Followers

Sunday, July 17, 2011

Teringat En Ahmad, and tak boleh nak tidur pulak.

Set jam pukul 12 malam, nak bangun sebab nak minum air coco collagen tuh. Tak bangun pun pukul 12, tapi bangun pukul 4 pagi. Laptop duk terpasang, so meyh kita update blog dulu yer.

........................................................

Hari ini, bos panggil masuk mengadap. Jarang-jarang dia bercakap dengan aku. Kecuali bila marah aje. And tadi rupanya minta tolong carikan format untuk Excel. Entah apa-apa permintaan. Kat Word memang la semua boleh ada, tapi tak semestinya kat Excel pun ada. Nak tengok hari Isnin nanti. Adoi. Pening la aku dengan dia ni. Sesiapa yang pakar microsoft, boleh tolong saya?

.......................................................

Balik rumah tadi petang, mak tengah kemas rumah. Macam nak raya dah ha. Mak cakap nak puasa dah, so kena la kemas-kemas rumah, tukar langsir, and segala. Menyambut bulan Ramadhan kata mak. Tapi aku tak tolong pun lah. Penat. Ha ha ha. Alasan budak malas. Sebenarnya gayat, nak kena panjat pasang langsir. Tapi kalau pergi panjat-panjat bukit, pergi kem yang kena buat fying fox, 4 element semua tuh, tak gayat pulak. Dah cover dengan excited kot.

....................................................

Sungguh. Sungguh. Rindu En Ahmad saya.

...................................................

No comments: