Gambar hiasan ehsan google-image
Perempuan dengan 'high-heels' macam adik beradik. For most of girls lah. Bukan semua okay?
Dalam beberapa hari ni, setiap kali naik lift kat rumah tu, ada je yang pakai 'high-heels' feeling good-good gitu. Dan mata aku ni tak lepa memandang setiap yang berkasut tumit tinggi. Entah lah. Mungkin kerana aku suka. Yep. Aku suka tengok orang pakai 'high-heels'. Nampak berkarisma ha.
Lagipun, aku pun suka dengan kasut tumi-tumit sampai 4 inci ni ha. (Yang pernah aku pakai almost 4-inch). Owh. Actually, do you think wearing high-heels is good for you girls? Dari pembacaan-pembacaan aku, dari hasil google-google, aku simpulkan tak berapa elok pakai 'high-heels'. Umum tahu, ia akan memberi kesan tak baik dekat tapak kaki, dan juga bahagian badan yang lain. TAPI, BUKAN ini yang aku nak cakap hari ni.
Sesetengah event/function (betul ke ejaan?) memerlukan kita (ladies) pakai kasut tumit tinggi tak kisahlah berapa inci pun tapi paling kurang 2 inci kan? Sebab masa majlis konvokesyen aku, aku kena pakai 2 inci punya tumit. Aku sendiri pun ada koleksi kasut tumit tinggi, dan tak pakai pun. Buat hiasan atas rak kasut, dan last sekali mak aku humban masuk dalam kotak je. Siap cakap lagi, 'Nak lagi tak kasut tu? Kalau taknak, nak buang.' Ewah. Sesedap hati mak je tau. Kesian I nih mak. Mak jual lagi bagus dari buang tau. Ha ha ha.
Ehsan google-image. Menarik kan?
Okay. Sebenarnya, aku cuma nak cakap je, cara orang-orang yang aku nampak beberapa hari ni pakai 'high-heels' tak betul. Cara jalan tu ha. Ya Allah. Macam seksa sangat tengok diorang berjalan. Aku tahu memang seksa pun. Kesian aku tengok. Maybe diorang pakai sebabnak attend meeting or jumpa client ke, tak tahu lah. Tapi, serius sangat terseksa tengok. Tumit kasut kecik satu hal, kasut tinggi sampai 4 inci satu hal, cara jalan satu hal.
Cadangan aku, yang pertama, apa kata kalau pakai kasut flat je, lepas tu dah sampai tempat nak tuju tu, sarung la kasut tumit tinggi yang cantik tu. Ha. So, dalam masa nak pergi tu tak adalah macam seksa sangat. Yang kedua, kalau nak jugak pakai 'high-heels', practise dulu kat rumah, jalan lah kat mana rasa okay. Bukan sekali, bukan dua, tapi lebih. So, tak akan rasa canggung. Yang ketiga, masa beli tu, sila make sure kasut tumit tinggi tu sesuai dengan bentuk kaki kita, jadi, akan rasa selesa bila memerlukan berjalan jarak jauh dengan kasut tu. Yang keempat, masa berjalan tu, lenggokan pinggul tu kena lebih sikit. Baru stabil. Keras kematu je memang nampak macam orang bongkok berjalan. Yang kelima, sila jangan jalan di atas jalan yang berlubang. Ha ha ha. Lekat heels kau ha.
Ha ha ha. Its more like peringatan to me. For others, tak tahu lah. Terasa nak tegur, tapi kang tak pasal kena lempang 5 das. Mahu pengsan aku kat situ.
Mak aku, salah seorang penggemar kasut tumit tinggi. Hoho. Bermacam jenis kasut, jenama kasut, ada kat rumah. Dan she is really really good in wearing high heels. Tak canggung, tak bongkok, tak pelik langsung. Sangat cantik. Bila berjalan tak pelik. Cantik tersusun je. Even berlari pun still okay. Dan mak aku seorang yang pandai pilih kasut. Kasut yang dia beli semua cantik, kena dengan kaki.
Aku pulak, tak berapa reti. Aku pun macam perempuan-perempuan kat atas ni jugak. Pakai ikut suka, jalan ikut suka, dah macam nenek kebayan. Berangan konon lawa, padahal bila orang tengok, buruk ya amat. So, sedar diri dan kurang dah pakai kasut cenggitu. La ni, kasut tumit I banyak dah takdak. Kena buang. Ha ha ha.
Borak kosong di tengahari. Jom keluar LUNCH. Bos pandang pelik sebab dari tadi toktektoktek tak berhenti. Okay. Bye.
No comments:
Post a Comment