Followers

Sunday, November 25, 2012

KetidakStabilan Emosi

Assalamualaikum. 

Emosi tak stabil dalam beberapa hari ni. Sangat tidak stabil. Hati rasa marah, geram, bengang. Semua ada. Itu yang malas nak update blog tu. Takut entry-entry akan berbaur kemarahan. Tapi hari ni dah tak tahan sangat dah. Rasa nak jugak update blog. 

Ketidakstabilan emosi ni buat aku nak marah, nak maki orang, nak cakap kata-kata kesat je. Aku dalam proses menstabilkan diri aku balik. Untuk buat macam tu, aku kena kuat. Apa pun aku tak boleh nak give up. Aku hampir-hampir give up dengan diri sendiri. Duk mintak nak mati ja. Padahal, masalah aku ni kecik sangat nak dibanding dengan masalah perang yang  sedang hebat berlaku di Gaza sana. Mereka di sana berperang dengan manusia, aku di sini bermasalah dengan hati. Sabar. Sabar. Sabar.

Sabar tiada limit. So, sila bersabar untuk segalanya. 

I am fighting for my love sebenarnya. Perkara ni betul-betul buat emosi aku tak stabil. Fikiran aku melayang-layang. Aku banyak berfikir. Macam-macam aku fikirkan. Tak tentu arah. Beban emosi tu berat. Ditambah dengan masalah kewangan. Menambahkan lagi beban emosi tu. Ego berlawan dengan keperluan. Aku perlukan duit. Dalam masa yang sama aku terpaksa minta dari mak ayah aku. Aku malu. Tapi terpaksa. Sabar lagi. 

Sekarang aku tengah buat satu pengorbanan. Pengorbanan yang aku tak tahu hasilnya nanti macam mana. Itu akan ditentukan oleh Allah swt. Aku hanya memilih. Dan segalanya aku serahkan kepada Allah. 

Semoga aku sentiasa kuat menghadapi apa jua cabaran. Jangan jadikan hati aku lemah, diri aku lemah kerana masalah yang tidak memberi faedah kepada aku. 


Tuesday, November 20, 2012

Ujian :))

Assalamualaikum semua.

Allah kalau nak uji kita, senang je kan. Ditariknya satu persatu milik kita, tapi akan digantika dengan sesuatu yang kita tak sangka. 

Perasaan aku diuji berkali-kali untuk dua minggu kebelakangan ni. Hati aku ni sakit yang teramat sakit. Hati aku nak hancur rasanya. Menangis setiap malam. Tidur pukul 4 pagi, bangunnya pukul 6 pagi. Tidur balik, bangun pukul 8 pagi. Masalah satu je. Masalah cinta. 

Sepanjang aku bercinta, cuma sekali aku mintak putus. Itu pun sebab aku memang tak boleh dengan budak tu. Selalunya lelaki yang tinggalkan aku. Ya Allah. Kuatkan hati aku. Jangan kerana lelaki aku jadi bodoh. 

Masalah dalam hubungan tu perkara biasa. Aku harap aku kuat. Boleh terima semuanya dengan hati terbuka dan tenang. Ya, hidup kena teruskan. Aku cuma tunggu keputusan dari En Buahhati. Sebab aku bagi kata dua. Sama ada aku atau perempuan tu. Kalau pilih aku, tinggalkan yang lagi satu. Kalau pilih lagi satu, automatik aku dan dia putus. Dan jugak, kalau En BuahHati betul-betul sayangkan aku, ingin aku dalam hidup dia, pinang aku. InsyaAllah, aku terima walaupun dia dah sakitkan hati aku. Itu aje permintaan aku. 

Aku mintak dia fikir masak-masak. Keputusan di tangan dia. :))

Friday, November 16, 2012

Moga jalan dipermudahkan :))

Assalamualaikum.

Sudah berbulan-bulan aku habis belajar. Dah nak masuk 4 bulan dah. Kiri kanan aku orang sibuk bertanya, bila aku nak kerja. Aku sebenarnya, dah mula nak giveup mencari. Bukan aku tak cari. 

Hari ni, buat keberapa kalinya, aku melilau di Sungai Petani ni. Cari kerja sambilan. Ada jugak tadi aku isi form bagai. Dah isi. Tunggu aje la diorang nak panggil ke tak. Esok, ingat nak buat macam tu jugak. Cuma baru teringat tadi, yang esok ada kenduri kat Bertam. So, macam tak boleh je kan?

Aku rasa aku belum cerita pasal Takaful lagi. Aku tiba-tiba rasa berminat nak join dunia marketing, sales bagai ni. Dunia yang kena bercakap selalu. Jumpa customer. Cari customer. Bukan customer service tau. Ha. Salah faham pulak nanti ramai yang mencari aku. Ha ha ha. Ini bidang insurans. 

Alkisahnya begini. 

Satu pagi yang tenang, hari Ahad kalau tak silap, 4hb November hari tu. Aku diminta untuk datang dengar taklimat dari pihak Takaful Ikhlas Malaysia bertempat di pejabat buruh. Dalam taklimat tu adalah dalam 10 orang padahal panggilan sebenar, 28 orang. Tinggal 10. Yang lain tak datang-datang sampai sudah. Sesi dengar taklimat tu sejam je. Dari 9.30 sampai 10.30. Duk cerita pasal duit keluar masuk, adoi, aku yang mendengar ni terpengaruh. Jadi, untuk senang cerita, aku berminat dan tunggu kat situ untuk penerangan lanjut. 

Lepas tu, diorang bagi assignment, which aku kena cari 100 orang .untuk disurvey. Ya Allah. Perkara yang paling susah sekali nak buat. Sebab aku bukan jenis yang bercakap banyak, yang tegur-tegur orang. Gila. Lepas tu, mereka bagi masa 10 hari je. So, aku pun buat, dan hasilnya aku dapat 21 orang dari pelbagai negeri masalahnya. Aku terlupa kriteria yang diorang nak masa buat survey tu. Masa pergi jumpa baru ni, kat pejabat takaful, baru aku ingat yang aku kena ada nombor telefon diorang yang aku survey. Dan aku kena buat jugak bagi siap. 

Semangat untuk buat benda tu sampai semalam, full. Tinggi. Penuh. Tapi, tiba-tiba tengah malam tadi, terus hilang. Pagi ni, terus tak buat, sebaliknya kau keluar cari kerja lain kat kedai-kedai tepi jalan tu. Then nanti ni aku tak tau macam mana. Aku nak join ke tidak ke. Aku sendiri tak ada jawapan. Orang sana mendesak orang sini membantah, yang bagi sokongan pulak, hilang. Aku jadi macam lost sekarang, dan tak tahu nak mintak tolong siapa. 

Disebabkan rasa down dalam diri, aku pergi duduk-duduk kat Taman Jubli sana. Tengok budak-budak. Aku ingatkan tak ada orang tengahari macam tu. Ada jugak. Walau tak seramai waktu petang, tapi parking lot penuh okay. Aku pun parking aje lah tepi jalan, duduk kat bangku yang disediakan. Sambil duk berfikir apa aku nak buat sebenarnya. 

Aku dapat satu jawapan. Rupanya aku sendiri tak tahu apa yang aku nak. Aku sendiri tak ada hala tuju hidup aku. Kerjaya apa yang aku nak pun aku tak tahu. Aku terlalu berfikir mengenai orang lain. Aku buat apa yang orang lain nak, tapi apa yang aku nak, aku tak pernah buat. Aku selalu mengikut kata orang. Sebab tu aku rasa letih sangat tadi tu. Tapi, tak apa. Aku tahu, diorang mesti nak yang terbaik untuk aku. Dah macam nak giveup, tapi aku cakap kat diri aku, jangan. Tunggu dulu. Panjang lagi masa. Bukan menganggur dah berpuluh tahun. Baru 4 bulan. Kadang-kadang jadi manusia ni harus dengar cakap diri sendiri. Apa yang terbaik untuk kita bermula dengan diri kita sendiri. 

Itu yang aku fikir. Ada jugak masalah lain lagi. Tapi tak perlu diheboh kat sini kan? Ha ha ha. Yang penting saje ye. Dan, itu lah. Aku rasa macam dah okay sikit, aku pun balik. Sebelum sampai rumah menyinggah macam-macam tempat tengok-tengok kalau ada kerja kosong. 

Harap dipermudahkan jalan untukku Ya Allah. Aku mohon. Amin. 

...........................................................................................

: Support saya okey? <3 nbsp="nbsp" p="p">

Saya sayang awak :))





Berkorban :))

Assalamualaikum. 

Malam-malam buta gagah gigih nak menaip entry baru.  Heee. 

Berkorban tidur. Padahal esok pagi nak keluar buat kerja sikit. Tak apa. Tahan lah kejap. 

Aku cuma tertanya-tanya, ada tak orang yang sanggup berkorban demi aku? Buat apa yang aku nak. Dengar cakap aku. Tak melatah dengan perangai aku. 

Hm. En BuahHati kot. :). Aku harap dia sanggup la untuk berkorban untuk aku. Aku tak pernah tanya pun. Tap dia pernah cakap akan buat yang terbaik untuk aku. Lagipun, dia memahami aku walaupun bukan secara menyeluruh. Ya lah. Kalau faham semua nanti , tak interesting la kan. Nak sama-sama macam ni banyak tahun lagi. 

I just wish, he will understand me well and know what I want. Ceh. Speaking pulak aku ye. Dan aku juga harap aku dapat memahami diri dia dan tahu apa yang dia mahu, dan apa keperluan dia. 

Hope everything will be fine. Hope we will last forever and ever and ever and ever ever ever. Okay. Dah. Ha ha ha. 

Love him so much. 

Friday, November 9, 2012

2nd interview :)

Assalamualaikum..

Interview yang kedua hari ni. Berat di hati tak nak pergi interview ni. Tapi mana tahu kalau ada rezeki. 

Tadi, sampai je terus kena isi form memohon pekerjaan. Dah isi semua, tak disangka-sangka aku kena jawab soalan akaun. Macam test jugak la. A simple test. DAN test tu dalam Bahasa Melayu. Ya Allah. Mana aku faham. 

Jangan kata aku poyo gedik or sebagainya sebab tak faham Bahasa Melayu. Memang betul aku tak faham. Sebab selama aku belajar semua guna term Bahasa Inggeris. Terasa macam nak gelak pun ada. Soalan first buat macam biasa. Sebab debit credit je. Tapi macam tak betul je. Dan soalan kedua tu sebenarnya kena buat trial balance, tapi aku gi hentam buat akaun T untuk semua akaun. Imbangkan dia suruh. So, aku buat macam tu la. Then, soalan ketiga. Kunci kira-kira. Oh my. Nak cari kunci apa ni? Tadi sumpah rasa nak lari. Serius. Aku tak tahu kunci kiira-kira tu apa. Last-last tak sempat buat pun.

Lepas tu masuk bilik untuk interview pulak. Aku jawab sesuka hati aku ikut logik. Tapi ada satu aku tipu. Aku cakap aku suka buat audit lebih dari buat akaun. Padahal audit tu aku tak reti mana pun. Boleh pulak depa tanya aku jawatan apa yang aku rasa sesuai. Mana la nak tau. Aku pun diam je la banyak. Dan tak tunjuk langsung minat nak kerja kat situ. 

Lagi, pekerja semua perempuan. Lelaki ada sorang tu pun mungkin dia cuma budak pejabat. Sebab dia kena hantar barang itu ini aku dengar tadi. Dan kebanyakan pekerja kat situ semua Melayu. Melayu kita ni. Jauh di sudut hati, konon macam suka la, sebab semua perempuan, dan Melayu. Bukan nak diskriminasi, tapi nanti senang nak berkomunikasi. Cuma satu kelemahan. Tak senyum langsung. Aku senyum dengan dinding sepanjang masa. Tengok aku macam tengok alien. Ingat aku datang dari Pluto ke? Haih. Geram betul. 

Disebabkan faktor tu jugak la aku tak buat betul-betul pun test tu, dan disebabkan itu jugak aku jawab soalan interview sesuka hati aku. Panas hati je bila kena senyum dengan dinding sepannjang berjam-jam aku duduk situ. Sekarang ni confirm depa dah tengok jawapan aku tadi. Dan aku pasti aku takkan dapat call dalam masa 2 minggu lagi. Sebabnya aku sendiri pun tak tunjuk minat nak kerja kat situ. 

Sabar je la. Bukan rezeki aku disitu la kot. Aku ada benda lagi penting nak kena buat sekarang. Tak siap-siap lagi benda tu. Itu satu hal. Tak apa lah. Sikit-sikit. Lama nanti okey lah tu kan. 

..........................................................................................

: Harapnya aku terus okay. 

Thursday, November 8, 2012

46kg :))

Assalamualaikum semua. Kembali lagi aku hari ni. Ha ha ha. 

Actually kelmarin dulu ni, aku pergi CS. Konon nak buat survey, tapi haremmm. Malu + penyegan + berat mulut. Dah penat pusing-pusing semua, aku nampak satu penimbang berat tu. Elok je kat tepi tu. Jadi, auomatik keluarkan 20sen dan terus naik atas penimbang. Jarum duk pusing pusing pusing sampai berhenti dekat 46. Wahhhh. 46kg je. 

Dalam hati, bukan nak melompat suka ke apa, tapi agak kecewa sikit. Berat badan aku turun. Mungkin sebab after raya haji haritu demam sampai 4 hari. Makan pun tak. Minum air plus makan ubat je. Nasik semua tak lalu telan. Hari ketiga demam, makan bubur and masa hari first and second, langsung tak makan. Eyh, makan roti separuh keping. Hikhik. Jadi, mungkin sebab tu la kot, berat aku turun. Sebelum ni, dalam 48-49kg. Sekarang dah turun sikit. Uii. Kena makan lebih sikit ni kan? 

Since 2 years ago, berat aku tak pernah mencecah 50kg. Turun naik turun naik. Tapi selalu turun sekilo je. Kali ni banyak sikit. 3 kilo. Sabar je la. 

Ha. Sape pernah jumpa aku face to face? Ha, ini nak bagitau. Muka aku jenis yang bulat besar, so, bila aku tengok diri sendiri dalam gambar, dah macam alien dah sebab muka aku besar. Dan badan nampak kecik. So, aku kena men cover-cover dengan handbag, tak pun amik gambar dari side-side tertentu. Yang mana nampak macam slim tu, simpan. Ha ha ha. Gambar yang nampak gedempol kat muka, semua aku delete dah. 

Nak berisi sikit. At least 50kg. Dah cukup dengan tinggi aku. BMI confirm stabil. 

Ok dah. Ada benda lain nak buat. Ta ta ta. 

Bawa Diri

Terasa nak lari dari dunia ni sekejap. Eyh, bukan dunia tapi dari Bumi. Nak pergi menetap kat Pluto. Jauh dari orang. Bior duduk dengan alien. Ini ayat nak merajuk, tapi siapa pun yang faham aku nak merajuk ni? 

Assalamualaikum semua. :).

Tak senang hati. Tak sedap hati. Rasa nak bawak diri. Dan duduk diam-diam kat satu tempat yang orang tak boleh cari. Yang hanya ada aku. Semak rasa kepala. Kerja tak ada. Duit tak ada. Apa pun tak ada. Diri sendiri dah tak terurus dah. This is my time untuk balas balik semua jasa mak ayah aku. tapi, satu pun tak ada, macam mana? Tu yang terasa nak lari jauh-jauh sampai Pluto tu. Tapi kalau lari memang tak sampai la kan? 

Buat masa sekarang ni aku just perlukan semangat dari semua orang keliling aku. Tapi, tak ada pun. Family, sekarang fokus dekat adik aku je. Sebab budak tu ambil SPM. Haih. Senang cakap, sepanjang duk rumah ni, fokus kat aku tak ada pun. Aku buat jugak perangai. Banyak perangai. Feedback, teruk aku kena bebel pulak la. Ha ha ha. En BuahHati pulak, ada jugak bagi strength kat aku. Yang dia sendiri pun tak tahu dia buat macam tu. Terima kasih untuk itu. 

Owh yer. Buat masa sekarang ni aku tengah cuba untuk buat apa saja yang boleh datangkan duit untuk aku. Aku bukan materialistik, tapi dalam dunia sekarang ni semua perlukan duit. Aku pun perlukan duit jugak. So, aku tengah cuba untuk buat duit. Aku dalam perancangan untuk join Takaful Ikhlas. Tapi dalam masa yang sama, bila aku tanya feedback kawan-kawan tu, one of my friend siap cakap, budak SPM boleh la buat kerja-kerja macam tu. Aku terfikir, kalau budak SPM boleh buat, takkan budak yang ada diploma ni tak boleh buat kan? Kenapa, kalau ada higher qualification pun, tapi kalau tak ada kerja, tak guna jugak. So, aku cuba je la. 

Tapi masih malu-malu untuk telefon orang even hanya untuk tanya pendapat. 

Dalam hal ni, En BuahHati sangat-sangat bagi galakan. Sampaikan dia sendiri setiap hari tanya perkembangan aku pasal benda ni. Saya terharu. Terima kasih sangat-sangat. 

Dan kepada kawan-kawan yang bagi galakan untuk ke arah tu pun, terima kasih sangat. Cuba je la. Kalau menjadi, aku teruskan je. 

..................................................................................

: You and Me <3 p="p">

Wednesday, November 7, 2012

AidilAdha 2012 - 2

Assalamualaikum. Oho. Orang dah habis raya berminggu dah baru nak update lagi ye. Okey. Ni raya kedua punya. 

On the second day of Qurban, seperti yang diceritakan di entry lepas, mak aku masuk sepanggung untuk korban. Meh tengok gambar. Gambar raya AidilAdha yang sangat meriah ni. :)















......................................................................................................

Serba sedikit :))

Friday, November 2, 2012

AidilAdha 2012 :)

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah. Dapat sambut AidilAdha kali ni. Tahun ni raya Haji kami meriah. Meriah yang teramat sangat. Raya Puasa haritu tak semeriah ni. Maklumlah semua tak balik kampung. Kali ni meriah sangat raya Haji sebab semua ada kat kampung. Lepas tu, Paksu Maksu aku buat lemang pulut, lemang tepung, nasi lemang pun ada jugak. Mak aku pulak join korban. So bertambah lah kemeriahan tu. 

Raya pertama after sembahyang raya tu, pergi jalan jalan jalan ke rumah sedara yang ada. Sekejap-sekejap je duduknya. Makan-makan balik. Ha ha ha. Yang bestnya, ada kuih raya macam-macam jenis Nyah (makngah) aku buat. Rajin sungguh buat. Macam-macam color. Ha ha ha. Aku pun ada buat jugak. Tiga jenis. Entah apa mimpi entah nak buat kuih raya. Disebabkan kuih raya 3 jenis tu la aku tak tidur sampai pukul 5 pagi. Adoi. Mak aku teman aku sampai pukul 2 je. Lepas tu tidur. Aku congok sorang-sorang. Tapi, menjadi jugak hasil air tangan pertama aku. Sedap je sepupu aku cakap. Aku tak makan kuih, so, aku tak tau apa rasa dia. :P.

Dalam pukul 12 tengahari tu, gerak pergi rumah Ciknah. Makcik aku yang sorang ni pindah duduk KL dengan anak-anak dia. Dan pulak kerja dekat sana. So, rumah yang dekat kampung tu buat sewa je. Pergi sana bukan nak menolong pun. Ha ha ha. Teruk anak sedara sekor-sekor. Pergi nak mengutip baju. Makcik aku ni banyak baju lawa-lawa. Tapi tak dan nak kutip pun. Sebab dah ada orang kutip dulu. So, pergi je la tengok-tengok apa yang boleh ditengok. Masa tu pulak En BuahHati mesej. Tanya jalan. I was like "eyh, betul ke ni dia nak datang?". Macam rasa tak percaya. Aku percayalah kalau itu Sungai Petani. Dia akan jumpa family aku yang kecik tu je. Tapi ni, ramai ni nak kena hadap ni. Risau jugak. Takut banyak soalan. Melantun aku nanti. Ha ha ha. 

Lepas tu, balik rumah Pakngah Makngah. Makan-makan, rehat-rehat, solat-solat (yang lelaki solat Jumaat), tukar-tukar baju, dapat call pulak En BuahHati dah sampai. Dupdapdupdap jantung aku. Nasib baik yang teramat sangat bila masa dia sampai tu tak ada ramai orang. Yang ada pun Mak Ayah aku, sepupu aku dua tiga orang and makngah. Dan pakngah balik lambat sikit. :P. Dan dan dan yang paling aku terkejut dia datang sorang-sorang. Memang before dia ada cakap datang sorang, tak sangka betul pulak. BERANI. Ha ha ha. Gentleman. Thumbs Up En BuahHati. Siap berbaju melayu lagi. Tinggal tak de sampin and songkok je. Ha ha ha. 

And I was happy all the day. Cousins tak ada yang mengusik pun. Alhamdulillah. Accepted la tu. :)). Bagi kuih yang aku buat tu. Dia nak bagi mak ayah dia makan katanya. Haih. Aku lemah dengar. Mak dia tu straightforward jugak. Buatnya direject kuih tu, niaya je. Dia pun tak makan sangat kuih macam aku jugak. So, dia rasa satu je la. Sedap je dia cakap. Kalau cakap tak sedap, dah kena sekeh dah kan. Bagus. :P. Pandai ambil hati. Okay. Cukuplah sampai situ. 

Terasa macam panjang sangat pulak bercakap pasal En BuahHati. Terover excited. Tetiba rasa nak berhenti tulis. Takat ni je lah dulu. Raya kedua next entry sebab nak masukkan gambar sekali. Dengan gambar lembu aku nak masukkan. Kalau ada sesat-sesat dalam album mana-mana lah. :).

Okeyh. Jom. Layan TO THE BEAUTIFUL YOU kejap. :)

......................................................................................

: Miss you love <3 p="p">