Followers

Monday, February 17, 2014

Keracunan makanan- Cirit birit

Assalamualaikum dan hai. 


Malam tadi, mimpi best gila. Mimpi orang kahwin, mimpi kenduri kendara. Tapi tetiba perut memulas. Damn. Rosak mimpi aku. Bangun terus masuk jamban. Membuang. Dua hari perut aku meragam. Salah diri sendiri. Makan ikut suka jadi la macam tu. Tapi ini pertama kali aku cirit birit macam ni. Sebelum ni cirit birit jugak tapi kali ini lain sikit. Aih. Ada ke cerita pasal tahi kat sini. Aku duk pikir-pikir jugak apa yang aku makan. Aku rasa sebab steambot dan jagung cawan tu. Petang sabtu, aku makan jagung. Tapi pagi-pagi Sabtu tu aku bedal dua biji buah epal. Mungkin ini salah satu penyumbang proses penghadaman aku menjadi 'terlalu lancar'. Malam Sabtu, steambot di Flamingo, Setapak. Alahan aku pada ketam, udang dan sotong aku buat tak tahu je. Bedal semua makan. 

Dan hari Ahad, perut aku sakit sangat. Tak memulas. Tapi sakit. Pastu macam keras je bila tekan-tekan kat perut. Ha ha ha. Bongok kan cerita pasal tahi kat sini. Dan start semalam jugak, aku ulang masuk tandas membuang sisa-sisa kumbahan. Padahal nak kata aku sembelit, tak de pun. hari-hari aku membuang. Bila cirit je, tetiba macam tak berhenti. 

Dan sekarang, LAPAR.

Pasal mimpi tu. Dah dua hari berturut-turut mimpi orang kahwin and nak kahwin. Ha ha ha. Sorang is my close friend and sorang lagi is my cousin. Wah gitu. 

Ke SEBENARNYA aku yang tak sabar nak kahwin sampai terbawak dalam mimpi. Siap tema warna putih, macam wedding Arianna Rose tu. Ha ha ha. 


Okay. Bye. Curi masa office. Kang petang ganti balik. Huwwa. Ada macam tu? 

 

Tuesday, February 11, 2014

Salah guru ke salah budak?

Assalamualaikum dan hai!

Berita pasal bapak repot polis sebab anak kena tekanan emosi bila kena marah dengan cikgu sebab tak buat kerja sekolah.

Ini salah guru ke salah ibu bapa? Setakat halau balik rumah tu, benda biasa. Setakat kena marah tu, dah lali di telinga. Budak sekarang terlalu manja ke macammana?Sengih sorang-sorang aku baca berita ni. Lawak dan kesian. Lawak sebab benda kecik camni sampai ke polis. Kesian kat budak tu. Dapat malu tak buat kerja sekolah heboh satu Malaysia.

Dulu-dulu ni, mak bapak lagi suka anak dipiat, dipulas telinga dan perut bila anak nakal, bila anak tak buat kerja sekolah, bila anak malas. Siap tolong bagi rotan kat cikgu sambil cakap 'Nah, cikgu boleh rotan anak saya kalau dia buat silap. Cuma jangan sampai patah riuk sudah'. Ha. Betapa terbukanya mak bapak time tu. Termasuk la mak ayah aku. Balik sekolah mengadu cikgu marah, sah sah lepas tu aku kena rotan. Mak kata cikgu marah bersebab. Mesti ada yang tak betul sebab tu cikgu marah. Sebab tu la aku tak pernah mengadu cikgu marah aku. Nanti sudahnya aku yang kena balik.

Cara didikan berbeza mungkin. Aku kena macamni, orang lain kena macam lain. Tapi jarang la budak yang dulu-dulu mengadu domba macamni. Walaupun berbeza cara didikan mak ayah. Cikgu sekarang hanya diberi tugas untuk mengajar bukan mendidik. Kesian pada cikgu-cikgu sekarang. Nak mendidik jadi lebih baik, tapi terhalang lantaran sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan. Tapi mak bapak pun kena la siasat dulu benda apa yang terjadi sebenarnya. Bukan hentam kromo je buat repot atau ambil apa-apa tindakan melulu. Kadang-kadang anak ni, depan mak ayah pijak semut tak mati, belakang lain pulak. Adei. Susah jugak ada anak ye? 

Huwawa. Okay. Dah takut nak kahwin.

* This is just my point of view. Tak ada kena mengena dengan apa-apa. Terpulang pada individu. Apa-apa pun, jadi lah guru yang baik dan penyayang, ye? Dan berwibawa.





Saturday, February 8, 2014

Oh My English

Assalamualaikum and hai.

Oh My English. 

DI office ni, aku kena cakap bahasa inggeris. Penuh. Tersekat tersangkut cuma akan buat orang salah faham dengan kau kalau kat sini. Tapi aku hentam kromo je. Aku campur kan hampir semua dengan Bahasa Melayu. Sebab aku tak reti nak cakap English. Aku faham dan boleh menulis dengan baik. Kalau tak, tak ada la score A. Cuma yang jadi masalahnya, bila bercakap, dah macam bunyi Bangla cakap Melayu. 

Jadi, aku ambil keputusan untuk belajar English. Tak payah pergi kelas pun. Cuma parktiskan apa yang kau dengar hari-hari dari manager. Dan bercakap. Manager aku yang lama tu, dia ni Bahasa Melayu kaput gila. Padahal duduk Malaysia 2 tahun lebih. Benda ni jadi memudahkan aku untuk belajar sebab ada dia. Untuk cakap apa pun, I need to speak in English, or else he wouldn't understand me. Dari situ la aku belajar memperbaiki bahasa inggeris aku ni ha. Memang besar la jasa dia pada aku.

Sekarang ni, aku rasa aku improve. Tak berbelit lidah aku. Boleh cakap dengan manager baru, CEO dan jugak customer, dan jugak staff-staff kat sini. Nak maki dorang pun aku pandai dah sekarang. Ha ha ha. 

Okay. Tak lah sampai memaki hamun. :P

-----------------

Aku ni macam tengah cerita semua benda yang tak sempat aku nak cerita sebelum ni. Hari ni  3 entry aku bagi. Ha. Amek. 

Okay. Bye.

COUSINS- MAJLIS PERTUNANGAN

Assalamualaikum and hai. 

15 Disember 2013, berlangsungnya dua buah majlis pertunangan di kampung aku, di rumah Pakngah aku to be exact. 

Dua okay. Satu majlis pada waktu tengahari, dan satu lagi majlis pada waktu petang selepas Asar. Tema warna peach dan kelabu. Siap pelamin lagi. Meriah. tapi pelamin tu free je sebab cousin aku yang major bab-bab pelamin tu yang buatkan. Ha, tu yang meriah sikit tu. Lauk pauk memang terbaik lah. Dah macam kenduri nikah. Grand gitteww. 









Eyh. Bila masa mak aku ada ni? Ha ha ha. Mak aku yang pegang kad 'I LOVE YOU' tu. So, inilah beberapa keping gambar. Masa majlis tu. Malas aku letak bebanyak. Hihi. Apa pun tahniah okay. 

*Aku punya? Ha ha. Lagi awal dari dorang ni. Hihi. Peace. 


Wayang- KAMI HISTERIA

Assalamualaikum and hai. 

Malam tadi, aku dengan sepupu-sepupu aku pergi Mid Valley. Konon nak tengok cerita Robocop. Tapi bila dah sampai full. Itu lah. Dah tahu cerita tengah hot tak cecepat book ticket. Pastu, pakat duk melangut lah depan GSC tu. I,Frakenstein pun full. Semua jam pulak tu. Okay. Habis fikir. Kami tengok cerita KAMI HISTERIA. Aku pilih cerita tu sebab aku tengok pelakon-pelakon dia best. He he. Aku memang macam tu. Kalau nak tengok satu-satu movie, aku tengok pelakon dulu. Tapi, kekadang pelakon best, cerita pulak yang out. Demmm. Ha ha ha.


So, untuk cerita Kami Histeria tu, bagi aku best la. Santai je. Lawak gila. Hantu cakap utara baq ang. Kelas kau Fazura. Memang dari awal masuk sampai habis, aku kerja gelak je. Dah la tak ramai orang. Memag pecah la panggung tu dengan suara aku semalam. Tak rugi la kiranya cerita ni kalau nak tengok. Bintang? Kalau nak ikut bintang, aku tak reti. Tapi best. Dari sudut mata kepala aku. Ha ha.

Movie okay semua okay. Tapi yang tak okay, perangai orang dalam panggung tu. Siap buat movie kat belakang. Kat couple seat. OMG. Terkejut beruk aku. So, semalam bukan tengok satu movie je. Dua movie aku tengok. Berbaloi lah bayar tiket RM 15 tu. Dalam duk tengok histeria tu sempat aku toleh-toleh belakang. Wah. Kemain. Khusyuk kau yer budak. Bercanda kat situ. Aku rasa panggung wayang tak boleh la buat couple seat macam tu. Sebab mengundang benda yang tak elok. Yang tak manis langsung. Kalau ye nak sangat, hotel-hotel, motel-motel, rumah tumpangan banyak. Hm. 

Okay habis. 

Kejadian semalam buat aku teringat kisah muda mudi aku dulu-dulu. Semoga korang mendapat hidayah dik. Aku tahu korang belum kerja. Korang masih student rasanya. Sebab kalau dah bekerja, mesti korang ada duit nak carik hotel kan? 





Okay. Bye.