Followers

Wednesday, July 4, 2012

Nyanyi je pon. :((

Hari ini entry pasal Boipren. Aku bagitau siap-siap. Yang takmau baca pasal boipren boipren ni buleh pangkah kat atas sana. Ataupun boleh pergi ke entry aku yang lain ye. Terima kasih. :))

...............................................................................................

Macam ni. Aku ni En BuahHati cakap suka merengek. Orang Kedah kata suka meghap. Mengada-ngada, gedik-gedik. Ha, macam tu la lebih kurang. Lepas tu baru-baru ni, tak baru sangat la, aku ni duk mintak la En BuahHati ni menyanyi kat aku. Rasa macam sweet la pulak kan, bila duk tengok Aqasya tu duk menyanyi dalam TV tu. So, teringin la jugak.

Duk meghap hari-hari, merengek hari-hari, tapi tak dapat apa pun. Gaya macam aku duk mintak 50k. Padahal duk mintak nyanyi je. Bukan selalu ye dak. Jawapan En BuahHati, nanti la. Kita pergi karaoke. Adoi. Tak mau boleh. Tak mau yang karaoke tu.

Tak suka. Nak yang tak ada lagu kat belakang. Nak suara je. Suara je. Kalau hebat sikit, main la guna gitar lepas tu menyanyi. Tak payah susah-susah nak bayar RM30. RM30 tu awak boleh belanja saya makan, tak pun boleh beli buah mempelam tiga kilo kat saya. 

Mintak nyanyi je pon. Dari orang yang sangat dekat dengan aku. Tapi, permintaan tu tak dilayan. Adeh. Tak tau la kenapa mengada sangat aku ni ha. Nak suruh dia menyanyi bagai. Rindu kot. :P

Dah En BuahHati cakap taknak nyanyi, tak pe lah. Takkan nak suruh lagi kan? Dah seminggu duk mintak, tak dapat pun. Redha je. Janji dah taknak mintak lagi. Tapi lepas tu En BuahHati cakap dia sedih pulak. Sebab, aku tak nak merengek agi dah.

Heh. Itu pulak yang dia suka. Suka aku duk mengada-ngada, merengek-rengek, menggedik-gedik macam tu kat dia. Tak faham la aku. Kalau laki lain dah tentu rimas dapat Gelpren macam aku ni. Kerja merengek je. Adoi. Comel pulak perangai. Tapi geram. Sebab apa yang aku mintak tak dapat. Hm. Biar je la. 

Frust, tapi biarkan je la. Mintak benda-benda la pulak. Boleh? Baju ke, kasut ke, handphone ke. Agak-agak dapat tak? Mintak sesuatu yang tak payah keluar duit tak dapat, sekarang nak mintak benda pulak. Biar kena keluar duit. Hah. Baru tau rasa. Kan?? Ha ha ha. 

Materialistik pulak. Kan? Ha ha ha. Okey la. Tak buat macam tu. Tak mintak apa-apa dah. :))

........................................................................................

: Tekanan pulak rasa. Ada yang willing nak menyanyi untuk aku tak? ha ha ha. 

2 comments:

Edy Fee said...

tapi kalau karoke ngan kawan2..lepak2...tak ase la membazir sgt..kiranye tak malu nak terpekik ngan kwn2 jew

TSYA'Z (~_^) said...

edy : hehehe. dpn gf malu ke?? lg la x malu sepatutnya kan??? :P