Followers

Sunday, January 29, 2012

Syok berjalan hari ni :))

Tadik berjalan-jalan dekat FB. Aku dah lama tak berjalan dekat wall orang lain. Selalu orang yang sama je aku berjalan. 

Bukak satu wall ni. Wah, dah tunang. Aku bukak sebab aku nampak gambar dia pakai baju cantik-cantik ha. So, dah nama pun stalker, nak la jugak mengintai, ye dak? Ha ha ha. Cantik gambar dia. Baju dia pakai pun cantik. Simple. Tak sarat macam sewa kat kedai tu. Selalu orang pakai macam baju pengantin even baru engaged kan. Tapi, member aku sorang ni, pandai pilih baju. Merah putih kaler baju and tudung. 

And En Tunang dia pulak, kawan aku. Alah, dia pun kawan aku. Senang cerita, both of them dari SEMETRIK. Sekolah aku yang tercinta tuh. Yang perempuan, sekelas dengan aku. Yang lelaki, sebelah kelas aku. Bercinta lepas habis SPM. Kekal ha sampai sekarang. Alhamdulillah. Moga berkekalan sampai ke syurga ye kawan-kawan. Dah nak kahwin nanti, jemput lah aku ye. Rumah lelaki tu dekat kampung aku je. Tak jauh pun ha. Jemput tau. Ha ha ha. Desperate nak makan nasi kenduri ke ape aku ni? Ngek.

Kemudian, berjalan lagi. Tengok gambar nikah kahwin member-member. Tengok gambar bertunang. Yang banyaknya bertunang la. Sambil duk menengok, tetiba rasa macam nak bukak wall seseorang. Tengok gambar je actually. Sebab gambar si gadis ni cantik. Muka licin putih berseri orang kata. So, aku pun membelek-belek. 

Biasanya, aku belek gambar je. Tapi ada dekat satu gambar ni aku baca komen sekali. Terkejut den ha. Ha ha ha. Bukan nya komen yang pelik-pelik. Bukan. Yang buat aku terkejut bila aku tengok BF dia. Seriously. Sangat tak sangka. 

Satu lagi pasangan dari SEMETRIK. Aku ingat tak ada la yang couple senior-junior macam aku dengan En BF. Sebab yang duk ada pun, senior-senior, junior-junior. Rupanya ada. Dah lama pulak tu. 3 tahun dah pun. Haih. Sungguh tak sangka. Dan mereka ni sangat comel okeyh. Suka. Hihihi.

Harap-harap hubungan yang ada di bertambah kukuh dan kekal ke syurga. Semoga dirahmati oleh-Nya. Amin.

Syok jadi stalker hari ni. :))

.............................................................

: I love you En Ahmad :))

3 comments:

-gedek! said...

huh! jalan kat blog rupanya...

tertipu!

TSYA'Z (~_^) said...

hakhakhak... cian uncle tertipu... :P

Rtp Farra Arisha said...

it's okay to be a happy stalker!