Followers

Monday, April 30, 2012

:)) Doakan kami :))

Dah lama sangat tak menulis. Sibuk dengan dunia pelajaran. Sesudah selesai semua Test 1, sekarang sibuk dengan assigment pulak.

Balik rumah cuti seminggu minggu lepas tapi tak buat satu kerja pun. Maklumlah. Kalau dah ada di rumah tu, semua lupa. :))

Masalah di rumah bertambah-tambah besar pulak. Tak tahu lah macam mana nak settlekan. Harapkan mak aku je lah. Masalah ayah pun masih tak settle lagi. Lagi 20 hari je. Kalaulah boleh tunggu sampai aku dapat kerja kan bagus?? Tapi tak semestinya bila aku kerja gaji aku banyak. Harap dapat tampung keluarga kecil aku. :))

Doakan kejayaan aku, adik-adik aku, dan juga sahabat-sahabat aku okeyh? Doa jugak buat keluarga aku. :)). Terima kasih :))

...............................................................

: Cepat balik. Saya tunggu kamu :))

Sunday, April 22, 2012

Hye ;-)

Baru perasan. En BuahHati ade komen dekat post aku.


Happy.


;-) okay. Ni actually tengah try post melalui android. Tak pernah buat lagi.


:-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 16, 2012

Salah nombor.

Miscall. Pernah dapat miscall dari orang yang tak kenal, then bila kite call balik, orang tu cakap salah nombor? Okay. Kalau sekali mungkin salah nombor, tapi kalau banyak kali?? Apa nak panggil?? Salah apa??? 

Aku memang bengang. Ada satu nombor dah banyak kali call aku. Aku mesti la akan jawab. Tapi kalau dah banyak kali sangat mengganggu aku, cakap salah nombor, dari nombor yang sama, tak rasa pelik ke?? Memang mintak pelempang. Sekarang ni aku punya tahap kesabaran tak tinggi mana. Ada jugak manusia yang kena maki satgi. 

Aku pun tak faham manusia jenis apa, kalau sekali orang dah cakap salah nombor, means salah la. Tak payah nak call banyak kali sampai orang naik rimas. Faham bahasa ke tidak? Nak kena cakap bahasa apa?? Aku rasa penduduk kat Malaysia ni cukup bijak kot cakap bahasa Melayu. 

Bengang. 

Sunday, April 15, 2012

Tak tau nak cakap apa :))

Rommates masa F4-F5 dah ramai bertunang. Ada jugak yang dah kahwin. Yang sorang tu dah anak dua. Lepas tu, baru-baru ni dapat jemputan kenduri kahwin. 6 May dan 27 May. Dua-dua kawan sekolah menengah. Dan salah satu nya buat dekat Sekolah Menengah Teknik Gerik. Kat dewan sekolah. Rasa macam tak percaya je. Wedding buat dekat situ, memang grand habis lah. Budak-budak cuti kot time tu. :)). 

Ingat nak pergi. Boleh lah jumpa En BuahHati sekali. Lepas tu ingat nak gi jugak yang dekat Ipoh tu. Cuma tak confirm agi je. Sebab sana tak ada tempat nak stay. Macam mana kan? 

Makin hari makin ramai yang tamatkan zaman bujang. Aku terfikir bila akan sampai giliran aku. Tapi, tak ada jawapan. Bila orang tanya aku akan jawab, 'Tunggulah. Nanti ada la tu. Tunggu anak korang besar dulu'. 

Ha. Itu je la jawapan aku. Orang tanya aku soalan-soalan macam ni, sampai rasa macam perlu ke kahwin sebab semua orang nak tengok aku kahwin? 

Tapi, hari tu, cakap kat En BuahHati tunggulah lagi tiga tahun. And dia tak cakap apa-apa pun. Tak ada response. Yang dia cakap 'OK' je. So, timbul la idea-idea jahat dalam kepala otak ni. Mula la keluar spekulasi bukan-bukan dalam kepala ni. 

Bila En BuahHati tak cakap apa-apa macam tu, terasa macam dia pun nak suruh aku tunggu lama lagi. Thats why aku macam jauh hati jugak la. Tapi buat bodoh je la. Let him enjoy himself sementara masih bujang. 

Dan keluar lagi perkataan yang aku fobia. 

"KALAU ADA JODOH"

Memang betul. Kalau ada jodoh ada la, tapi kena usaha ke arah tu kan? Hm. Tak tau nak fikir apa dah. 3 tahun tu lama nak tunggu. En BuahHati pun tak boleh janji dengan aku. Tak nak la kecewa lagi. 

Tak suka kecewa. Sakit hati. :)). 

..........................................................................

: Sayang :))

Tuesday, April 10, 2012

Time untuk merepek :))

Tulat dah Test. Tapi series malas gila gila gila nak study. Bukak buku pun, macam tak tau nak baca je. Adeh. HOW???

Nak kata perlukan some entertainment, or refreshment, rasanya tak perlu kot. Sebab dah melebih-lebih dah aku rasa. So, sekarang nak buat apa bila jadi MALAS sangat sangat ni? Aih.

Esok nak telefon mak lah. Bosan betoi duduk Arau ni. Nak buat perangai dengan parents pun payah. :P

Nak merepek apa hari ni? 

Aku actually dah bosan dengan sini. Dah mula duk fikir pasal kerja. Tapi, nak buat macam mana. Kena jugak belajar bagi habis. Lepas tu, beberapa bulan ni ada masalah sikit. Masalah keluarga. Aku tak tau nak mengadu kat siapa. En BuahHati kadang-kadang aku cakap jugak, tapi tak semua, sebab dia sibuk. Aku tak nak lah mengganggu. So better aku tak cakap apa-apa. 

Suka ramai-ramai, gelak ramai-ramai, tapi aku sedih sorang-sorang je lah. Susah nak heret orang sedih sekali dengan kita kan? 

Bila aku tengok mak ayah aku, aku tak tau nak cakap macam mana. Ayah aku, sebolehnya nak simpan semua tu sorang-sorang. Mak pulak ada aku ja untuk share semua masalah dalam family, sebab satunya aku anak sulung. Duanya, aku ja yang boleh nak faham semua masalah tu. Adik aku yang no. 2 tu faham, tapi dia lelaki, lebih banyak diam, dari cakap apa yang dia fikir. Samalah macam ayah. 

Masalah dah macam-macam ditambah pulak dengan masalah orang lain. Aku pening. Semua mengharapkan aku untuk settle masalah tu. 

Impian aku satu je. Nak tengok mak ayah aku hidup senang. Tak susah sebab kami adik beradik. Bila aku dah fikir camtuh, ada satu tahap tu aku dah mula fikir untuk hidup sorang-sorang je. Tak payah nak mengharapkan orang lain. Tak payah ada suami. Senang untuk aku uruskan hidup. Senang nak jaga mak ayah. Tapi, even macam mana pun aku tak boleh buat macam tu. Sebab aku nak disayangi and menyayangi. 

Masalah asyik datang je sekarang. Aku tak tahu apa hikmah di sebalik semua masalah tu. Manusia. Mana nak nampak hikmah yang datang kan? So, diam, dan sabar. Doa dan terus doa je. 

Nanti ada cuti seminggu. Rasa taknak balik rumah je. Sedih pulak bila tengok mak ayah. Hm. 

Gudnight all. 

Bercinta dan Berperang :P

Minggu ini. Minggu berperang dengan TEST bercinta dengan BUKU. Okeyh. Terbalik ayat tu. Patutnya bercinta dulu baru berperang.




Aku study macam nak final. Aku sendiri tak sangka aku boleh buat macam tu. Ha ha ha. Ini dah amek masa sikit before tidur untuk update kat sini. Super duper pantas menaip ni tau. Hebat kan aku? Tips untuk menaip dengan pantas ialah sentiasa chatting dekat YM or SKYPE. Hikhikhik. Okeyh. Lari topik dah. 

Goodnight semua. Bye. Assalamualaikum. :))

...................................................................

: Cepat cepat balik. Sayang kamu. :))

Saturday, April 7, 2012

Status :))


Bila????????

Jadi persoalan. 

Mengeluh dulu lah. :))

Menunggu dan terus menunggu. 

Saat itu pasti akan tiba.

Senyum. Lebar-lebar. 

Bye. :))

BBQ - Gua Kelam :))

Hoyeaahh. Even penat semalam tapi still rasa bersemangat lagi pagi-pagi ni. :)) Bangun awal. Lepas Subuh terus berjaga. Sambil-sambil mengemas rumah, teringat perkelahan semalam. Smile :)).

Yesterday. Ada buat BBQ dengan classmates. Meriah even tak semua datang. Ada dalam 30 orang je. Sepatutnya 50 tapi lagi 20 tu ada hala yang tak dapat nak elak. Orang yang mencadangkan pun tak dapat nak ikut jugak, sebab ada hal lain. So, tinggallah 30, and kutip sorang RM 11. Actually RM 10 je, tapi terover budget sikit, kenalah kutip lagi sehinggit tuh. Hikhikhik.

Buat hari Jumaat, so yang banyak kerja nya, confirm lah yang perempuan. Lelaki, kalau dah perempuan ada tak ada nye lah nak buat sangat ha kerja-kerja dapur ni. Malam Jumaat tu, orang lain sibuk berjimba bertidur semua, kami duk kat dapur potong bawang halia mak nenek bagai, nak buat rencah ayam bakar. Pastu masak nasi, untuk buat nasi goreng. 

KENAPA AYAT AKU MACAM SKEMA NIIIIII ????


Aku pun tak tau lah apasal jadi camtu. Lantak lah. Yang aku tau aku nak cakap semalam kami buat BBQ, dan sila sila sila sila tengok semua gambar-gambar kat bawah ni. DAN sila lah puji puji puji puji sikit. Ha ha ha.

< Click pada gambar untuk pembesaran :P > 



















Okeyh. Dah. Yang peluk-peluk tuh, husband and wife okey. Jangan salah faham pulak. :P. Tak lama lagi kami semua dapat anak buah. Hoyeaahh. 

And credit to Pak Tam and Hazwan, for these pictures. :))

.............................................................

: En BuahHati, awak nak gi sana tak? You and me, and our friends. :))

Tuesday, April 3, 2012

030412

Assalamualaikum. :))

Ha. Lama dah tak update ha. Apa khabar semua? Dah macam tanya budak kelas dah.

Hari ni sebenarnya salah satu hari yang bermakna dalam hidup aku. Ha ha ha. Tetiba kan?

3 April 2012. 



Genap setahun. Macam-macam jadi dalam masa setahun ni. Ada suka ada duka. Kejap naik kejap turun. Actually hari ni genap setahun aku dengan EnBuahHati mengenali hati budi, meyulam kasih lah kononnya. Orang panggil anniversary kan? Ini 1st time nak sambut. Tapi tak adalah sambut pun. Duk sorang-sorang je atas darat ni ha. Si dia di laut, aku di darat, so just cakap kat telefon je la. Itupun tak boleh lama. Waktu tidur lain, waktu berjaga pun lain. 

Dalam setahun ni kalau nak recall balik, banyak jugak masalah. Macam-macam perangai, macam-macam kerenah. Letih jugak nak melayan kalau dah sampai tahap letih yang melampau. So, salah sorang mula akan bad mood la, tak nak cakap kat telefon la, tak nak mesej la. Tapi, sabar je la. Jangan mudah nak melatah sangat ye dak? :))

Aku banyak belajar dari silap aku. So, bila ada EnBuahHati ni, aku cuba jadi yang terbaik untuk dia, cuba buat apa yang aku rasa aku patut. And, akan selalu tanya if dia senang dengan cara aku or tak. Bagi aku, itu penting. Aku nak dia senang hati dengan aku. :))

InsyaAllah, hubungan yang ada ni aku akan jaga. Harap jodoh kami kuat. Doa-doakan lah ye. :))

...............................................................

: Love me always. Me loves you too. :)). Hehe