Assalamualaikum semua.
Allah kalau nak uji kita, senang je kan. Ditariknya satu persatu milik kita, tapi akan digantika dengan sesuatu yang kita tak sangka.
Perasaan aku diuji berkali-kali untuk dua minggu kebelakangan ni. Hati aku ni sakit yang teramat sakit. Hati aku nak hancur rasanya. Menangis setiap malam. Tidur pukul 4 pagi, bangunnya pukul 6 pagi. Tidur balik, bangun pukul 8 pagi. Masalah satu je. Masalah cinta.
Sepanjang aku bercinta, cuma sekali aku mintak putus. Itu pun sebab aku memang tak boleh dengan budak tu. Selalunya lelaki yang tinggalkan aku. Ya Allah. Kuatkan hati aku. Jangan kerana lelaki aku jadi bodoh.
Masalah dalam hubungan tu perkara biasa. Aku harap aku kuat. Boleh terima semuanya dengan hati terbuka dan tenang. Ya, hidup kena teruskan. Aku cuma tunggu keputusan dari En Buahhati. Sebab aku bagi kata dua. Sama ada aku atau perempuan tu. Kalau pilih aku, tinggalkan yang lagi satu. Kalau pilih lagi satu, automatik aku dan dia putus. Dan jugak, kalau En BuahHati betul-betul sayangkan aku, ingin aku dalam hidup dia, pinang aku. InsyaAllah, aku terima walaupun dia dah sakitkan hati aku. Itu aje permintaan aku.
Aku mintak dia fikir masak-masak. Keputusan di tangan dia. :))
No comments:
Post a Comment