Followers

Saturday, October 26, 2013

Bajet 2014

Banyak komen negatif dan positif. Aku belum sempat nak kaji lagi. Ha ha ha. Lots of economist tengah membincangkan perkara ni dalam laman sosial terfemes tu.

TERUK sangat ke?

Hm. Akan dikaji nanti. Sekarang kurang masa. TV pun tak tengok. Sibuk kerja. Yang aku dengar, GST GST GST je. Goods and service tax kan?

Okay lah. Nak buat hal sendiri dulu. Nanti nak belek hal negara pulak.

Daaaa. Bye.

Tuesday, October 22, 2013

High heels @ Kasut tumit tinggi

Gambar hiasan ehsan google-image

Perempuan dengan 'high-heels' macam adik beradik. For most of girls lah. Bukan semua okay? 

Dalam beberapa hari ni, setiap kali naik lift kat rumah tu, ada je yang pakai 'high-heels' feeling good-good gitu. Dan mata aku ni tak lepa memandang setiap yang berkasut tumit tinggi. Entah lah. Mungkin kerana aku suka. Yep. Aku suka tengok orang pakai 'high-heels'. Nampak berkarisma ha. 

Lagipun, aku pun suka dengan kasut tumi-tumit sampai 4 inci ni ha. (Yang pernah aku pakai almost 4-inch). Owh. Actually, do you think wearing high-heels is good for you girls? Dari pembacaan-pembacaan aku, dari hasil google-google, aku simpulkan tak berapa elok pakai 'high-heels'. Umum tahu, ia akan memberi kesan tak baik dekat tapak kaki, dan juga bahagian badan yang lain. TAPI, BUKAN ini yang aku nak cakap hari ni.

Sesetengah event/function (betul ke ejaan?) memerlukan kita (ladies) pakai kasut tumit tinggi tak kisahlah berapa inci pun tapi paling kurang 2 inci kan? Sebab masa majlis konvokesyen aku, aku kena pakai 2 inci punya tumit. Aku sendiri pun ada koleksi kasut tumit tinggi, dan tak pakai pun. Buat hiasan atas rak kasut, dan last sekali mak aku humban masuk dalam kotak je. Siap cakap lagi, 'Nak lagi tak kasut tu? Kalau taknak, nak buang.' Ewah. Sesedap hati mak je tau. Kesian I nih mak. Mak jual lagi bagus dari buang tau. Ha ha ha. 

Ehsan google-image. Menarik kan?

Okay. Sebenarnya, aku cuma nak cakap je, cara orang-orang yang aku nampak beberapa hari ni pakai 'high-heels' tak betul. Cara jalan tu ha. Ya Allah. Macam seksa sangat tengok diorang berjalan. Aku tahu memang seksa pun. Kesian aku tengok. Maybe diorang pakai sebabnak attend meeting or jumpa client ke, tak tahu lah. Tapi, serius sangat terseksa tengok. Tumit kasut kecik satu hal, kasut tinggi sampai 4 inci satu hal, cara jalan satu hal.

Cadangan aku, yang pertama, apa kata kalau pakai kasut flat je, lepas tu dah sampai tempat nak tuju tu, sarung la kasut tumit tinggi yang cantik tu. Ha. So, dalam masa nak pergi tu tak adalah macam seksa sangat. Yang kedua, kalau nak jugak pakai 'high-heels', practise dulu kat rumah, jalan lah kat mana rasa okay. Bukan sekali, bukan dua, tapi lebih. So, tak akan rasa canggung. Yang ketiga, masa beli tu, sila make sure kasut tumit tinggi tu sesuai dengan bentuk kaki kita, jadi, akan rasa selesa bila memerlukan berjalan jarak jauh dengan kasut tu. Yang keempat, masa berjalan tu, lenggokan pinggul tu kena lebih sikit. Baru stabil. Keras kematu je memang nampak macam orang bongkok berjalan. Yang kelima, sila jangan jalan di atas jalan yang berlubang. Ha ha ha. Lekat heels kau ha. 

Ha ha ha. Its more like peringatan to me. For others, tak tahu lah. Terasa nak tegur, tapi kang tak pasal kena lempang 5 das. Mahu pengsan aku kat situ. 

Mak aku, salah seorang penggemar kasut tumit tinggi. Hoho. Bermacam jenis kasut, jenama kasut, ada kat rumah. Dan she is really really good in wearing high heels. Tak canggung, tak bongkok, tak pelik langsung. Sangat cantik. Bila berjalan tak pelik. Cantik tersusun je. Even berlari pun still okay. Dan mak aku seorang yang pandai pilih kasut. Kasut yang dia beli semua cantik, kena dengan kaki. 

Aku pulak, tak berapa reti. Aku pun macam perempuan-perempuan kat atas ni jugak. Pakai ikut suka, jalan ikut suka, dah macam nenek kebayan. Berangan konon lawa, padahal bila orang tengok, buruk ya amat. So, sedar diri dan kurang dah pakai kasut cenggitu. La ni, kasut tumit I banyak dah takdak. Kena buang. Ha ha ha. 

Borak kosong di tengahari. Jom keluar LUNCH. Bos pandang pelik sebab dari tadi toktektoktek tak berhenti. Okay. Bye.
 

Sunday, October 20, 2013

Jodoh

Jodoh ditentukan untuk kita sejak kita berumur 4 bulan di dalam rahim ibu. Ini yang aku dengat dari Ustaz. Jadi, memang ada la jodoh setiap makhluk yang bernama manusia kat Bumi ni. Ada orang kata, jodoh kena cari juga walaupun sebenarnya dah ditentukan. Ada orang kata, nanti jodoh itu datang sendiri. Ada juga yang kata, jodoh pilihan ibu bapa yang terbaik. Ada yang kata, pilih sendiri untuk lebih kenal hati budi.

Aahh. Macam-macam. Kalau sebut jodoh, macam-macam yang akan kita dengar. Serabut.

Dan, aku juga tak lari dari memikirkan soal jodoh setiap kali aku dengar orang sembang-sembang pasal jodoh. Setiap kali topik ni dibicarakan, setiap kali itu aku berfikir.

Siapa jodoh aku? Di mana jodoh aku? Kerja apa dia? Jadi apa dia? Rupa macam mana, hitam ke putih ke? Tinggi ke rendah?

Orang kata, jangan tanya soal jodoh. Jodoh bukan urusan kita. Tu urusan Tuhan. Oh. Baiklah. Aku diam. Aku tak bertanya. Orang lain pula yang bertanya soal jodoh aku. Ah. Aku ambil langkah mudah. Diam. Buat tak tahu. Paling paling senang jawab je entah. Apa mereka kata, lantakkan saja. Setiap usai solat, pasti, aku tak lupa berdoa dipertemukan jodoh, berharap jodoh itu terbaik untuk diri. Aku lupa. Semua dah ditentukan Tuhan. Tahulah Tuhan apa yang terbaik untuk hambaNya, kan? Kalau dapat yang baik, alhamdulillah. Dapat yang kurang baik, ujian lah tu. Kan?

Kadang, stress juga. Ye lah. Asyik ditanya. Serabut. Mana nak fikir jodoh, mana nak fikir kerja, mana nak fikir masalah. Ha ha ha.

.

Aku. Jodoh aku. Mungkin dah sampai. Sebab aku sekarang tengah dalam fasa-fasa pinang-meminang. Dalam fasa-fasa berdebar menunggu. Belum kahwin lagi ni dah berdebar. Gedik sikit. Ha ha. Aku cuma mengharapkan yang terbaik. Keluarga pula, main tarik tali. Haih. Buat aku fikir banyak-banyak kali. Betul ke apa aku buat? Betul ke apa keputusan aku? Betul ke? Betul ke tak? Ha. Jerawat timbul toing-toing merata muka. Punca, stress. Hihi.

Ah. Malas nak fikir panjang. Kalau itu benar jodoh aku, Tuhan tetap akan satukan kami. Kalau bukan, bukan la. Ye dop?

Okie. End sini. Saja ja nak borak kosong petang macam ni.

Saturday, October 19, 2013

Baran.

Aku dengan baran memang tak boleh asingkan. Kerja nak marah bila ada sesuatu yang tak kena. Walaupun sikit je salah. Aku tetap akan marah. Seteruk mana marah tu bergantung pada mood aku. Kalau aku mood kurang kurang kurang baik, memang tangan kaki aku boleh naik. Kalau baik sikit, mulut aku je yang laju bercakap.

Dan, aku rasa dah lama jugak aku ni control rasa baran tu. Aku tak mengamuk orang tak tentu hala dah lama.

Tapi hari ni, ada lagi manusia yang sengaja sungguh nak cari pasal dengan aku. Bukan dengan aku saja, dengan semua orang. Bunyi macam gila kan? Entah lah. Aku tak faham punca sebenar pada mulanya. Bila diselidik, rupanya kes cemburu buta.

Macam ni kisahnya.

'Pada satu sambutan hari jadi di satu tasik, bf kepada gf, bergambar ramai-ramai, dengan kami @ gadis-gadia cantik, dan itu menimbulkan rasa cemburu gf terhadap bf nya'

Ha. Gitu. Yang jadi masalahnya, gambar tu tak menunjukkan apa-apa perbuatan yang boleh membuatkan dia cemburu. Because, its a group picture. Its not one by one picture and there was nothing that can create any scandalism between the girls and her bf. Its a group. Plus there was another two three boys instead of him alone. Sebab tu aku panggil perempuan pesen ini cemburu buta. Ada mata, tak tengok. Tapi, tak tahu la kalau dia marah sebab bf dia yang tipu ke apa ke. Kalau dah marah kan bf sendiri, yang nak babitkan orang lain sama kenapa? Dan marah-marah sedangkan terangan nampak itu bukan salah kami. And yes, this is what I called stupid. Dan baran tak bertempat.

Tapi kejadian ni beberapa bulan yang lepas. Tak sangka akan ada sekuel-sekuel nya. Dah macam telenovela. Dua tiga hari lepas, kantoi. Ha. Masa tu aku nampak sorang-sorang baran macam mana. I was ok at first, but when there were provocation, I turn to be godzilla. Baran surrounding. Ha ha ha.

Hoho. Now I realised. Being famous, being beautiful, being friendly, being nice , being good, is not really good for this kind of people. Just ignore them instead of saying something that could make thing worse. Just ignore unless they disturb your beautiful life.

Orang baran macam tu seeloknya dikikis habis dari hidup kita. Sebab nya dia tak dapat nak kawal emosi dia yang melampau-lampau tu. Dan aku terbabit sama. Sekarang, aku ambil langkah diam. Sebab mula tu aku tersalah percaturan. Aku lawan. So, sekarang aku diam. Tak bermakna aku kalah, dan tak bermakna dia boleh pijak aku.

For her, enough. Tak payah menabur fitnah. Dan kami, tak hadap pun dengan bf awak tu. He is yours forever and ever. Take him and bring him to everywhre you want. Whatever. I dont care. He is yours ultimately.

.

Owh. Tak kena topic kan? Let it be. Ha ha. Bye.

Jealousy

Sesungguhnya penyakit yang sangat bahaya. Yang boleh bawak kematian. Logik kan? Pembunuh membunuh kerana cemburu teman lelaki/teman wanita rapat dengan kawan lelaki/kawan perempuan. Kes cemburu buta kronik.

Apa jadah memalam gini aku mengarut pasal jeles meles ni? Sebabnya hari ni ada yang tak ada angin tak ada ribut cari pasal dengan aku. Bukan dengan aku saja, dengan sepupu-sepupu aku pun. Ya Allah. Siap ada ugut-ugut lagi. Ingat aku takut? Kalau berani sangat, berdepan. Dia siapa, nak cakap tanpa usul periksa? Dia siapa, nak tuduh membabi buta? Dia siapa?

Hilang sabar aku bila aku dapat tahu gelaran 'ekor' yang diberi. Amboi. Sedap mulut kau saja kan? Apa kau ingat mak bapak aku ni haiwan yang kau nak berekor bagai? Apa kau ingat aku ni binatang? Apa kau ingat? Sesedap hati saja. Kau kata kami kutuk kau kan. Ha. Ini. Kalau aku tak buat, jangan kata aku buat. Memang lepas tu kau dapat habuan. Aku baru belajar tahan sifat baran yang ada, kau cambah api dalam hati aku.

Ya Allah. Ini dugaan untuk aku ke berjumpa dengan perempuan semacam ini? Jenis yang diri sendiri terangan salah, tapi masih nak menuding satu jari tu kat orang, padahal yang empat lagi tuding diri sendiri. Ini kenis orang, yang tak tahu makna sesuatu hubungan antara lelaki dan perempuan.

Ya. Boleh merasa cemburu. Tak salah. Tapi berpada. Jangan sampai memakan diri. Jangan sampai menyalahkan orang sekeliling. Dapat apa? Dapat malu sebab terbukanya aib sendiri. Apa orang kata 'paku dulang paku serpih, memgata orang dia yang lebih'.

Aku. Aku sendiri ada rasa cemburu. Dah nama pun manusia. Tapi beragak la beb. Beragak sikit. Sampai ke tahap nak memaki hamun segala. Memang lepas tu kau pun dapat makan maki jugak la.

Sebab aku tahu aku bukan jenis sabar. Jadinya, memang aku akan melenting jugaklah. Tak sikit jugak lenting aku tu. Orang lain, aku tak tahu. Tapi kalau aku, aku marah. Cari pasal kenapa?



P/S: Orang macam ni pun ada. Gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut yang dia nampak.

Friday, October 18, 2013

Ulang tahun-ku ke-25

Aku nak tulis apa? Tadi beria buka blog, konon nak tulis-tulis practise kelajuan jari atas keyboard. Tanya diri sendiri. 

.

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-25 Lateesya. 

Aku. Dah 25 tahun. Suku abad. Dulu-dulu sibuk tulis atas kertas, konon diari hati sangat, nak jadi apa bila dah 25.Antaranya, 

1) Ada kereta 
2) Ada driving license
3) Ada rumah
4) Ada kerja best
5) Kahwin dengan lelaki hensem yang pandai, berjaya dan bergaya meletup punya

Apa yang tercapai? Nombor satu dan dua je. Ni semua kes terpengaruh cerita TV, drama Melayu, yang mana bila berumur 20 tahun keatas wajib ada semua ni. Hello. Mimpi banyak sangat. Tak apa. Berangan tu free je. Tak kena bayar. Teruskan berangan.Yang nombor lima tu, mengarut. 

Dan alhamdulillah. Solat sudah semakin terjaga. Kalau dulu, liatnya Allah saja yang tahu. Setiap hari memaksa diri solat. Dulu aku paksa diri aku solat. Aku fikir macam ni. 

'Macam mana kalau tiba-tiba aku mati tanpa sempat solat?'

Mengingatkan mati, pada usia yang belum penuh ilmu, belum cukup amal, memang meremang bulu roma aku. Sebab tu aku gagahkan solat. Sebab aku takut aku diseksa bila aku mati. Tapi, ada jugak yang tak cukup tu. Buat Qada'. Tapi aku tak tahu la solat Qada' ni ada ke tak ada. Ini dululah. Alhamdulillah, sekarang aku masih ingatkan diri aku tentang mati sebelum solat, tapi itu bukan untuk memaksa aku solat, cuma untuk ingatkan diri mati itu bila-bila masa saja. Kena ingatkan ye dop?

Kahwin? Tak tahu bila. Calonnya dah ada. Tapi tak lah hensem mana. Sedap mata aku memandang saja. Manis raut muka dah cukup buat aku suka. Fasa pertama dah dilalui. Sedang menunggu fasa kedua. Jadi atau tidak, tunggu saja. Akan dikhabarkan pada semua. Lagipun, kalau aku tak khabarkan pun, akan ada je TUKANG SAMPAI. Mengalahkan ASTRO BEYOND. Kan? 

Dalam menunggu debar hari, dapat berita yang tak best nak dengar. Allah. Dugaan apa lagi? Satu persatu. Bukan aku tak terima. Tapi, aku terasa penat. Penat menempuh satu demi satu. Setiap yang jadi ada hikmahnya. Ya. Aku kena pegang kata-kata ini. Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Cuma sebagai manusia, aku merasa penatnya diduga bertimpa-timpa. Setiap kali, aku terasa dugaan aku berat, setiap kali itu, aku duduk depan PC, blogwalking. Dan setiap kali itu, aku akan jumpa. Setiap kali. 

Mungkin, ini dugaan yang paling ringan Allah bagi pada aku. Tak setaraf dengan dugaan pada hamba-hambaNya yang lain. Aku ini yang paling ringan. Ini yang aku harus pegang. Menangis tu menangis jugak.Setiap titis air mata tu, buatkan aku kuat. Sebab, aku ada keluarga, yang aku kena fikir, kebajikan mereka.

Sekarang, mungkin aku belum mampu, menanggung 100% hidup keluarga aku, tapi In Shaa Allah, aku buat sehabis daya, untuk capai impian-impian aku. Doa. Doa aku hari-hari. 

.

Raya haji, balik kampung, tengok mak dan ayah, sebut pasal Makkah. Aku tahu, mereka teringin nak ke sana. Aku pun teringin. Inikan pulak Mak Ayah aku yang dah pernah pergi buat umrah. Mesti rindu nak tengok Kaabah, rindu nak berada di Makkah. Doaku hari-hari. Semoga aku dapat hantar Mak Ayah aku ke Makkah. Jangan ambil nyawaku atau nyawa Mak Ayah aku sebelum aku hantar mereka ke sana. 

Titik.