Followers

Saturday, April 20, 2013

Kuala Lumpur- Pasar Seni

Assalamualaikum. 

Selamat tengahari semua. Bajet ada yang baca je. Ha ha. 

Second entry di Kuala Lumpur. Masih lagi berkisar tentang dunia baru aku di sini. 

Aku kerja di area Pasar Seni. One of the remittance company. Mula-mula dulu, masa interview, jawab soalan nak tak nak je.Tapi disebabkan sepupu aku yang rekomen, aku dapat kerja tu. Dia pula tukar company lain but still in the same business. Services. Itu pun selepas seminggu tunggu, baru lah dapat. Kalau tak, memang dah balik Kedah dah. Duduk jauh-jauh dengan family ni, kadang-kadang terasa sunyinya. Terasa susahnya. Terasa sedihnya. Dulu nak sangat duduk asing kan, padan muka. Sekarang tanggung sendiri. :P

Sejak kerja sini, makan tak ikut time, ikut sukahati perut aku je. Padahal before, aku makan ikut time jugak. Ye lah. Mak masak ikut time. Habis masak je terus duduk makan. Rindu.

Mula-mula bekerja, letih. Kena banyak fikir. Banyak belajar. Tapi makin lama, Alhamdulillah. Manager okay. CEO pun okay. So, proses pembelajaran pun okay la. Mula-mula memang susah, tapi makin lama semua jadi okay. Kerja pun bukan banyak sangat pun. Yang simple saja. Yang tak simple, manager buat semua. Ha ha ha. 

Dapat kawan kerja pun okay. Sepatutnya dah confirm, tapi sampai sekarang belum lagi. So, aku just consider yang there must be something about me yang diorang belum berpuas hati. Compare to sepupu aku tu, memang dia hebat la. Bagus. Masuk office baru je, duduk sebulan dah dapat confirmation. Jadi, aku pun malas nak fikir. Buat je la kerja macam biasa. Kalau tak suka sangat, nanti cabut je la. Sementara nak cabut ni, kena kerja betul-betul dulu la. And cari kerja baru. :P. 

Perut lapar pulak. Lunch belum lagi. Okay bye. Nanti la aku sambung. Entry pendek-pendek je. :P

p/s: Saya nak Note II. Bukan NoteBook 2. Ha ha ha.

2 comments:

aienzunnur said...

Welcome 2 kl tsya..hahaha..tp ak xkeje kl.kt nilai.dlm sbln ad la skali 2 trun kl.jalan2 or ad ursn..dkt psr seni 2 ad booth jual takoyaki.. Ak knl bnd 2 sbb bl kt situ..hihi...jg dr baik2 tu di kota raya yo..

Hp tu...nk gak leh?

Anonymous said...

Notebook2 lagi bagus... :D