Followers

Monday, August 18, 2014

3 Months

Assalamualaikum. Selamat pagi.

Tarikh 17.05.2014, tarikh keramat aku dan suami. Kelmarin, 17.08.2014, genap 3 bulan kami nikah. Alhamdulillah. Walaupun kadang-kadang bergaduh jugak, tapi semua tu cuma dugaan kecik-kecik untuk pasangan baru kahwin. 2 bulan setengah, 24 jam duk menghadap muka encik husband. Lepas tu tetiba lepas raya seminggu, kena masuk kerja, sebab dah dapat kerja. Yeay. 

Yang tak bestnya kena jauh dengan suami. Jauh masa kerja je lah. Lepas kerja duk ada ja. He he. Hari tu ingatkan akan PJJ selama beberapa bulan. Rupanya tak dan sehari aku duk sini, husband mai. Oh. Lupa. aku dapat kerja kat Gurun, Kedah. Tinggal kat rumah mak ayah aku la. Senang. Husband aku pun jenis tak boleh nak berenggang jauh-jauh dengan aku, so, sangguplah dia mai duk kat Sg Petani ni. Syok. Ha ha. 

Baru 3 bulan kahwin, tapi macam biasa. Dapat soalan-soalan yang kadang-kadang tu sakit hati. 3 bulan tu lamanya macam 3 tahun ke? Soalan femes,

'Dah berisi ke?'

'Bila nak berisi ni?'

Dan mereka-mereka ini cukup pantang dengar perkataan 'TERINGIN'. Semalam, aku masak moi. Sebab aku memang teringin nak makan. Ada orang tanya, 

'Dah berisi ke?'

Woi. Orang 'berisi' je ke yang boleh sebut teringin tu? Ah. Kecik hati. Aku angguk, and jawab, isi lemak, ada banyak. Aku ni jenis manusia yang selalu teringin benda ni benda tu macam-macam. Dan selalunya mak aku akan masak apa aku nak makan. Sama juga macam adik-adik aku. Kalau teringin apa-apa, dikhabarkan ke mak, mak masak. Dari sebelum kahwin lagi. Tapi mungkin sebab orang pregnant, selalu keinginannya lain macam, so, depa duk ingat aku pregnant jugak kot. Plus, dah 3 bulan kahwin kan.

Kalau rezeki awal, Alhamdulillah. Kalau rezeki lambat, Alhamdulillah. Usaha and doa je lah kami mampu. 

Yang 'TERINGIN' nak aku mengandung beranak bagai tu, sila doakan aku dan suami dipercepatkan mendapat zuriat. Ye. Terima kasih. Hi hi. 

Okbai. 

No comments: