Followers

Wednesday, December 7, 2011

Ya Allah...

Sejak dapat berita yang tidak menyenangkan hati pagi tadi, lemah sungguh rasa nak bekerja. Walaupun aku tak buat sebarang kerja sebenarnya. Nak duduk di ofis ni dalam waktu yang lama, buat aku tertekan.

Musibah yang menimpa saudara ku, saudara rapatku, buat aku jadi tak senang duduk, tak senang hati. Rasa nak balik sekarang jugak.

Ya Allah.

Kuatkan lah hati dia Ya Allah.
Hanya pertolongan dari-MU yang mampu hambaMU ini meminta.
Tabahkan hatinya.
Sabarkan hatinya dengan apa yang telah terjadi.

Ini dugaan yang maha berat Ya Allah.
Bantulah dia, bantulah kami agar dapat mengharungi ujian-MU.

................................................................

: amat memerlukan doa semua pihak.

Tuesday, December 6, 2011

Tersenyum :))

Owh, tajuk tak ada kena mengena dengan entry. Cuma tersenyum mengingat masa lampau.

Dalam sedar tak sedar, hubungan yang dibina sudah melebihi setengah tahun. Sudah menjangkau 8 bulan. 8 bulan dalam dunia percintaan (hu, segannya saya), dan kalau mengikut usia perkenalan sudah hampir 8 tahun.

7 tahun yang pertama, terlalu leka dengan dunia sampaikan tidak sedar orang yang aku suka, sayang, masih ada di depan mata, masih berhubung sekali sekala, lelaki yang kuanggap hanya sebagai abang.

Dalam masa 7 tahun, memori-memori aku dengan dia, sikit sangat. Perkenalan yang bermula dengan game Scrabble (pernah aku tulis dulu), kemudian dengan sendirinya terjalin ikatan persahabatan, yang tak pernah langsung aku fikirkan. Sungguh. Aku memang malu dengan dia. Hanya kiriman salam yang selalu aku titipkan untuknya setiap kali ada latihan koir. Ha ha ha. Kawan yang menjadi pengantara. Malu. Berjumpa berdepan?

Lagi malu. Senyum aje. Lagipun aku memang suka dengan senyuman dia, sebab mata dia akan jadi kecik sikit, dan ada garis di bawah mata yang macam misai kucing. Ha ha ha. Comel. Wajah itu aku bawa setiap saat, minit, jam, hari, bulan, tahun. Kisah perkenalanku, aku ingat setiap hari. Walaupun, aku bercinta dengan orang lain, tetapi namanya tidak pernah tidak aku sebut setiap kali aku berjumpa dengan kawan dia. Sampaikan masa tu kawan dia dah rimas sebab selalu menyebut nama dia.

Ha ha ha. Maaf, nama dia tidak akan pernah aku lupa. Ahmad Huzair bin Awang Dollah.

.

Khas buat Abang.

Abang,

Abang selalu pesan, jadi lah yang terbaik.
Yang terbaik untuk abang.
Yang terbaik supaya abang pun cuba untuk jadi yang terbaik.

InsyaAllah, sayang cuba.

Abang selalu jugak cakap, bila kita dapat jumpa macam orang lain.
Sumpah, sayang tiada jawapan tepat untuk itu.
Bila ditanya bila, pasti kita akan terdiam.
Berfikir.
Tapi, jawapan tak ada.

Jangan risau. InsyaAllah, jika diizinkan kita tetap akan berjumpa.

Dan belakangan ni, abang selalu bertanya.
Bila nak nikah ni??

Ha ha ha. Soalan yang satu ni, hanya ada pada abang jawapannya.
Sebab tu sayang diam banyak, dan jawab tak tahu.

InsyaAllah, berdoalah supaya ada jodoh kita.
Ini doa sayang hari-hari tau.
Harapan, doa dimakbulkan.
AMIN.

Moga-moga sayalah tulang rusuk abang, yang akan sentiasa menyokong abang, yang akan sentiasa menyejukkan hati abang, yang sentiasa menjadi kesayangan abang. :))

............................................................

: Soal kahwin nikah tu, abang cari duit cukup-cukup lebih dulu yer? hehehe. Will wait for you.



Tak tunang, tak apa kan??

Okeyh, sambung pasal semalam.

Semalam berhenti kat mana? Pasal tunang kan?

Tak tunang tak apa kan?

Sebab bila fikir balik, kalau dah memang kenal lama tu buat apa lagi nak bertunang. Tunang tu untuk sesi berkenalan kan? Aku rasa aku dah pernah tulis pasal ni before.

Hm, lagi satu, pembaziran kot. Ha la. Cuba tengok majlis tunang orang-orang sekarang. Ya Allah, dia punya grand macam majlis menikah. Siap pakai baju bersongket bagai. Lepas tu nanti, nak kenduri nikah kahwin semua, nak keluar duit lagi. Haih. Buang duit aku. Ha ha ha.

Hari tu pun ada baca dalam facebook. If teruna melamar si dara, dan si dara terima untuk berkahwin, secara tak langsung nya, mereka telah pun bertunang. Bezanya, pertunangan itu tidak diketahui oleh mana-mana pihak kecuali teruna dara tadi.

Banyak tau kes macam ni. Macam aku pun terlibat sekali je. Pening dah. Nak kena bertanya yang pakar nih. Keliru macam ni bahaya ni. :p

.

Sebenarnya tengah lapar ni. Petang ni nak balik awal.

Ha, lagi satu, takziah untuk keluarga TokLang aku kerana kehilangan seseorang yang aku kenali sebagai TokPah. Moga beliau dicucuri rahmat oleh-Nya. Amin.

..........................................................

: Hoit cik abang. Bila awak nak balik ni?

Monday, December 5, 2011

Cukup tak ??

Hari ini, first day aku masuk kerja. Eyh, aku ada tak cakap aku carik kerja lain after praktikal hari tu?

Entah. Lupa pula cakap ke tak. Sendiri punya tulis pun tak ingat eyh? He he he.

First day masuk office ni, aku tak ada kawan pun. I mean kawan office. Yang ada beberapa orang lelaki. Yang lelaki-lelaki tu pulak kat bilik lain. Toilet pun dalam bilik lelaki-lelaki tu. Tadi, nak terkucil sangat sangat sangat dah, tapi tahan je lah. Sampai lah diorang keluar tadi. Adoi, punya lah seksa tau tak. Kenapa lah tak ada buat toilet kat bilik perempuan ni. Berejam tunggu, untuk kucil aje.

Bosan jugak kerja sorang-sorang kat sini, tapi tak apa, dari tekanan yang melampau, baik kerja sini aje.

.

Tadik duk membelek message dari En BF. Then terjumpa satu mesej ni,

: Kalau RM 15,000, cukup tak buat kahwin?

Ini En BF punya mesej. En BF memang suka buat aku terkejut bagai. Tetiba lagi dia tanya soalan macam ni. En BF memang suka tanya soalan tetiba aje, sampai aku kadang-kadang pening nak menjawab.

Memang lah kadang-kadang kami bercakap soal kahwin, soal masa depan, soal lain-lain selepas kahwin, but, bila ditanya soalan yang macam ni, aku tak tahu nak jawab macam mana. Then aku cakap,

: Cukup. Majlis nikah kecik-kecik je cukuplah tu.

Ye la. Bagi pandangan aku cukuplah tu RM 15,000 kalau nak menikah. Bukan nak buat besar-besar pun kan? Yang penting akad nikah tu ye dak? Pastu aku tanya pulak,

: Kenapa? Nak menikah dah ke? Bila agaknya tu?

: Eyh, belum tahu lagi. :))

Hurm, belum tahu lagi, tapi tanya mengejut macam tu macam nak ajak nikah bulan depan je. Aku pulak yang gabra ha. Satgi terlebih fikir kang, malu pulak kat dia. Ha ha ha. Suka taw bagi aku ni terkejut.

Tapi ada jugak En BF sebut pasal tunang tunang tunang ni dulu dulu dulu. Cuma tak sekerap dia sebut nikah. Bagi aku tak bertunang pun tak apa. Lebih jimat kot.

Tunang tak wajib kan??

..........................................................

: nati update lagi.. dh nk kena balik ni :p

Thursday, December 1, 2011

The mother :))

Bosan pulak bila kena duduk rumah dari pagi sampai ke malam. Adeh. Dan jadi maid untuk budak-budak ni. Hadoih, letih la. Dah kemas sini, sana sepah, dah kemas sana, sana sepah. Adoih. 

And I am always thinking how the mothers in this world can be so strong, can be so tough, can be so patience, can be so nice, so kind, so sweet and so segalanya lah untuk the children. Can you imagine??

Being a mother, kena bangun pagi awal-awal sebelum suami bangun, sebelum anak-anak bangun. 

Being a mother, kena siapkan anak anak anak ke sekolah. Siapkan anak untuk hantar ke baby sitter. Memang ada the father, but the father sendiri pun mesti kadang-kadang kelam kabut untuk siapkan diri sendiri. Itu yang the mother kena bangun lebih awal dari semua orang. 

Semua pun mesti akan cari mak. Apa-apa hal sekalipun, mesti akan cari mak dulu. And anak-anak ni pulak bukan semua akan dengar kata kan? Mesti akan ada yang memberontak senyap-senyap. Macam mana ye seorang ibu boleh handle anak-anak dia kan?

Bila aku praktikal dulu, pagi-pagi mak aku masak untuk aku. Aku mula macam tak terfikir tau, tapi bila saja duk ingat-ingat balik, aku duk imagine jugak, macam mana kalau anak aku macam aku jugak. So, aku kena bangun awl pagi pagi pagi, masak bagi anak bawak bekal, bagi suami bawak bekal. Adeh, sempat ker?

If aku bekerja, macam mana pulak keadaannya? 

To be a mother, to be a wife, I know, I need to be tough, mentally and physically. Adeh, tak dapat bayangkan kalau dapat anak yang lasak.

Dah lah aku ni tak berapa gemar dengan budak-budak yang umur 3 tahun-6 tahun. Kenakalan yang sangat terserlah akan masa tu lah. So, respect to every mother in the world yang mampu menjaga each of their kids. 

And, aku jugak sangat garang. Even mak sangat garang, ayah pun garang, tapi tak ada lah bila aku pecahkan pinggan mangkuk mak aku bertempik kat aku. Mak aku senyum je gelak gelak gelak. Ayah buat tak tahu je. Ayah selalu macam tuh. 

But, bila adik aku pecahkan gelas or something, aku mesti marah dia. Tak faham betul lah kenapa. 

Ha ha ha ha ha ha. 

Sebab tu aku cakap mother ini sangat penyabar orangnya.

........................................................

: Hey, shayam, balik lah duduk sini. :))