Followers

Saturday, July 7, 2012

keHIJAUan :P

Malam ni mengidam makan laksa sebenarnya. Pergi la pasar malam. Tapi tapi tapi sedih. Laksa yang sedap tu dah habis. Jemmm. Tak sempat nak membeli. Tu la. Pergi malam lagi. :P

Lepas tu beli je la mee goreng. Makan dengan satay kat warung tepi jalan. Habis makan, sambung round pasar malam tu. Sebab niat asal ke pasar malam tu adalah untuk membeli skirt warna hijau tak pun warna merah. 

Membelek bagai nak rak, tapi tak beli pun. Tak ada yang berkenan ha. Ada yang cantik tapi kain pulak yang tak menepati selera aku. Aku taknak yang jenis kain melekat kat bontot tu. Seksi you. Kain yang jenis streching tu ha. Kan melekap je. Owh. Sangat tidak selesa aku rasa. Then, ada satu yang polka dot. Cantik. But aku tak berapa berkenan sangat la pulak. Tak tau kenapa. Cantik memang cantik. 

Maybe sebab dalam kepala hotak aku ni nak skirt labuh warna HIJAU or MERAH. Striking. Okeyh. Itu syaratnye. Ha ha ha. So, dah tak ada tu, melewaq la pulak ke tempat jual tudung. (Melewaq itu adalah 'jalan-jalan-buang-masa-kat-tempat-lain-pulak' hehe). Dah nampak tudung pulak. Gila nak membeli. Dua jenis tudung. Satu ada awning, satu bawal biasa je. RM30 habis di situ ye. (~_^). 

Ha, petang tadi keluarkan duit, malam dah habis dah. Senget betoi. Sakit hati ha. Tapi puas hati jugak kot sebab dapat tudung. Hik hik hik. 

Dua-dua warna HIJAU. Aku sangat suka warna HIJAU sekarang. Semua yang warna hijau akan menarik perhatian aku. Adeh. 

Menarik kan warna HIJAU? Hi hi hi. Warna MERAH dah terlalu sinonim dengan aku. So, aku tak heran kalau aku beli sesuatu yang berwarna merah. Tapi HIJAU macam pelik dan tak sesuai dengan aku. Tapi aku pedulik hape. Pakai sudah. Ye dak? :P

Okeyh. Itu je nak merepek hari ni. Pasal aku beli tudung HIJAU dua helai. Itu je. :P

.................................................................................

: En BuahHati, saya nak novel la. Beli saya satu novel boleh? :P

2 comments:

Edy Fee said...

hijau menenangkan.semlm baru beli 2 kmeja hijau tuk kuliah.ehehe
giler polka dot gak ka.hehe

TSYA'Z (~_^) said...

Edy Fee : Kan. Nmpk menarik kan?? :P. Giler jugak la dot dot tu. cntik kot.