Sesungguhnya penyakit yang sangat bahaya. Yang boleh bawak kematian. Logik kan? Pembunuh membunuh kerana cemburu teman lelaki/teman wanita rapat dengan kawan lelaki/kawan perempuan. Kes cemburu buta kronik.
Apa jadah memalam gini aku mengarut pasal jeles meles ni? Sebabnya hari ni ada yang tak ada angin tak ada ribut cari pasal dengan aku. Bukan dengan aku saja, dengan sepupu-sepupu aku pun. Ya Allah. Siap ada ugut-ugut lagi. Ingat aku takut? Kalau berani sangat, berdepan. Dia siapa, nak cakap tanpa usul periksa? Dia siapa, nak tuduh membabi buta? Dia siapa?
Hilang sabar aku bila aku dapat tahu gelaran 'ekor' yang diberi. Amboi. Sedap mulut kau saja kan? Apa kau ingat mak bapak aku ni haiwan yang kau nak berekor bagai? Apa kau ingat aku ni binatang? Apa kau ingat? Sesedap hati saja. Kau kata kami kutuk kau kan. Ha. Ini. Kalau aku tak buat, jangan kata aku buat. Memang lepas tu kau dapat habuan. Aku baru belajar tahan sifat baran yang ada, kau cambah api dalam hati aku.
Ya Allah. Ini dugaan untuk aku ke berjumpa dengan perempuan semacam ini? Jenis yang diri sendiri terangan salah, tapi masih nak menuding satu jari tu kat orang, padahal yang empat lagi tuding diri sendiri. Ini kenis orang, yang tak tahu makna sesuatu hubungan antara lelaki dan perempuan.
Ya. Boleh merasa cemburu. Tak salah. Tapi berpada. Jangan sampai memakan diri. Jangan sampai menyalahkan orang sekeliling. Dapat apa? Dapat malu sebab terbukanya aib sendiri. Apa orang kata 'paku dulang paku serpih, memgata orang dia yang lebih'.
Aku. Aku sendiri ada rasa cemburu. Dah nama pun manusia. Tapi beragak la beb. Beragak sikit. Sampai ke tahap nak memaki hamun segala. Memang lepas tu kau pun dapat makan maki jugak la.
Sebab aku tahu aku bukan jenis sabar. Jadinya, memang aku akan melenting jugaklah. Tak sikit jugak lenting aku tu. Orang lain, aku tak tahu. Tapi kalau aku, aku marah. Cari pasal kenapa?
P/S: Orang macam ni pun ada. Gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut yang dia nampak.
No comments:
Post a Comment