Followers

Monday, July 26, 2010

walaupun..........

Walaupun aku bagitau dekat dari sendiri yang dia bukan milik aku lagi, tapi, setiap hari aku mesti mahu melihat muka dia, senyumannya,...hati aku akan tenang...Apatah lagi dengan adanya laman sosial Facebook...makin lah kuat hati aku meronta-ronta untuk melihat dia...aku betul-betul rindukan dia...

Well, satu kebetulan yang buat aku menitiskan air mata...antara dia dan gadis itu...apakah hubungan antara mereka...sahabat ataupun lebih....waktu dulu mereka bersahabat tapi kini aku tidak tahu...melihat kebetulan pada mereka, membuat aku rasa sedih yang teramat sangat...mustahil kebetulan itu boleh berlaku pada waktu yang sama...tarikh yang sama....tentunya hari yang sama.....

Ya ALLAH, jadikan hambamu ini manusia yang keras hati, yang kebal dengan segala macam panahan syaitan...

Aku tidak mahu mengingati dia walau sikitpun, tapi wajahnya saban malam menghantui aku...aku tidak boleh melupakan dia......cinta aku pada dia terlalu dalam...aku mengaku berkawan dengan lelaki lain sekarang, tapi perasaan aku kosong...mulut berkata sayang kn orang itu tapi hati aku, tidak mampu...maafkan saya, awak..kerana tak mampu membalas kasih sayang yang awak berikan, kerana tak mampu memberi apa yang awak mahukan...hanya perhatian yang mampu saya berikan....

Persoalan yang ada di mindaku masih belum dapat aku rungkaikan...semua jawapan ada pada dia...hurm, kenapa aku terlalu mencintai dia.......

Ya ALLAH, berikan dia kekuatan meneruskan hidup,...tabahkan hatinya menerima segala dugaan hidup...pelihara lah dia dari godaan syaitan...dan jauhkanlah dia dari wanita-wanita seperti aku...keraskan hatinya dengan pujukan wanita-wanita durjana...dan berikanlah dia kesenangan di dunia dan di akhirat....AMIN......












aku: sentiasa mendoakan kebaikan kamu di mana kamu berada...........menyayangi kamu selamanya......

No comments: