Followers

Saturday, August 11, 2012

Angan-angan (1)

Aku rasa semua orang pun suka berangan kan? Aku tak terkecuali la. Angan-angan aku banyak. Banyak sangat. Yang aku rasa tak mampu nak capai. Yang ada sesetengah dari tu macam bodoh pun ada. Memang bodoh bila berangan nak masuk pertandingan ratu cantik. Kan? Ha ha ha. 

Masa aku tadika, berangan nak jadi doktor. Doktor, doktor, doktor. Bila orang tanya besar nanti nak jadi apa. Doktor jawapan aku. Kemudian bila aku mula belasn tahun, masuk sekolah menengah, masih lagi doktor, tapi dengan scope yang lebih kecil. Doktor sakit puan. Ha. Padahal bila kau tengok darah, kau rasa pitam kan Tsya. Ha ha ha. Lepas tu, tukar lagi bila masuk universiti. Ini lebih kepada cita-cita. Untuk bergelar seorang doktor falsafah dalam bidang perakaunan. Ada tak? Ha ha ha. Yang aku tahu, aku nak cuba untuk dapatkan title Dr di pangkal nama aku. Tak dapat jadi doktor di hospital, so, cubalah jadi doktor falsafah ye dak?

Aku suka baca majalah DARA, majalah REMAJA, dan macam-macam majalah lagi la. Terdetik satu keinginan. Yang pasti bila orang dengar akan ada yang gelakkan aku. Nak jadi model majalah DARA. Hah. Ambik. Ini macam mengarut. Ha ha ha. Muka tak cantik mana lepastu ada keinginan nak jadi model majalah pulak kan. Adoi. Memang ini agak mengarut. Ini salah satu angan-angan aku yang aku rasa takkan terjadi kot. Entahlah. Kita tak tahu kan.

Lepas tu, aku suka sangat tengok rumah. Kawan-kawan aku cakap aku silap ambik course. Sepatutnya aku ambik architcture. Ha ha ha. Padahal kenyataannya aku tak reti pun nak design rumah ke apa ke. Aku suka tengok rumah yang cantik-cantik. Terutama sekali rumah papan. Rumah kayu. Nampak menarik kalau dijaga rapi kan? So, bertambah lagi angan-angan aku. Ini lebih pada keinginan. Untuk ada rumah yang macam ni. One day mesti nak beli rumah macam ni. Tercapai or tak, tunggu aje la.

Satu lagi, bila belajar akaun ni, ingat duit je. Ha ha ha. Bagusnya lah hai, kalau aku boleh sign duit-duit tu. Ha ha ha. Nak ganti gabenor sekarang la pulak. Cita-cita. Tapi, setahu aku punyalah ramai umat manusia kat Malaysia ni yang nak ganti Gabenor kita sekarang ye dak? Hi hi hi. 

Kadang-kadang terasa angan-angan aku bodoh. Tapi, ada yang okey jugak. 

Nanti sambung lagi. Banyak angan-angan aku ni. Ini sikit baru. Okbai. :))

8 comments:

nana aziz said...

tang yang nak jadik gabenor tu siyes lawak gile.hehhe..nana pon ade simpan angan2 pelik mase sekola rendah dulu..nak jadik driver bas.sebab best dapat melancong ke tempat orng free

vendoline said...

haha jelez tengok tandtgan dia kat semua duit

TSYA'Z (~_^) said...

nana: hikhik. kan lawak kan? gabenor tu. haha. gi la amek lesen bus nana.

TSYA'Z (~_^) said...

edy : tu la pasal. hikhik

vendoline said...

arkitek mmg menarik.tp kene ade minat sapa tak suka bnda yg cntik.ehehhee
hurmm bila mau update ni

vendoline said...

datang cari entry baru.hehehe
nak jd model DARA try la apply.hehe

TSYA'Z (~_^) said...

edy: hahaha. x smpt nk update la..

vendoline said...

hehe takpe2....update ble free