Assalamualaikum.
Okey. Malaysia kalah. Mak cakap Thailand pakai bomoh. Ha ha ha. Dah nak kalah. Nak buat macam mana. Adat pertandingan. Macam aku yang kalah merebut cinta. Hik hik hik. Okey. Abaikan.
Sekarang ni sebenarnya niat asal nak memarah memaki hamun seorang hamba Allah ni. Haih. Geram sungguh rasa.
Sebelum ni, sebelum aku putus cinta lagi, ada seorang lelaki yang kononnya dah jatuh cinta dekat aku, suka dekat aku, ajak aku kahwin. Kahwin okey. Menikah. Memang terkejut tahap dewa la. Dengan tak pernah jumpa nya, cuma contact guna FB dan SKYPE dan PHONE. Ye, aku memang ada nombor handphone dia. Tapi jarang-jarang contact. Memang terkejut la bila dia cakap dia nak nikah dengan aku.
Okey. Terus terang aku memang tak ada masalah dengan dia. Baik je dia tu. Dari cara dia berborak dengan aku. Aku suka dia. Tapi aku tak boleh terima dia lebih dari seorang kawan. Sayang. Memang sayang, tapi ada limit. Sayang sebagai seorang kawan. Sebab kenal dah lama. Bertahun. Waktu aku reject, aku cakap kat dia yang aku dan dia hanya kawan. Aku tak boleh nak terima dia, sebab dia kawan aku. Salah ke jawapan aku? Tapi aku kena marah pulak, sampai sanggup dia cakap aku ni punca dia takut nak berkawan dengan perempuan. Takut nanti dia dia suka perempuan tu and perempuan tu reject dia.
Hello. What the hell lah kan? Aku cakap aku tak boleh nak terima lebih dari seorang kawan, dan dia kawan aku. Kalau jadi apa-apa kat hubungan tu hubungan kawan tu akan putus. Kan? Lagi satu alasan, dia bukan warganegara Malaysia.
Yes. He is not Malaysian. He came from Yaman. Study kat sini and terus kerja kat sini. Aku tak nak kalau aku kahwin dengan dia, aku kena ikut dia balik negara dia. Aku tak nak. Aku nak duduk sini.
Sebelum aku buat keputusan, aku tanya mak aku dulu. Macam mana kalau bukan Malaysian nak kahwin dengan aku? Mak aku tak setuju. Yang ini dia tak tahu. Aku ingat nak jaga hati dia dari tahu jawapan mak aku ni. Tapi, aku macam tersalah agak. Bila aku bagi jawapan aku sendiri, keadaan jadi worse. Bertambah-tambah. Sekarang dah tak contact langsung. Dia taknak aku contact dia langsung.
Aku ke yang salah? Aku salah ke kalau aku reject orang?? Besar kesalahan aku tu??? Aku dah habis fikir dah. Macam-macam masalah. Ada tak dia fikir masalah aku yang bertimbun ni, berbanding dengan masalah aku reject dia?
Aku pun kena reject jugak. Even aku yang putuskan hubungan cinta aku dengan En BuahHati. Dari luaran memang nampak aku yang nak berpisah. Tapi, orang tak tahu apa yang jadi. Aku yang tanggung sorang-sorang. Aku yang tanggung semua rasa tu sorang-sorang.
Dan aku rasa satu lagi silap aku, bila aku mengadu pada orang yang salah. Bukan mengadu. Lebih pada bercerita. Aku tak mengadu la pasal masalah cinta aku yang terbantut tengah jalan tu. Aku cerita pasal orang yang nak kahwin dengan aku. Dengan reason-reason aku menolak jugak. Boleh pulak dia nak blame aku. Dia pun bukan tahu full story. Lagi nak perli aku dekat status-status di FB tu.
Weyh. Pergi mampus la. Aku memang rasa nak memaki orang. Aku ingat benda tu lama-lama dia takkan cakap lagi dah. Tak perli lagi dah. Ini tak. Mulut macam longkang. Aku cakap baik-baik. Dia tuduh aku macam-macam. Orang macam ni memang patut la kalau aku lawan balik pun. Sendiri punya diri pun tak terjaga, lagi nak sibuk hal aku. Suruh aku fikir hati orang yang aku reject tu. Hati aku, ada kau fikir? Tak ada pun. Aku hidup mati makan minum, tak ada fikir pun. tapi sibuk suruh aku fikir hati perasaan orang yang aku reject tu.
Weyh. Normal weyh benda tu. Bengong.
......................................................................................
: Memang marah sangat-sangat.
3 comments:
pujuk la dia stay malaysia..hurmmm kalau perempuan.better stay di negara sendiri
Lebih baik mengadu dengan kawan perempuan berbanding lelaki.. Kerana orang yg syg kita tu. Mungkin yg dengar masalah kita. Dan kita jgn buat harapan pada seseorang. Seperti. Take care or ape. Kerana ia melibatkan hati n perasa
Maksud sy org yg kita bagi harapan tu adalah org yg dgr masalah kita... Sbb yg mendengar masalah kita tu singke n mgkin ada prob with gf or bf.. Jadi mereka cuba bukak hati mereka utk org yg ada masalah itu.. Mmg xsmua mcm tu..
Post a Comment