Followers

Friday, September 5, 2014

Rezeki ALLAH swt yang tentukan.

Assalamualaikum and morning.

Seperti tajuk, hari ni nak cakap pasal rezeki. 

Semua orang tahu, rezeki setiap manusia di atas muka bumi ni, Allah swt yang bagi. Bukan dari manusia, bukan dari binatang, bukan dari benda-benda. Manusia, cuma jadi perantara. Hakikatnya, semua dari Allah swt. 

Sebenarnya, aku sangat terasa dengan statement one of my husband's friend. Nak kata statement pun tak jugak, sebab itu lebih kepada suggestion dari dia. 

Aku nikah dah tiga bulan lebih. Tapi, aku tak ada tanda mengandung. Bila kawan-kawan tanya, kami akan jawab, belum ada lagi. Tapi, semalam, mungkin husband aku jawab soalan dia, belum ada isi lagi, jadi dia cakap, kalau dah dekat empat bulan nikah, belum ada apa-apa lagi, kena pergi berurut. Dulu, dia dan isteri pergi berurut untuk dapatkan zuriat, walaupun baru nikah tak sampai empat bulan. 

Aku diam. Rasa kecik hati sangat. Macam kata kami bermasalah. Tapi tak boleh nak marah, sebab kawan tu pun tak ada depan aku. Dia cuma cakap dengan suami aku saja. Seolah aku dah nikah empat tahun. If, aku dah menikah selama bertahun, masih tidak dikurniakan anak, aku akan senang hati terima cadangan yang macam tu. Cuma masalah sekarang, kami ni consider pengantin baru lagi. Empat bulan pun belum masuk lagi. Kasi la peluang sampai setahun, baru bagi cadangan. Cadangan jumpa doktor ke, jumpa bidan ke, atau apa-apa. In Shaa Allah, aku ikut semua. Usaha tangga kejayaan kan? Doa kemudian tawakkal. 

Mungkin rezeki aku untuk rasa nikmatnya mengandung, belum ada lagi. Siapa yang tak mahu rasa nikmat mengandungkan anak sendiri? Siapa yang tak mahu rasa jadi ibu? Siapa yang tak mahu jadi isteri sempurna yang boleh teruskan keturunan si suami? Siapa yang taknak jadi menantu yang boleh bagi cucu kat mertua? Siapa yang taknak jadi anak yang boleh bagi cucu kat mak ayah sendiri? 

Bukan nak berprasangka buruk dengan kawan yang bagi cadangan tu (tapi kalau macam ni, maksudnya aku dah tersangka buruk kan?). Aku faham niat baik dia yang nak membantu, cuma aku rasa kecik hati jugak sikit. Haih. Malam-malam, masa tengah nak tidur, dibagi cadangan yang macam gitu, terus rasa tak boleh tidur. Semalam, pukul tiga pagi, baru lah rasa mengantuk. Lelap pukul berapa, tak tahu pulak. 

Aku cakap dengan husband aku, kalau setahun, aku masih belum ada tanda apa-apa, kita jumpa doktor. Umur semakin naik. Risau jugak kalau ada masalah dalam badan. Mungkin perlu ikhtiarkan sesuatu. Tapi sekarang kami baru nikah tak sampai empat bulan, aku minta diberi tempoh sampai satu tahun. Bagi peluang la. Untuk rasa diri ni masih normal. 

Rezeki Allah swt, bila pun kita tak tahu kan? Contoh lagi. Kalau nasik yang dah ada dalam tangan kita pun, tinggal disuap dalam mulut je, kalau Allah dah tentukan itu bukan rezeki kita, tak dapat jugak kita makan nasik tu kan. Mungkin tumpah, atau apa-apa. 

Kadang kita tengok, orang ini cepatnya dapat anak, cepatnya jadi kaya, cepatnya pergi umrah/haji, kita rasa macam cemburu. Cemburu sebab kita rasa kita dah usaha lebih dari mereka, tapi kita tak dapat apa yang mereka dapat. Padahal sebenarnya, kita tak tahu pun apa amalan diorang, apa susah senang yang diorang dah lalu untuk capai semua tu. Lagipun, rezeki kan milik Allah swt. Kita tak tahu. Dulu, mungkin aku akan fikir negatif, tapi sejak aku dah mula belajar terima yang segalanya bukan milik kita, aku mula belajar fikir positif. Ada lah kebaikan yang dibuat diorang, sampai rezekinya melimpah ruah. Kita bukan tahu kan? Semua kerja Allah. 

Rezeki. 

Ada di mana-mana. 

Sabar, usaha, doa dan tawakkal. 

In Shaa Allah, ada. 

Ok bai. 



No comments: