. 

Beberapa hari lepas, aku accident. Kereta bertembung kereta. Dalam otak duk ingat mati dah. Allah hu akbar. Terkejutnya hanya Allah yang tahu. Aku terlanggar kereta wira aeroback dalam perjalanan balik dari ofis. Bukan sebab mengantuk. Bukan sebab aku bawak laju. 

Hari tu hujan lebat. Sampai satu traffic light, aku nampak dari merah bertukar hijau. Dari jauh aku dah nampak. So, aku drive macam biasa. Bila aku nampak lampu dah tukar hijau, aku bajet orang depan-depan aku dah jalan. Walaupun aku tak nampak kereta depan tu jalan sebab kereta depan aku lebih besar, and bawak laju macam pelesit. Tiba-tiba kereta yang laju tadi tu, mengelak sesuatu bila dia tiba-tiba masuk lane kiri cepat-cepat. Aku yang dibelakang, aku ingatkan kereta depan dah jalan dengan laju la disebabkan nampak kereta depan aku tu laju. Rupanya tak. Rupanya kereta laju macam pelesit tu elak kereta depan dia yang belum jalan lagi. Kereta tu pulak macam masuk ke lane kanan tapi tak sepenuhnya. (Aku di lane kanan tau). 

Dalam keadaan yang macam tu, aku gabra gila. Aku menjerit kuat-kuat. Dari jauh, sepanjang 2 meter aku rasa aku membrek dari kelajuan 70km/h. Aku tekan brek tapi malangnya brek macam tak makan. Dalam keadaan hujan yang dah sederhana lebat tu, kereta aku melongsor laju atas jalan terus BAMM!!!! Langgar belakang kereta tu. Mujur, kereta depan dia Axia, sempat jalan. Kalau tak berderet-deret la. 

Pergh. Pertama kali aku langgar kereta. Aku rasa macam nak tercabut nyawa. Menangis terketar-ketar aku keluar dari kereta. Sampai aku terlupa cara nak bukak pintu kereta. Pakcik tu pulak mujur macam tak marah. Cuma sengih gelak-gelak tengok aku menangis terketar-ketar. Nak call mak, kredit habis. Terpaksa pinjam handphone pakcik tadi. Ya Allah. Memang sungguh-sungguh mengajar aku supaya lebih hati-hati lain kali. 

Dalam kelam kabut, hantar whatsapp dekat suami. Cerita apa yang jadi. Laki aku memang kelam kabut gila. Dia pulak dalam perjalanan balik dari Ipoh. Malam tu pukul 12 malam dia sampai rumah aku. Dalam keadaan tak berehat langsung. Lesu muka, tapi wajah risau dia lebih kelihatan. Mak mertua pun sama risau. Tapi, alhamdulillah aku tak ada apa. Kereta saja masuk wad. 

Bagi aku, itu peringatan kecil untuk aku dari Allah. Mungkin aku terlupa akan Dia, yang buat Dia bagi aku ingatan kecil tu. 

Alhamdulillah. Lepas ni kena berusaha untuk tutup aurat sepenuhnya dan lain-lain lagi. In Shaa Allah.