Kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah.
He he he. DAN Selamat menduduki peperiksaan akhir semester untuk pelajar-pelajar universiti. :))
.
Bangun pagi-pagi tengok adik dah siap sedia dengan baju sekolah. Darjah 1. Lama sungguh tak ada adik yang masuk sekolah rendah. Maklumlah adik aku semua dah besar. Dah umur 17 tahun yang bongsu tu. Tetiba tahun ni ada pulak adik yang masuk darjah 1. Ha ha ha. Seronok tengok dia dengan baju sekolahnya, beg spidermannya, kasut sekolah putihnya. Muka risau nak kena tinggal kat sekolah. :))
Hari ni aku dan mak aku ke sekolah menengah. Daftar untuk sepupu aku. And adik aku yang kecit darjah 1 tu ayah aku hantar.
Haih, serius teringat zaman-zaman sekolah dulu. Dari darjah 1 sampai sekolah menengah. Tapi, bila dah sekolah menengah, aku bawak diri sendiri. Maklumlah masuk sekolah asrama. Terpaksa pandai-pandai sendiri.
Tadi, dalam hati duk cakap
"Kalau masuk balik ambil PMR ni, confirm aku dapat 8A. Kalau ambil SPM, mesti dapat 8A jugak ni."
Ha ha ha. Berlagak kan? Actually menyesal tak belajar sungguh-sungguh zaman sekolah dulu. PMR setakat cukup-cukup je. SPM pun sama je lebih kurang macam PMR.
Tengok student-student tadi, imbas balik zaman aku. Macam wayang dalam kepala. Teringat kisah suka orang sana, suka orang sini, perangai busuk-busuk zaman tu, cikgu-cikgu and macam-macam. Ha ha ha. Terasa nak balik ke 9 tahun 10 tahun dulu. :)) Tak banyak masalah. Lot of fun actually.
Ha, tadi, belek-belek pengawas, student lelaki, ha ha ha, teringat muka-muka yang pernah aku belek satu waktu dulu.
Hai, cepat masa berlalu kan? Ada makcik tadi, tanya kat aku.
: Adik datang sini hantar siapa?
: Saya hantar sepupu. :))
: Owh, adik tak sekolah ker? Dah tingkatan berapa? SPM bila?
: Saya dah 24 tahun dah makcik. :))
Ha ha ha. Muka aku ni muka budak SPM lagi kot eyh?
Yang tak boleh blah, dengan bangga aku sebut umur aku 24 tahun. Haih, aku pun pelik. Patutnya aku cakap umur aku 23 tahun. Tak pe lah. Memang dah 24 pun. :))
He he he.
................................................................
: En BF, awak ingat tak zaman kita sekolah dulu ? :)). I miss you :))
No comments:
Post a Comment