Followers

Tuesday, April 30, 2013

Iron Man :)

Assalamualaikum.

Sedih. Menangis boleh? 

Tapi, menangis tak pernah selesaikan masalah. Cuma mungkin boleh mengurangkan sikit rasa sakit hati, rasa kecewa, rasa marah. 

Stress. Bukan stress kerana kerja. Tapi kerana manusia. Macam tak wajar kalau aku luahkan perasaan aku kat sini. Dulu, mungkin boleh. Sebab dulu aku menulis tanpa fikir kesan baik buruk atas diri aku. Yang peribadi harus tetap peribadi. Tak boleh dikongsi sebarangan. Kan? 

.....................................................................

Iron Man. 

Oh. Tony Stark. Anda mengganggu tidur saya. Ha ha ha. Lempang nak? 

Aku tengok cerita ni semalam. Memang best. Berapa bintang? Erk. Jangan tanya. Tak tahu nak ratingkan macam mana. Yang pastinya, aku suka. Sangat best. Action movie kan memang kegemaran aku. Mujurlah cerita yang tak menghampakan. Sebab sejak keluar trailer, aku menghitung hari nak tengok cerita ni. Filem yang tak rugi pun kalau tengok. Pelakonnya bagus. Pengarahnya lagi bagus. Berteknologi tinggi. Berimaginasi tinggi. 

Bayangkan boleh masuk dalam otak manusia lain. Cari bukti pembunuhan pun tak payah nak pergi tempat kejadian. Duduk dalam bilik sendiri pun boleh. Bagi arahan gunakan suara. Kan bagus kalau memang ada dalam dunia nyata. Ha ha ha. 
 
Pokok pangkalnya aku suka. Sekarang tak sabar nak tengok Fast & Furious 6. Lambat lagi keluar. Elok habis gaji, baru muncul cerita ni. Sejak duduk KL ni, rajin aku masuk panggung wayang. Dari cerita bodoh, sampai cerita pandai. 

Cerita bodoh tu contohnya cerita Kerat 14. OMG. Bukan nak cakap lah kan tapi kenyataannya memang bodoh. Bunuh. Lari. Kena tangkap. Kes pembunuhan ni, best kalau pembunuhnya diketahui bila dah end of story. Ini tak, awal-awal lagi dah tahu siapa bunuh. Memang tak ada yang menarik mana pun. Tapi tapi tapi, pelakon cerita tu hebat-hebat okay? Aku pun tak faham kenapa kualiti jadi macam tu. Salah siapa?

Lepas tu, dah tak tengok dah cerita Melayu kat wayang. 

Sebelum ni, pernah sekali tengok cerita Klip 3GP. Ini lagi satu cerita yang buat aku menyesal beli tiket wayang. Rasa nak mintak balik duit. 

Ini pandangan peribadi aku. Pandangan orang lain mungkin berbeza dari aku. :)

Tak sabar tunggu end of month. Nak melawat panggung lagi. Ha ha ha. 

Lunch hour sekarang. Tapi malas makan. Okay bye. :)



p/s: Kau ada di sini.


Friday, April 26, 2013

Petang Jumaat :)

Assalamualaikum.

Petang-petang tak ada kerja. Bosan. Bos pun tak bagi kerja. Regular work dah siap. Nasiblah kalau nampak aku macam tak buat kerja. Bosan nak mati.

Gaji pun belum siap kira lagi. Bosan. 

Beberapa minggu ni, aku asyik merengek nak handphone. Tapi tak tahu lah apa masalahnya sampai sekarang tak boleh nak beli. Bila cukup bajet je, mulalah ada masalah. Hm. Tekanan jugak rasa. 

Tadi, lunch dekat Burger King. Member belanja. Ingatkan dah boleh save duit untuk hari ni sementara nak tunggu gaji. Rupanya tak. Ada seorang India, datang dekat aku mintak sedekah. Aku dalam hati nak tak nak bagi. Lepas tu muka dia nampak kesian sangat. So, aku bagi je la. Untuk dia beli makanan. Lepas tu, bila aku pusing-pusing cari dia, aku tengok dah tak ada. So, aku consider dia dah keluar dari situ. Rezeki dia lah tu. 

Tak tahulah dia menipu ke apa. tapi dah dia mintak tolong. So, aku bagi je lah. Mana tahu nanti hari aku pulak yang macam tu. Harap-harap ada yang membantu. 


Semalam, pergi melepak di Titiwangsa Park. Bukan nak pergi jadi zombi lagi okay. Ha ha. Just pergi makan-makan. Bawak makanan dari rumah. Makanan ringan-ringan je. Sedap jugak kalau makan ramai-ramai. Teringat masa kecik-kecik dulu. Berkelah di sungai belakang rumah. So, semalam dapat berkelah tepi tasik pun jadilah. tak dapat sungai pun kan. Lepas tu, pergi hantar member balik kampung sorang. Sedih. Ha ha ha. Okay tipu. Tak sedih pun. :P

Sekarang layan lagu Bunga-bunga cinta Misha Omar ni. Lama pulak tak dengar. 

Dua tiga hari lepas, salah seorang kawan aku cakap, kalau diploma, ijazah or apa-apa kelulusan dari Bangladesh, tak diterima kerajaan Malaysia. Dia pun dengar benda tu dari salah seorang staf pejabat kerajaan. So, aku pun mula lah meng-google, negara kita ni nak kelulusan yang macam mana, dari negara mana. Haruslah aku google kan, sebab aku kerja dengan orang Bangladesh, yang tinggal di US dan dah jadi US citizen dah pun. Even top management kat sini pun semua berasal dari Bangladesh sana. 

Kalau sesiapa ada link boleh bagi aku. Aku nak tengok. :)



p/s: Dah janji tak nak cakap pasal Handphone lagi. Sedih sendiri. :P

Wednesday, April 24, 2013

Zombi Tasik Titiwangsa :)

Assalamualaikum.

Rasanya semua sedia maklum dengan kemalangan maut yang jadi dekat Federal Highway tu. Aku dapat tahu pun dari FB. Televisyen tak tengok, paper pun tak baca. Itu yang dapat tahu dari FB je tu. 

Yang paling meneydihkan salah seorang mangsa adalah kawan aku. Kawan blogger. Terkejut aku masa dapat berita yang macam tu. Baru-baru ni masa bukak blog, teringat dekat arwah. Tup tup berapa hari lepas tu dapat berita kematian arwah. Sangat-sangat terkejut. 

Aku kenal dengan arwah sebab arwah pernah berkawan dengan sepupu aku. Kemudian, dapat tahu minat yang sama, ada blog, then selalu comment-comment di blog. Baik orangnya. Simple. Tapi, dah agak lama aku tak melawat blog arwah. Sebab dia pun jarang berblog. Tak sangka, dia akan pergi dulu meningalkan semua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah dan ditempatkan di antara orang beriman. 

Al-Fatihah.

.......................................................................

Hari ni, hari jadi Rahmat. Salah seorang kawan aku kat Kuala Lumpur ni. Sebenarnya ini kawan dari kampung aku, tapi dekat kampung tak pernah sekalipun bertegur. Dah datang KL, baru nak tegur bagai, sebab dekat KL ni tak ada siapa-siapa yang boleh diharap. Kena cari yang sama asal usul jugak. Ha ha ha.

So, kami celebrate simple-simple saja, tanpa ada kek. Yang ada bahan-bahan nak buat kek je. Tepung dan telur. Memang kurang hajar main baling-baling tepung dengan telur. Nasib baik telur tu bukan telur busuk. Ha ha ha. Kereta aku pun jadi mangsa. Sekarang tengah risau sebab kereta penuh tepung. 

Sikit gambar hari semalam. Macam zombi semua. 



Yang kena paling teruk Syukor. Yang macam zombi cina mati tu nama Syukor. Jahat sangat. So, dia kena paling teruk. Birthday boy kena biasa-biasa saja. Ha ha ha. Birthday boy dalam gambar akhir, yang lelaki tengah tu. Yang hujung sana abang dia. Abang KOR sangat. Ha ha ha.

Aku ni dengan baju kerja pun kena. Balik office terus pergi celebrate. Kat Taman Tasik Titiwangsa. Owh. Before tu aku pergi Times Square tengok cerita hantu. Itu entry lain lain lain lain nanti. Ha ha ha. 

Ok bye. Itu je untuk hari ni. :)

HAPPY BIRTHDAY KHIDIR :). May Allah bless you always.


Update: Rahmat dan Khidir adalah orang yang sama. :)

p/s: Awak. Note II besar sangat kan? S III kecik sikit. Nak S III boleh? :P

Saturday, April 20, 2013

Kuala Lumpur- Pasar Seni

Assalamualaikum. 

Selamat tengahari semua. Bajet ada yang baca je. Ha ha. 

Second entry di Kuala Lumpur. Masih lagi berkisar tentang dunia baru aku di sini. 

Aku kerja di area Pasar Seni. One of the remittance company. Mula-mula dulu, masa interview, jawab soalan nak tak nak je.Tapi disebabkan sepupu aku yang rekomen, aku dapat kerja tu. Dia pula tukar company lain but still in the same business. Services. Itu pun selepas seminggu tunggu, baru lah dapat. Kalau tak, memang dah balik Kedah dah. Duduk jauh-jauh dengan family ni, kadang-kadang terasa sunyinya. Terasa susahnya. Terasa sedihnya. Dulu nak sangat duduk asing kan, padan muka. Sekarang tanggung sendiri. :P

Sejak kerja sini, makan tak ikut time, ikut sukahati perut aku je. Padahal before, aku makan ikut time jugak. Ye lah. Mak masak ikut time. Habis masak je terus duduk makan. Rindu.

Mula-mula bekerja, letih. Kena banyak fikir. Banyak belajar. Tapi makin lama, Alhamdulillah. Manager okay. CEO pun okay. So, proses pembelajaran pun okay la. Mula-mula memang susah, tapi makin lama semua jadi okay. Kerja pun bukan banyak sangat pun. Yang simple saja. Yang tak simple, manager buat semua. Ha ha ha. 

Dapat kawan kerja pun okay. Sepatutnya dah confirm, tapi sampai sekarang belum lagi. So, aku just consider yang there must be something about me yang diorang belum berpuas hati. Compare to sepupu aku tu, memang dia hebat la. Bagus. Masuk office baru je, duduk sebulan dah dapat confirmation. Jadi, aku pun malas nak fikir. Buat je la kerja macam biasa. Kalau tak suka sangat, nanti cabut je la. Sementara nak cabut ni, kena kerja betul-betul dulu la. And cari kerja baru. :P. 

Perut lapar pulak. Lunch belum lagi. Okay bye. Nanti la aku sambung. Entry pendek-pendek je. :P

p/s: Saya nak Note II. Bukan NoteBook 2. Ha ha ha.

Friday, April 19, 2013

Kuala Lumpur :)

Assalamualaikum. 

Tudia. Punya tak update. Tengok tarikh last, Disember. Sedih okay. Nampak sangat tak busy tahap macam mana sampai blog pun tak sempat nak update. Owh. Harap-harap masih ingat lagi apa yang jadi sepanjang 4 bulan ni. 

Kuala Lumpur. 

I live in Kuala Lumpur for now. Until when, I'm not so sure. Maybe sampai bosan nak menghadap KLCC tu, aku balik la Kedah balik. Tengok sawah bendang, aman biji mata, hati pun tenang senang lenang. 

Dah 3 bulan lebih bermastautin di Kuala Lumpur ni. Yang semua orang nak sangat datang sini tu. Apa yang ada kat sini entahlah. For me, Kuala Lumpur is just a place to earn money. Not more than that. Eyh. Ada satu lagi. Untuk dapat jodoh. Ha ha ha. Macam-macam jenis orang, macam-macam bangsa, macam-macam negeri, dan macam-macam negara. Tinggal pilih aje. Macam beli ikan pulak aku cakap kan. 

Lupa nak cakap, aku tinggal sini sebab aku bekerja kat sini. Kalau tak sebabkan kerja memang tak lah aku nak tinggal sini. Hari-hari tengok bangunan, tengok jem, accident pun. Bunyi siren ambulans lali je kat telinga. Padahal kalau di Kedah, jarang nak bunyi siren ambulans tu. Ini boleh dikatakan setiap masa. Kereta tak pernah kurang. Kecuali bila malam larut sangat-sangat tu ha. Kurang la 50%. :P

Sepanjang 3 bulan lebih kat sini, aku dah pergi banyak tempat. Tapi pasal tempat-tempat tu, aku cerita kat entry lain la pulak. Sedih sangat rasa kalau nak masukkan semua dalam satu entry. Mahu jari-jari aku ni menangis letih tekan keyboard. Okay. Terlalu hiperbola. Hm. Pergi banyak tempat means memang banyak. Sebabnya aku kat sini dengan sepupu-sepupu aku dan sedara sekampung. Rajin la berjimba bersuka ria ramai-ramai. Yang paling best, bila pergi sesuatu tempat, jalan nak pergi tu pandai, tapi bila nak balik rumah, sesat. Boleh sesat berjam-jam. Pusing jalan yang sama. Itu la masalah Kuala Lumpur ni. Jalan banyak, and bersimpul-simpul. Ha ha ha. 

Okay bye. Lain entry jumpa lagi. 

p/s: Awak, saya nak Galaxy Note 2 pink. Boleh? :P