Followers

Friday, March 26, 2010

BIAR MASA TENTU SEGALA...

Semalam aku telefon kawan aku. Dia tengah bersedih kerana girlfriend dia asyik cari gaduh dengan dia tapi bagi aku itu sepatutnya tak jadi masalah. Ye, sampai dia naek fed up kata dia.

"tengah makan nasi ke? makan nasi pakai tangan ke sudu? pakai tangan tu tangan dah basuh ke? basuh cuci tak? kuman hilang tak? pakai sabun ape eh?"

hahaha...di atas ni nak menunjukkan betapa comPlexnya pikiran awek dia..haha ini contoh dia bagi aku la...sebab dah bengang, contoh makan pon boleh....

Well, perempuan memang suka dibelai dan dimanja. Perempuan memang suka di taking care (jgn guna rojak bahasa ini ye)..Mungkin itu salah satu cara untuk dia tarik perhatian. Jadi bagi kaum Adam, silalah faham hati dan perasaan perempuan ini ye...kalau pun awek ko tu ade black belt sekali pun, tapi dia tetap lembut. Hati die tetap lembut. Sensitif.

Membebel banyak-banyak pun tak guna jugak. Macam aku malam ni lah. Well, boyfriend ku seorang yang sangat relax and cool (bagi aku lah) and cold too..hehe...bila ada masalah dia lebih suka senyapkan diri. Ya, aku tahu kenapa. Sebab dia tak nak termarah aku. Tapi aku pulak rasa macam tak disayangi kerana sikap dia yang tersporting lebih tu. Hahaha sepatutnya aku bersyukur kan dapat BOY yang macam tu. Tak cari pasal..

walaupun aku kenal dia dah 2 tahun, tapi rupanya aku still tak dapat nak faham die sepenuhnya. Aku tau dia macam mana orangnya, tapi aku tak dapat nak agak apa yang dia akan buat next, and next and next. apa yang dia tengah pikirkan pun aku mestila lagi tak dapat agak kan..aku bukan psikik..

disebabkan perkara kecik, gado. Belum hal yang besar-besar lagi. Tapi setiap masalah pun ada cara selesaikan, kan.. Biar masa menentukan segala.





YEP, BIAR MASA MENENTUKAN SEGALA.......

3 comments:

ZooL Hilmi said...

Assalammualaikum....
mmm...tysa zool faham apa yang tysa maksudkan...setiap perhubungan mesti lah ada sifat tolak ansur..dan tidak berlebih2... Dalam islam punmengajar kita hidup sederhana...tak kira lah dari apa sudutkan..

mmm..nak mengenal seseorang bukan mudah tysa.. hati manusia sentiasa memngalami perubahan...begitu lah cara hidup mereka... mungkin dulu kita kenal seseorang tu baik... tapi...semua boleh berrubah pada sebaliknya

yang penting sekarang ni kita mesti kenal diri kita dulu... adakah kita ni selalu buat kebaikan atau sebaliknya...orang akan rasa hormat dan segan dengan kita...bila kita jaga satu perkara ni...
iaitu mulut kita...sentiasa memberi nasihat, tak mengumpat, sentiasa bercerita perkara2 baik..

isyaallah... kalau kita nasihat baik2 kawan kita tu...dia akan dengar...mmm

TSYA'Z (~_^) said...

ye...tsya tau nk kenal seseorng bukn mudah....perlukan masa yang pnjg...ape lagi kalo kita duduk jauh dgn org tu...segalanya perlukan masa

TSYA'Z (~_^) said...
This comment has been removed by the author.