Followers

Tuesday, February 11, 2014

Salah guru ke salah budak?

Assalamualaikum dan hai!

Berita pasal bapak repot polis sebab anak kena tekanan emosi bila kena marah dengan cikgu sebab tak buat kerja sekolah.

Ini salah guru ke salah ibu bapa? Setakat halau balik rumah tu, benda biasa. Setakat kena marah tu, dah lali di telinga. Budak sekarang terlalu manja ke macammana?Sengih sorang-sorang aku baca berita ni. Lawak dan kesian. Lawak sebab benda kecik camni sampai ke polis. Kesian kat budak tu. Dapat malu tak buat kerja sekolah heboh satu Malaysia.

Dulu-dulu ni, mak bapak lagi suka anak dipiat, dipulas telinga dan perut bila anak nakal, bila anak tak buat kerja sekolah, bila anak malas. Siap tolong bagi rotan kat cikgu sambil cakap 'Nah, cikgu boleh rotan anak saya kalau dia buat silap. Cuma jangan sampai patah riuk sudah'. Ha. Betapa terbukanya mak bapak time tu. Termasuk la mak ayah aku. Balik sekolah mengadu cikgu marah, sah sah lepas tu aku kena rotan. Mak kata cikgu marah bersebab. Mesti ada yang tak betul sebab tu cikgu marah. Sebab tu la aku tak pernah mengadu cikgu marah aku. Nanti sudahnya aku yang kena balik.

Cara didikan berbeza mungkin. Aku kena macamni, orang lain kena macam lain. Tapi jarang la budak yang dulu-dulu mengadu domba macamni. Walaupun berbeza cara didikan mak ayah. Cikgu sekarang hanya diberi tugas untuk mengajar bukan mendidik. Kesian pada cikgu-cikgu sekarang. Nak mendidik jadi lebih baik, tapi terhalang lantaran sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan. Tapi mak bapak pun kena la siasat dulu benda apa yang terjadi sebenarnya. Bukan hentam kromo je buat repot atau ambil apa-apa tindakan melulu. Kadang-kadang anak ni, depan mak ayah pijak semut tak mati, belakang lain pulak. Adei. Susah jugak ada anak ye? 

Huwawa. Okay. Dah takut nak kahwin.

* This is just my point of view. Tak ada kena mengena dengan apa-apa. Terpulang pada individu. Apa-apa pun, jadi lah guru yang baik dan penyayang, ye? Dan berwibawa.





No comments: