Followers

Monday, June 25, 2012

Semalam dan hari ni. :))

4 JAM 30 MINIT. 

Sakit kepala duduk dalam bus tu ha. Dah macam nak gi KL pulak. Padahal, dari SP ke Arau je pun. Tekanan. 

Lepas tu, sampai je Arau, tak ada teksi. Member pun busy. Aih. Tak pasal-pasal exercise. Dari bus stop sana jalan kaki sampai rumah sewa. Gila panas kot. Panas tak pe lagi. Tak tahan bila kaki melecet. Tapak kaki macam kena bakar. Adoi. Sabar je la. :))

Before sampai Arau, ada budak-budak sekolah naik bus. Teringat zaman-zaman sekolah. Balik sekolah ramai-ramai. Senyum sorang-sorang dalam bus. Gila kan? Ha ha ha. 

Bila dengar bunyi loceng, teringat pulak zaman darjah 6. Pergi kelas agama sebelah petang. Kena naik bus. Bila dah sampai je kena bukak kasut berdiri atas kerusi. Sebab nak tekan loceng. Ha ha ha. Lawak. Kenangan. :)).

Semalam. Kelmarin. Yesterday. 

Ha ha ha. Mengecat bilik ha.

Letih. Bilik aku dah colour baru dah sekarang. Pink blossom and rose ape tah. Cantik je la kaler tu. Tak ada lah macam keling sangat kan. Before ni kaler oreng okey. Haih. Itu yang mintak ayah tukar kaler bilik tu. 

En BuahHati cakap cantik je kaler tu. Nampak romantik. 

And, aku ni dikira baik kot. Ambil hantar adik aku punya GF. Elok la die datang. Kena buat cekodok pisang. Jadi la jugak. Hikhikhik. Suruh aku? Hm alamatnya jadi benda lain la. Ketul batu kot. :P

.....................................................................

Nak exam dah. Wish me luck. Pray for me friends. :))

Friday, June 15, 2012

Assignment separuh gila (part 1)

Malam ke pagi ni memang suka nak fikir benda yang mengarut.

Agak-agak En BuahHati takut tak kehilangan aku? Ha. Amek kau. Aku sendiri pun tak ada jawapan untuk soalan ni. En BuahHati je yang ada. Tapi, perasaan aku mengatakan yang dia tak risau pun. Sebab dia tahu aku sayang dia, so, tak mungkin la aku akan lari kat orang lain kan? :)

Kemungkinan untuk aku blah dari En BuahHati sangat sangat tak ada la. Tapi, bila aku fikir macam ni, takut pulak kalau aku yang dihilangkan. Hak hak hak. 

Okey. Sudah-sudah la merapu. Moh kite ke topik sebenar aku hari ni ye. 

Final sem dah aku ni. Tahu kan? So, kena buat assignment dengan bersungguh la untuk final sem final year ni ye dak? Tapi tapi tapi, yang tak best, group members tu. Aih. Mengeluh je la kerja aku sepanjang buat assignment. Macam mana nak dapat markah tinggi kalau macam ni ha? Kan? 

Eyh. Dah. Malas pulak nak menghupdate panjang-panjang. Nak tidor dulu. Gudnyte peeps. :))

Friday, June 1, 2012

Kepada lelaki sekalian alam :))

Entry ni keluar sebab ada beberapa lelaki yang aku kenal buat statement,

Aku lambat lagi kahwin. Tak puas sara mak ayah aku lagi.

Aku tak sure la ayat diorang sebenarnya bermaksud macam mana. Tapi dari cara ayat itu ditulis atau dituturkan membawa kepada maksud yang lain. Apa yang aku faham dari ayat tu, sara mak ayah sampai dah kahwin. Nanti dah kahwin sara bini je. 

Hello hello hello lelaki sekalian alam. 

Harap maklum okey, tanggungjawab seorang anak lelaki terhadap ibu bapanya, ibu terutamanya bukan sampai korang kahwin je. Macam la lepas dah kahwin tu boleh lepas tangan taknak tanggung mak bapak. Please dont get confused okay. Kalau nak kata tak puas sara mak bapak lagi, lepas dah kahwin tak nak sara dah ke? Sara isteri je ke?

Kalau ini lah fahaman orang-orang lelaki kat luar sana, kesian. Kesian mak bapak. 

Ini bukan untuk lelaki je, perempuan pun sama. Cuma tanggungjawab seoarang anak lelaki lebih besar dari anak perempuan. Lebih besar banyak. Bukan sikit-sikit punya besar.

Jadi, tolong jangan buat statement yang macam tu lagi okeyh. 

Tapi mungkin lain orang lain cara fahaman nya. Ini dari sudut pandangan mata aku, pemikiran aku yang tak tinggi mana ni. :))


Dengki - Santau

Kalau orang nak dengki dengan kita, macam-macam cara boleh buat kan? Sihir pun orang boleh buat kat kita.

Jiran aku. Kesian sangat dekat dia. Dia lelaki. Baru sangat kahwin. Bulan Febuari kalau tak salah aku. Selepas kahwin selama beberapa hari, lepas dah settle semua majlis, diorang balik Kuala Lumpur. Duduk sana dalam dua minggu,( tak sampai dua minggu aku rasa) tengok-tengok dah balik rumah mak dia balik. 

Aku tanya mak aku, kenapa cepat diorang balik. Rupanya dia sakit. Aku ingatkan sakit yang biasa-biasa yang mybe bila duduk dekat dengan mak dia, dia akan sihat. Sebab adalah dalam dua tiga hari aku tengok dia happy je, nampak sihat, bertenaga. 

Masa tu, mak aku tak bagitahu pun. Then aku tanya la, cakap sakit, tapi tak nampak macam sakit pun. Then, mak kata sakit ni buatan orang. Owh. But he just looks fine to me. 

Then, masa tu aku nak balik Arau dah, then mak cakap, yang lelaki tu kena santau. Memang terkejut gila. Santau satu ilmu hitam yang sangat bahaya. Aku kesian gila dekat jiran aku tu. 

Dah pergi macam-macam tempat untuk berubat. Dari boleh berjalan sampai terbaring atas tilam je. Baru ni aku balik rumah, mak kata dia duduk macam tu la.. Santau tu payah nak buang. Kesian si isteri. Menjaga siang malam. Menangis je la isteri dia. Mau tak menangis husband jadi macam tu. Tambahan pulak, baru sangat kahwin.

Kahwin dalam dua minggu, then suami sakit. Sampaikan isteri kena berhenti kerja. 

Mengikut kata orang la, bukan aku yang kata okay, ada orang dengki dengan perkahwinan diorang ni. Sebab tu buat santau kat lelaki tu. Yang dengki tu pulak perempuan. Entah lah. Kita tak tahu mana betul mana salah. Harapkan dia cepat-cepat sembuh dan kehidupan dia dan isteri berjalan seperti biasa. 

Sekarang dah masuk bulan Jun, dah tiga bulan. Semoga mereka berdua suami isteri tabah menempuh ujian ni.