Followers

Friday, September 14, 2012

Pendengar dan penasihat.

Assalamualaikum semua :))

Pernah tak korang rasa annoying gila teramat sangat bila korang tengah bercerita meluahkan masalah, ada satu hamba Allah ni duk sibuk bagi nasihat? Pernah tak rasa macam tu?

Aku pernah. Kalau tak pernah tak ada la aku nak cerita kan? :P. Situasi macam ni selalu terjadi dekat aku. Kadang-kadang kita perlukan seseorang untuk mendengar masalah kita kan? Antara orang-orang yang akan dengar masalah tu mestila yang rapat dengan kita kan? Takkan nak cerita dekat alien pulak kan? Orang yang kita tak kenal selalunya kita tak cerita masalah ye dak. Jadi haruslah yang rapat dengan kita adalah seorang kawan, sahabat, tak kisah la laki ke perempuan ke. Yang selalunya mestila kawan kita kan. 

Aku pernah ada pengalaman di mana aku rasa sangat-sangat geram dengan kawan aku ni. Okey. Bukan nak cakap benda buruk. Ini cuma dari pandangan mata kepala otak aku je. Aku bercerita dekat dia. Ye lah. Aku perlukan seseorang untuk mendengar. Untuk mendengar. Kemudian, dengan tak dengar cerita aku sehabisnya, beliau boleh tetiba menyampuk dan memberi nasihat dekat aku. Dan nasihat-nasihat itu tak relevan langsung dengan masalah yang aku tengah cerita dekat dia. Ha, ini kes dengar cerita tak habis kemudian pandai-pandai bagi nasihat. 

Hah. Aku sumpah lemas dengan orang yang macam ni. Bagi aku sepatutnya sebagai seorang kawan, kita kena dengar dulu masalah kawan kita tu. Jadi pendengar yang baik, bukan setakat pendengar. Bukannya salah pun kalau nak bagi nasihat atau pendapat. Tapi kena tengok keadaan la. Tengok keadaan orang yang meluahkan masalah tu macam mana. Kalau dia dah berhenti bercakap, kita sebagai kawan dan pendengar kena la tanya dulu. Contoh macam ni. 

"Boleh tak kalau aku nak bagi pendapat sikit?"

ataupun

"Kau nak dengar pendapat aku tak?"

Whatever la asalkan sebelum korang bagi nasihat tu, ada mukadimah dia. Tak adalah tetiba main hentam je. Bukan semua orang nak dengar nasihat kita. Kalau macam aku ni, aku akan minta kalau nak nasihat. Kalau aku tak minta, jangan bagi. Aku memang akan buat tak tahu je. Bagi aku mukadimah ni kena ada sebab menunjukkan macam kita respect kawan kita tu. Kita dengar, kita tanya, dan bagi nasihat. Ikut keadaan. 

Comel budak-budak ni kan Hihi. 

Memang sesetengah akan fikir, itukan kawan kita, kenapa nak kena ada mukadimah la, itu la, ini la. Tapi bagi aku itu penting. Itu menunjukkan yang kita ambil berat pasal kawan kita tu. Ini cuma pandangan aku je la. 

Nak bagi nasihat atau pendapat kena bergantung pada situasi. Kalau perlu sila bagi. Kalau tak perlu jangan bagi. Mendengar itu je pun sudah cukup untuk buat kawan kita tenang. Sebab dia ada kawan yang boleh diharapkan. Menjadi pendengar yang baik tak semestinya harus menjadi penasihat yang baik. Kena hati-hati jugak bagi nasihat ni. Kalau tersalah bagi nasihat, dan kawan kita ikut, dan jadi sesuatu yang tak dijangka, yang teruk, kita jugak yang rasa bersalah nanti. Kan? 

Itu aje lah. Buat kawan-kawan aku yang aku selalu cerita problem aku tu, aku mintak maaf kalau terasa. Bila aku buat tak tahu dengan nasihat korang, aku minta maaf ye. :)). Ini pandangan mata kepala otak aku je. :))

Rindu kamu :))


........................................................................................................

p/s : Imissyou :P

3 comments:

Unknown said...

mari follow blog saya^^tq

Dienn said...

Entah la.., mungkin dia sangka nasihatnya diperlukan.

TSYA'Z (~_^) said...

Zorro : Done. :))

Dienn: Itu la kan. Tp kdg2 nsiht tu selalu x relevan dgn mslh yg kita tgah hadapi. logik mcm xada. :)).