Followers

Tuesday, March 29, 2011

Gurau-guran and hujan..

Ada satu malam dalam minggu ni kami (budak rumah 17) cakap pasal kahwin. Dengan siapa and bila nak kahwin. Bila dah terlalu banyak bercakap, macam bertih jagung, mula lah keluar segala-galanya. Takde lah boleh dibendung lagi. And tetiba one of my housemate cakap,

"Macam mana kalau ang nanti tengok-tengok kahwin denga Mudin(bukan nama sebenar)?,"

Aku terdiam. Kawan-kawan yang lain gelak. Amboih, sedap je eyh dorang kenakan aku. Actually Mudin ni kawan aku a.k.a orang yang suka dekat budak rumah aku.

" Apa salahnya. He he he,".

Saja jawab macam tu. Makin giat mengusik. Lepas tu aku mesej la Mudin. Aku cakap kat dia apa yang kawan-kawan aku cakap. Kemudian tetiba Mudin tanya aku, nak ke kahwin dengan dia. Hoh, sudah. Aku main-main je kot. He he he. tapi aku tak da la bagi jawapan apa-apa pun. Diam adalah lebih baik. And dia faham kalau aku diam itu tandanya aku malas nak menjawab soalan dia yang tak best. Ha ha ha.

Habis kat situ. Ni masuk cerita dua pulak.

Semalam, ada lagi sorang. Ni kawan-kawan aku masa sekolah teknik. Haish. Tetiba dia pulak cakap pasal kahwin dengan aku. Ha ha ha. Dia ajak kahwin lepas aku habis study. Sebab dia dah habis dah. Lagi la terkejut beruk. Lama gila tak contact. Ha ha ha. Aku cakap kat dia, ni gurauan melampau. Ya lah. Semua nak bergurau pasal kahwin.

Tak baik tau. Aku dah la sedang mencari calon suami ni. (gatal). Ha ha ha. Tapi tak pa. Aku faham diorang ni gurau-gurau macam tu. Menceriakan hari aku yang sekarang tengah gelap tak berapa nak cerah. Kalah awan ha. Thanks ye babe. He he he.

BTW, dah 16 jam hujan tanpa henti bermula semalam pukul 11 malam. And nampak gaya macam tak nak berhenti je. Tadi dah dapat surat amaran. Suruh berjaga-jaga takut banjir lagi. Hurm. Tak mau banjir. Serik. Serik sangat. Final is on the way and banjir pun on the way jugak. Jenuh la macam ni.

Berharap hujan berhenti.




p/s: hujan ni macam sedang ikut irama hati aku.

Monday, March 28, 2011

MerLin - CoLin MorGan


Kenal tak? Tak kenal? Ini 'boyfriend' aku. Heh, konon nak ada 'boyfriend' pelakon. Mat saleh pulak. Ha ha ha. 

Lemme introduce you to my sweet hunny bunny Merlin. Eyh, bukan Merlin, Colin. Ha ha ha. I love his eyes. He's so cool. He's so sweet. He's charming. Dari mata aku lah kan?


Tengok pic bawah ni. Comel kan? Ni yang aku suka ni.


Yang ni pulak, mata dia. Santek. Aku suka!!


He was born on 1st January 1986. Means he is 25th year old this year. He is from Nothern Ireland. 






Well, aku memang suka sangat tengok cerita Merlin tu. Best. And lagi satu sebab ada Colin. I LOVE YOU COLIN. Ha ha ha. 

Friday, March 25, 2011

Orang yang aku cari bila ada masalah. He he he

Malam-malam yang sunyi sepi indah menarik bagi mat-mat rempit untuk test enjin motor. Memang sengal diorang. Tak ada kerja lain nak buat. Okay, bukan nak membebel dekat diorang ni. Nak cakap pasal seseorang yang selalu ada dalam hidup aku. Nama dia? Okay, last-last nanti bagitahu.

Macam aku cakap di atas, dia sentiasa ada untuk aku. Di mana pun dia. Dia akan ada. Even pergi berfoya-foya pun still akan jawab call aku. Huh, ayat skema. Okay, straight to the point. Malas nak puji budak ni. Nanti perasan. Ha ha ha.

Berkenalan.
Knowing him two years ago. Kenal sebab dulu aku couple dengan kawan dia masa dia poli dulu. Kenal sebab nombor tepon yang aku beli kat BF aku, BF aku bagi dia. So, bila aku nak mintak balik, dia tengah guna. So, bagi lah dia guna. Kenal dua tiga hari, tapi boleh je ajak-ajak sembang. Dia tak sombong. Sempoi. Selamba. Mujur. Ha ha ha. Pastu berlanjutan sampai lah sekarang ni. He he he. Rindu dia.

He is.
He is someone yang caring, yang sempoi, baik dari mata aku, straight to the point, suka bercakap, tahu bila orang ada masalah. Banyak cerita. Rajin kerja. Ha ha ha. Ye ke? Orang yang selalu ada bila masa call pun. Dia just takkan reply bila HP dia rosak, and bila dia tak ada kredit. Ha ha ha. Senget jugak kadang-kadang. Otak, I mean, fikiran dia, kreatif. Ada idea. Cuma dia tak buat apa yang dia fikir. Selalu fikir pasal orang lain dulu instead of himself. Tak suka susahkan orang lain kecuali bila terpaksa sangat-sangat. Tak suka cari pasal dengan manusia-manusia muka bumi ni. Pentingkan persahabatan.

And lastly, banyak dot dot dot!!! He he he.

....................................................................

Dulu, masa aku ada BF, diorang semua cakap yang aku ni selalu jugak cakap pasal dia ni. Ye ke? Aku pun tak perasan tapi diorang perasan. Ha ha ha. Nampak diorang macam jeles. Padahal dia ni tak ada ape pun. Ha ha ha. And aku penah berkomplot tipu sorang budak yang suka dekat dia, cakap dia dah kahwin. Jahat!!

Ha ha ha. Semalam dah mintak permission. Actually dia bukan bagi aku post pasal dia. Siap suh bayar royalty. Ha ha ha. Tak kira. Dah lama dah nak tulis ni tau. Jap, kite tengok pixca yang aku 'curik' dari dia. He he he. Owh yea. Dia masih single. He he he.



Okay. Yang di sebelah kiri. Baju putih. Yang baju biru tu aku tak kenal

Ha, nama dia? He he he. Aku panggil die cik Mat je. 




p/s: hehe. Miss u..

Thursday, March 24, 2011

Happy Birthday Sayangs...




Happy birthday to you, 
Happy birthday to you,
Happy birthday to you, 
Happy birthday to you.

Hope semua sayang-sayang saya, BOY, JULIA and LIENA happy selalu, sihat selalu, ceria selalu. Saya sayang awak semua. 

Tak ketinggalan untuk cik MIERA. Saya sayang awak juga. Tapi kalau tak dimention nama banyak-banyak kali maaf lah ye. Priority untuk birthday boy and gurls. He he he. 

Setiap hari bertemankan korang di FB sangat menyeronokkan dan menghiburkan saya. He he he. Kadang-kadang bila FB, saya sedih, tapi bila tengok pixca korang-korang, saya rasa terhibur. And korang sangat suka buat lawak.

Boy dengan gaya bersahaja. Komen macam tak ada feeling, and saya kat sini gelak sorang-sorang. Liena dengan manja sebagai seorang adik. Julia sebagai kakak buat Liena and adik yang memahami buat saya. Miera, selalu jadi tempat saya lepas geram. Ha ha ha sorry sayang. Ha ha ha. 

To my birthday boy and gurls, harap korang takkan lupakan akak sampai bila-bila. Akak even tak pernah jumpa korang, akak sayang korang. He he he. 

And sorry ya, tak dapat nak kasi hadiah. Pejabat post tiap-tiap hari tutup and hujan pun setiap hari. So tak dapat nak pegi beli hadiah. Ha ha ha. 

~LOVE YOU ALL ALWAYS DEAR~

mon-mon saya yang nakal..(boy)


mok saya yang tabby..(Julia)


manje saya yang comel..(Liena)




p/s: Miera, tunggu birthday awak ye. Hek hek hek.

Tuesday, March 22, 2011

ini keistimewaan ke apa??

Macam mana ye? Seorang lelaki ni boleh bahagikan kasih sayang dia kepada beberapa orang perempuan. Ini salah satu sifat yang Allah swt bagi dekat diorang ke? 

Just realise how special they are. They can say, they love Minah, at the same time love Tijah, love Joyah, love Rosnah. And many more. And kita yang perempuan ni nganga tak boleh nak buat apa. Memang diorang ni ada hati yang boleh bahagi-bahagi ke? Kalau bahagi kepada dua, okay boleh terima, tapi ni lebih ha. Sakit hati. 

Tu yang aku nak tahu. Ini memang sifat yang Allah bagi, atau pun memang dalam dunia ni lelaki memang nak banyak. Takmau satu. Nak dua tiga. Kalau boleh sepuluh. Kan? Kan? Yang lelaki sila mengaku. 

Yang perempuan sila sokong aku. Ke aku sorang je yang perasan semua ni? 

Okay, pasni mesti akan ada jawapan depends. Depends pada lelaki tu, and blablabla..... 

Huh, sila bagi jawapan yang bernas. Takmau jawapan klise ataupun standard. No komen lagi tak diterima. Owh yea. Saya perlu jawapan MR.BIJEN. Ha ha ha. He is a lelaki. And I know dia boleh bagi pandangan yang agak bernas. 




p/s: hurm.....kalau wanita??? haha alamat hancurlah dunia....

Monday, March 21, 2011

Something wrong??

Hurm. Something happened. But, I dont know what is it. I just cant think what is it. 

Sometimes, kita akan rasa ada yang tak kena. And kita tak dapat cari mana yang tak kena. Macam aku sekarang. Aku tahu ada yang tak kena. Aku tahu ada sesuatu. Tapi apa dia. 

Aku realised benda ni pon bila dia ni buat macam tak peduli je kat aku. Aku cakap ke, aku tak cakap ke, dia buat tak tahu je. Aku buat salah ke? I dont think so. Apa salah? If dengan orang lain dia boleh layan baik, kenapa dengan aku tak? 

Dengan orang lain kau boleh gelak sampai pecah dunia, kenapa dengan aku tak? Kau kadang-kadang sedar tak, perangai kau yang cepat sensitif tu, buat aku rimas. Aku pun cepat sensitif. Aku mengaku tu, tapi aku belajar untuk jadi lebih terbuka. 

And kau? Kau belajar jadi lagi sensitif ke? Come on la beb. Kau macam tak pernah kenal aku langsung. If ada tak puas hati dengan aku, cakap je la. Tak payah nak buat perangai 3 4 minggu kau tu. Aku muak tengok. Aku bosan tengok. Gedik. Mengada. Semua nak kena jaga hati kau. Hati aku? Mak kau nak tolong jaga? Sumpah, aku meluat dengan orang macam ni.

Aku open okay. Whatever it is, just datang kat aku, and bagitahu aku. I am okay. Aku takkan buat muka 28 dengan kau. And aku takkan buat perangai taik kat kau. Come to me and say what you want. In a good way of course. 

Yea, kadang-kadang kau cakap kau perlu privasi. Ada aku kacau kau bila kau cakap macam tu? Takde kan? 

Hurm. Entah lah. Aku benci dengan situasi ni. Kau buat perangai bodoh masa mood aku tak stabil macam ni. Memang padan muka kau. Aku dah tunjuk siapa aku kan? Hah, buat la lagi. Sebab kau aku hilang rasional aku. WTH. WTF. 

Sunday, March 20, 2011

Jom...Layan.....Ha ha ha

Hati tengah tak stabil. Rasa nak marah,nak mengamuk, tapi tak tahu nak buat kat sapa. So, untuk mereleasekan semua tu, I need some refreshment. Ha ha ha. Wujud dak perkataan ni?? Main hentam saja. 

Ha, untuk itu jom kite layan movie. Hope after tengok movie, aku akan segar bugar macam baru lepas mandi air terjun. Ha ha ha. 

Friday, March 18, 2011

Stop dreaming Cik Teesya

Dia bukan kau punya. Dia tu orang lain yang punya. Beriya kau suka pon bukan kau dapat dia.

Cik Teesya,

Dulu apa yang kau nak memang kau selalu dapat. Tak pernah gagal pun. Termasuklah soal lelaki. Kau nak mana-mana pun kau dapat. Padahal kalau nak ikut paras rupa, kau tak ade pun. Yang ada pada kau cuma muka innocent, baik suci murni habis. Pastu kau bising ramai orang yang kau tak suka kacau kau. Ceit, bajet cun tak boleh blah.

Pastu bila kau masuk Diploma kat Segamat sana, kau couple dengan orang yang pernah kecewakan kau. Lelaki pertama yang buat kau kecewa dengan keluarkan air mata setitik. Sungguh. Tak tipu. Air mata keluar setitik je.

Pastu kau dan dia, sama-sama bosan. Dua-dua cari lain. Gila kan?

Kau kapel pulak dengan senior kau yang kau suka dulu, yang bila malam kau kadang-kadang tak leh tido duk ingat dia, siang-siang waktu riadah kau pergi membazir duit telefon dia semata-mata nak dengar suara dia. Hah, tu lah dia, cinta pertama yang orang panggil first love tu. Tu la dia.

Dua tahun bercinta, kau putus sebab dia ada yang lain. Lelaki kedua yang buat kau menangis berbulan. Walaupun kau dapat orang baru, tapi lam hati kau tak ada pun orang baru tuh. Kemudian, kau kapel lagi dengan orang baru dengan tak ada perasaan cinta durjana tu, kau cuma sayang aje. Break lagi kan lepas tu? Kau memang bongok sebab break dengan lelaki yang layan kau baik je.

Pastu tetiba kau suka kat BF orang. Kerja gila. Huh. Ini malas pikir sebab setiap hari, nope setiap hari, kadang-kadang kau jadi kreko kalau kau pikir pasal dia. Study sudah. Sebuk la kau tu nak bercinta. Lantak dia lah dengan sapa pun. Kau sebuk dengan akaun-akaun kau sudah lah. Haish. Gedik sungguh!!! Hah, yang ni kau nak macam mana pun kau tak dapat. Tu yang kau rasa  geram kan, sebab kau suka dia, kau nak dia, tapi kau tak dapat dia. Padan muka!!. Hey sedar sikit, dia tak suka kau pun. Dia layan kau macam kawan je. Jangan nak perasan lebih okay? Muka tak lawa ada hati.

DAH. STOP DREAMING PRINCESS (owh gelar diri sendiri princess, rasa syok, ha ha ha)




Cik Teesya: Ye aku faham. Terima kasih kerana membebel untuk aku wahai hati. Aku ingat semua kata-kata kau.





p/s: Huh, membebel aje kije. Penat den dengor nye. Shhh, kang die dengar, kena bebel lagi. 

Wednesday, March 16, 2011

Ayah cakap tak boleh!! Ayah cakap jangan!!

Ayah cakap jangan nak gatal! Ayah cakap lagi, jangan mengada! Mak senyum saja.

Pergi kenduri dua tiga hari lepas. Sepupu pada ayah yang sebelah tokwan tanya, bila lagi? Mak pandang aku, sambil cakap, lambat lagi. Okay mak, saya faham maksud mak. Ha ha ha.

Kalau macam ni aku tulis, mesti majoriti faham kan, makcik-makcik aku tu sebuk tanya bila aku nak kahwin. Aduyai. Malu jugak sebab anak dara diorang yang lagi muda dari aku pun dah kahwin. Owh, terasa macam tak laku pulak. Ha ha ha.

Baru-baru ni

Aku : Mak, agak-agak bila Sya boleh kahwin ye mak?
Mak : Ha ha ha tanya ayah lah. Tapi ayah suruh belajar sampai habis degree dulu.
Aku : Owh. Alamatnya Sya kahwin lambat la eyh. Ha ha ha.

Mak senyum aje.


Dua tiga minggu lepas,

Sepupu paling rapat dengan aku datang rumah. Bawak mak dia and adik-adik dia. Termasuk lah BF dia. Hurm, nak pergi tengok wayang dekat Village Mall kata dia masa tu. Okay fine.

Dapat tahu kat ayah aku. Membebel panjang bila diorang semua balik rumah diorang. Ha ha ha.

Ayah cakap, jangan bawak lelaki balik rumah jumpa mak ayah kecuali lelaki tu datang dengan family untuk merisik dan meminang.

Bila aku tanya mak, kalau jumpa kat luar macam mana? Mak kata ayah tak kisah sebab dia tak nampak. Huh, macam tu pulak. Bukan ke sepatutnya family tahu mana anak dara dia pergi, mana anak lelaki dia dating. Lain sungguh ayah aku ni.






p/s: haha..tahun bila lah ayah aku nak boleh cucu ye??

Monday, March 14, 2011

Sunyi...

Sunyi. Itu yang aku rasa sejak lama dulu. Dulu, ada 'KANDA'. Sekarang, tiada sesiapa. Mak and ayah, jauh di mata. Tapi, kalau balik rumah pun still rasa sunyi.

Hilangnya 'KANDA' diganti dengan IWAN. Owh, bersama dia memang menghilangkan rasa sepi, tapi cuma sekejap. Rasa itu datang bila tak mesej, tak call. Plus, IWAN tak suka call GF. Satu sikap yang akan buat mana-mana perempuan jadik bengang, okay? Then, ada pulak yang cuba tarik perhatian. Hurm, its almost a year kenal dia. Lagi lama dari kenal IWAN actually. Sebab since aku break nan KANDA sampailah aku break dengan IWAN, dia ada. Ha ha ha. But, nothing special sangat pasal kami. Kawan dalam erti kata apa pun tak tau. Bergaduh memang tak payah cakap. Selalu. Sangat. Always.

Dia datang hilangkan sunyi aku, tapi biasalah. Manusia bila lama-lama akan ada rasa bosan plus kita tahu yang kita ni actually dah tak larat nak layan segala cinta monyet bagai. Ha ha ha. 23 tahun still monyet-monyet lagi? Sangat tak masuk akal, okay?

Plus, dia ada GF, comel punya. Takkan lah nak pi kacau. Pelempang nak? Memang tak payah mintak terus dapat je. Aduyai. Sunyi datang lagi.

Sunyi. Sunyi. Sunyi. Mana lah budak-budak yang selalu duk bising kat telinga aku ni? Dah tenggelam lam Tsunami ke?








p/s: huh, teringin nak jadi cam darjah 6 dulu..

Sedih bila nampak orang kena pukul...

For few days balik rumah, jenguk-jenguk taman apa yang dah berubah, since aku tak balik dah lama. Sebulan dah tak jejak kaki kat Sg Petani tu. Asyik main kat Arau je ha. But, nothing changed. Semua sama.

Cuma keluarga aku, kurang sihat. Ayah tak sihat sangat, tension dengan tempat kerja. Mak pulak demam, memang ada sakit jantung lama dah, kurang darah satu hal, and adik aku pulak asyik buat perangai, yang bagi mak aku pening. Adik Fify, sangat degil. Owh, ini yang buat mak aku pusing. Remaja. Tengah membesar. Okay, biarkan dia dengan dunia dia. Asalkan tak melampau. Adik Imran. Sibuk berkawad di kem. Asyik mintak duit. Lagi memeningkan kepala. Aku sekali pening. Hurm, bagi je lah asalkan tak beli benda bukan-bukan. And lastly Adik Deani. My lil bro yang sanagt nakal. Aduh. Tak larat nak layan. Kadang-kadang kita dipanggil lembu. Huh. Sungguh geram.

Ada satu perangai dalam family aku. Macam tabiat lebih kurang. The way my dad mengajar anak-anak. If the other parents tak guna rotan bagai, but my parents used all the stuff yang boleh diguna untuk merotan. Macam orang dulu-dulu kala. And Im used to be very kasar to my adik to. Especially to my lil bro. Kena marah selalu plus dia sangat degil. Maybe sebab dah biasa jugak dirotan sejak kecik, sampai rasa lali.

Hurm, actually my lil bro tuh, adik angkat. Anak saudara mak aku yang dibela oleh parents aku merangkap sepupu aku. Faham?

Tadi, dia main cermin mata hitam ayah aku. Ayah balik dari kerja and carik spec tu. Tanya dia, dia jawab taktawu. Perangai dia, dia memang jenis yang lupa kalau main satu-satu barang and letak kat mana.

Then, ayah aku memang marah sangat tadi, and amek kayu nak pukul dia. Bila ayah dah naik marah, mak pulak naik marah sekali. Amek plak kayu yang lagi satu. Menjerit aku bila tengok mak aku mula pukul. Aku tak suka. Kalau nak pukul, jangan pukul dengan kayu. Guna tangan sudah.

Seriously, bukan nak masuk campur cara mak ayah ajar adik yang kecik tu, tapi for me budak tu still muda. 6 tahun. And I know adik aku sangat lega bila aku masuk and peluk dia dari kena kayu tu.

Malam before, tangan aku jadi mangsa hanger. Bila aku amek adik dari kena dengan hanger. Sebab nya dia taknak mengaji Alquran.

Bukan nak mengaibkan parents or ape ke, cuma bagitahu cara kami diajar. Kami memang takut dengan benda macam tu, and sebolehnya taknak ada orang yang kena. Kami tahu kami kena pukul sebab apa, tapi taknak adik yang kena.

Seolah macam mengingat kisah lama. Ayah and mak sayang kami. Kami semua tahu. Cuma the way mereka tunjukkan kasih sayang tu, lain sikit. Kami faham.










p/s: sedih 

Monday, March 7, 2011

Merajuk.....

Before ada entry macam sakit hati kan? Yea, memang sakit hati. Tapi dah okay dah semalam.

Semalam marah camni!!!


pastu okay camni dah!

Aku ada seorang kawan lelaki. Yang asyik ajak gaduh. Mengalahkan pakwe makwe. Dekat dia lah aku marah semalam tuh. 

Masing-masing kenal diri masing-masing. Dia ada awek, and dia tahu aku ada BF (dulu). Kami kawan macam kawan-kawan lain tapi ada sikit lain sebab kami rajin gaduh. Gaduh bukan sikit-sikit. Gaduh besar-besar. Siap boleh main remove-remove from FB, delete phone number, maki-maki bagai. 

Semalam pun gaduh lagi. And boleh pulak dia marah-marah for what reason aku tak tawu. Perangai aku pulak selagi aku boleh sabar aku sabar, but semalam aku pun emo, dia pulak sengaja tambah minyak, memang dapat la. Mulut aku ni memang tak berhenti mencarut. Rasa lah. Sampai cakap nak benci each other. Fine. Okay. Deal. 

But, its just kata-kata. Aku call, jawab jugak. Tapi, tone suara dia garang. Aku pun sama garang. And then he's okay.

Rupanya macam tu kena layan dia. Bila aku buat lembut-lembut, menjadi-jadi ngadanya. 

Tapi, tak la semua lelaki macam ni kan? Depends on lelaki tu jugak. Kalau jenis lembut, lembut lah kita layan, kalau kasar, kasar lah layan. Ha ha ha. Cuma jangan jadi lelaki yang cepat touching. Yes, you guys ada perasaan. I know. Tapi tak payah la lembik sangat. Baru cakap sikit, nak touching sampai 2 minggu. Owh, bosan okay. Tak cool langsung. Kalau orang macam ni bukan jenis aku lah. Sebab for me, lelaki kena cool. Boleh nak merajuk but few days dah la. 2 or 3 days accepted lagi. Kalau 2 3 weeks, wak lu lah kan! 

kalau baby, memang comel bila merajuk..

tapi kalau 'a man', buruk okay!! pixca kecik sudah. buruk kalo besar

Bagi aku, lelaki tak boleh merajuk lama-lama. Tak syok lah. Kalau dapat GF kaki pujuk, its okay. But kalau dapat GF macam aku, kasar-kasar ni, memang lantak lah kan. Huh, aku pernah try pujuk orang, lawak dowh. Ha ha ha. 








Sunday, March 6, 2011

Kenapa??

You selalu kata I gedik. You selalu kata I mengada-ngada. Kenapa?

Kenapa you cakap I macam tu? Bila I call you, you mintak nak cakap dengan kawan I. Bila I nak bagi, you taknak pulak. Bila 3G, you buat macam tu juga. Bila I buat muka, you kata I jeles. Bila I nafikan, you kata I penipu.

You suka ungkit-ungkit apa I buat dalam FB I. You cakap I menggedik dengan jantan dalam FB tu. FYI, jantan-jantan yang you cakap tu semua bukan nya I baru kenal dua tiga jam. Semua tu I dah kenal lama. Takkan sebab you, I nak buang diorang. Still you tak puas hati. Kenapa?


Sebab you rasa I tak lawa, I tak cantik, I tak ada kelebihan, you boleh cakap I macam-macam?

You ingat I takde perasaan ke? You ingat I patung yang boleh dengar segala caci maki you? You sebok puji perempuan lain depan I. Okay. Tak pe. I dont care, tapi dalam masa yang sama you kutuk I. Itu buat I sakit hati sangat. I marah. Tapi I tak tunjuk kat you pun. Sebab apa? Sebab I malas nak cari gado.

Then, you samakan I dengan hantu bila I makeup muka I. You perli-perli I. You cakap I hodoh bila pakai semua tu. You nampak muka I berubah, tapi you tak berhenti-henti nak perli I. Hati I sakit, you buat tak tahu je.

You nak I jadi macam mana? Bila I tengok you dengan adik angkat you, bukan main mesra lagi. Adik angkat you bole cakap apa pun dekat you. Tapi bila I gurau-gurau dengan you, you tak boleh terima. I rasa I ni sangat teruk bila dengan you. Selalu salah di mata you. Bila I tanya, kenapa you boleh layan adik angkat you macam tu, you cakap sebab dah kenal lama. Tapi bila I layan orang yang I kenal lama dengan mesra, I kena marah. Tak fair langsung.

Fine, fine, fine. Itu aje yang you selalu sebut dekat I. I geram dengan you. I tak tahu mana lagi I nak cerita. Sebab I dah geram sangat. So, I cerita dekat sini.

Tapi....

I still tak faham kenapa you cakap I gedik, kenapa you perli I bila I makeup, kenapa you selalu puji-puji kawan I, kenapa you buat semua benda yang I sakit hati?

Bila I tanya, you sayang I ke? You diam. Bila I tanya apa I buat penting ke bagi you, you diam jugak.

Bila I tanya pasal GF you, lagilah you marah. You kata jangan nak sibuk pasal dia. Okay, I tak sibuk, dengan syarat you pun tak sibuk dengan kawan-kawan lelaki I.

Boleh macam tu??


Saja nak share. Tak berkaitan dengan entry. 




p/s: hurm.....confuse

Saturday, March 5, 2011

Stop act macam kamu tu dewasa sgt!!..

Berfikir secara dewasa, itu penting!!! Lagaknya macam orang dewasa, tapi sebenarnya masih kanak-kanak. Damn!! Aku betul-betul tak faham dengan orang-orang macam ni.

You talk to me macam orang yang sangat matang. Hey, stop being hypocrite. Bila nak bercakap secara dewasa, act as one. Bukan saja-saja cakap. Act as one. Ingat senang ke nak jadi dewasa, dengan fikiran yang dewasa.

Entah pape. Stop acting like that lah. You buat orang rasa menyampah. You buat orang rasa marah. You buat orang meluat. I sendiri pun dah nak meluat.





p/s: hurm, orang akan dewasa and matang bila umurnya mencapai 40 kan??

Friday, March 4, 2011

To my dear Liena.

Assalamualaikum, and hye Liena.

Selamat petang. He he he. Sedih ye hari ni? Ha ha ha. Jangan sedih-sedih lorh. Banyak benda dalam dunia ni yang boleh buat kita happy. Yang boleh bagi kegembiraan, yang boleh bagi senang hati.

Awak putus cinta kan? Sebab akak asyik nampak status yang sedih-sedih je, yang touching-touching je dekat wall awak tu. Ha ha ha. Kakak kamu ni penyibuk banyak okay!! Ha ha ha.

Jangan la sedih-sedih camtu. Takmau lah buat ayat-ayat mengharap lagi dah. Sebab last-last nanti awak yang akan sakit tau. Lelaki tu takde apa-apa feeling pun. Yang rasa semua kita, sebab kita yang ditinggalkan. As a gurl, kita tak patut jadi bodoh sebab lelaki macam tu. Kita tak patut nak mengharap pada dia. Kita ada banyak lagi pilihan. Andai kata kita mati sebelum kahwin dengan cinta hati pun, di syurga nanti kita akan dikahwinkan dengan lelaki ahli syurga. Kita akan bertemu jodoh kat sana.

Akak bukan cakap saja-saja je. Akak banyak kali jadi bodoh because of LELAKI. And akak rasa setakat tu dah cukup. Akak nekad dah, tak mau jadi bodoh lagi. Akak sampai saat ni still ingat lagi dekat ex akak yang lama tu. Banyak benda bodoh yang akak buat. Akak memang menyesal. Tapi dalam masa yang sama akak buat lagi. Menyesal lagi. And buat lagi. But now, dah terasa yang hidup ni sangat singkat. Akak kena cari jalan untuk elak ingat boyfriend lama, kena cari jalan untuk hapuskan kenangan-kenangan manis.

Memang masa bercinta, kita rasa dia the best, dia lah segalanya, tiada dua, but cuba fikir, bila dah kahwin nanti, adakah dia akan jadi macam yang kita fikir. Akan ada perubahan walaupun sikit.

Setiap apa yang jadi pun, mesti ada sebab. Kenapa hari ni kita putus dengan BF kita? Sebab nanti kita akan dapat yang lebih baik.

Jangan terlalu berharap dengan dia. Awak ada pilihan yang lagi baik dari dia. Maybe sekarang belum ada lagi.  Masa masih panjang. Hidup panjang lagi. InsyaAllah.

Hurm, kalau nak tawu perangai sebenar lelaki, tanya abang awak, sebab abang awak terror. Ha ha ha. Sangat skema kan akak tulis. Ah biarlah. Surat akak. Ha ha ha.

Okay, penat sudah orang tua ni membebel. Paam dok akak tulis apa? Ha ha ha.

Ingin jumpa kamu. Love ya always.





p/s: bila nak bagi akak froggie tu?? hehehe

Thursday, March 3, 2011

Class today - menyampah

Hari ni disaster. Sebab nya pergi kelas tadi kena marah dengan lecturer. Oh my God. Degree dah pun still kena marah ha macam budak-budak. And the lecturer tu pun still young. Asyik melenting. Everyweek tension bila kelas dia. 

Mujur beliau itu lecturer. Kalau student, memang dah lama aku hilang sabar. 

Macam-macam perkataan yang keluar dari mulut beliau since beliau ajar hari tu. Memang kalau jadi lecturer tu, dapat hak untuk sumpah seranah student ke? 

Langsung tak respect orang. Okay, kami student, beliau lecturer. Ada cara untuk respect each other kan? And jarak umur pun bukan lah jauh. Boleh dipanggil 'ABANG'. Bukan nya kena panggil pakcik, paklong and so on. (lagi senang kalau paklong aku ngajar). 

Macam tadi, treat us like a kid. Like budak 6 tahun yang tak pandai mengeja kena marah dengan cikgu tadika dia. Macam tu lah. Okay, admit ada salah kami, few of us ada yang tak siapkan kerja beliau bagi. Logik kalau kena marah, but marah nya itu melampau-lampau. Sumpah seranah bagai. Pe kes ha? Mak ayah tak pernah maki-maki anak dia, dapat kat lecturer terus kena. Dia siapa nak sumpah-sumpah orang?

Then, semalam kena amek assignment kat bilik beliau. Majority dapat dalam 70%. Disebabkan itu kena marah lagi. And beliau kata, budak tadika pun boleh buat. Hello, go and find me that budak tadika yang boleh jawab soalan tu. Kecuali Adi Putra. Tapi dia bukan tadika dah kan? Beliau expect kami semua boleh dapat 100%. 

Bagi aku, biasalah tu. Nak kata kami tak buat, kami buat, kami cuba, kami belajar buat benda tu, benda yang pening susah nak faham tu. Bila dapat result tak seperti yang diharapkan, janganlah nak melenting. Sebab bukan semua faham pun apa dia ajar. Bila kita tanya soalan, jawabnya macam nak makan orang. Macam singa lapar. Aduyai. Of course la student akan jadi malas nak tanya, sebab bila tanya dapat tengkingan bukan jawapan.

Is that how a lecturer treat a student? A bachelor student? 

Wednesday, March 2, 2011

To my dear Amiera

Assalamualaikum.

This is for you. Just now for BOY, now awak pulak.

What happened lately ni? Macam ade banyak masalah je? I dont understand. Macam ada yang mengganggu je. Taknak share dengan I ke?

Ada something yang bother you punya hati kan? Yang ganggu perasaan you kan?

Well, kalau bab-bab hati and perasaan ni memang masalah. Memang menyakitkan hati. But there will be a solution. A final solution untuk tu. You are still young. Jangan terbuai dengan perasaan. Jangan terbuai dengan masalah hati tu. Take a simple way to remove the problems.

Lots of love for you..





p/s: jangan tension sgt ye 

To my dear BOY..

Assalamualaikum Boy,

He he he. I always use this blog untuk menulis pada awak kan? Tapi jangan rasa offended pulak. Sebab tak ramai pun yang akan baca surat akak untuk awak ni. Dont worry ya cik MON.

To my Adik,

Sorry because akak pernah cakap yang akak tak kenal awak dah. It doesnt mean akak tak kenal langsung. Cuma awak dh sikit berbeza. And akak pulak pernah jumpa awak dua kali je. And itupun sekejap, and tak lama. Perangai awak pun mungkin berubah mengikut peredaran usia awak. You are turning to 20 by this month.

Akak say sorry eyh if bila akak cakap camtu awak terasa hati. Kita masing-masing ada salah. Jangan nak salahkan diri sendiri je pulak okay??

Hurm, one more thing, you can share everything with me. Ape-ape je. Bila-bila masa. Any problem. I am always be there beside you.

Always love you. A lot.




p/s: saya sayang adik-adik saya