Followers

Friday, November 16, 2012

Moga jalan dipermudahkan :))

Assalamualaikum.

Sudah berbulan-bulan aku habis belajar. Dah nak masuk 4 bulan dah. Kiri kanan aku orang sibuk bertanya, bila aku nak kerja. Aku sebenarnya, dah mula nak giveup mencari. Bukan aku tak cari. 

Hari ni, buat keberapa kalinya, aku melilau di Sungai Petani ni. Cari kerja sambilan. Ada jugak tadi aku isi form bagai. Dah isi. Tunggu aje la diorang nak panggil ke tak. Esok, ingat nak buat macam tu jugak. Cuma baru teringat tadi, yang esok ada kenduri kat Bertam. So, macam tak boleh je kan?

Aku rasa aku belum cerita pasal Takaful lagi. Aku tiba-tiba rasa berminat nak join dunia marketing, sales bagai ni. Dunia yang kena bercakap selalu. Jumpa customer. Cari customer. Bukan customer service tau. Ha. Salah faham pulak nanti ramai yang mencari aku. Ha ha ha. Ini bidang insurans. 

Alkisahnya begini. 

Satu pagi yang tenang, hari Ahad kalau tak silap, 4hb November hari tu. Aku diminta untuk datang dengar taklimat dari pihak Takaful Ikhlas Malaysia bertempat di pejabat buruh. Dalam taklimat tu adalah dalam 10 orang padahal panggilan sebenar, 28 orang. Tinggal 10. Yang lain tak datang-datang sampai sudah. Sesi dengar taklimat tu sejam je. Dari 9.30 sampai 10.30. Duk cerita pasal duit keluar masuk, adoi, aku yang mendengar ni terpengaruh. Jadi, untuk senang cerita, aku berminat dan tunggu kat situ untuk penerangan lanjut. 

Lepas tu, diorang bagi assignment, which aku kena cari 100 orang .untuk disurvey. Ya Allah. Perkara yang paling susah sekali nak buat. Sebab aku bukan jenis yang bercakap banyak, yang tegur-tegur orang. Gila. Lepas tu, mereka bagi masa 10 hari je. So, aku pun buat, dan hasilnya aku dapat 21 orang dari pelbagai negeri masalahnya. Aku terlupa kriteria yang diorang nak masa buat survey tu. Masa pergi jumpa baru ni, kat pejabat takaful, baru aku ingat yang aku kena ada nombor telefon diorang yang aku survey. Dan aku kena buat jugak bagi siap. 

Semangat untuk buat benda tu sampai semalam, full. Tinggi. Penuh. Tapi, tiba-tiba tengah malam tadi, terus hilang. Pagi ni, terus tak buat, sebaliknya kau keluar cari kerja lain kat kedai-kedai tepi jalan tu. Then nanti ni aku tak tau macam mana. Aku nak join ke tidak ke. Aku sendiri tak ada jawapan. Orang sana mendesak orang sini membantah, yang bagi sokongan pulak, hilang. Aku jadi macam lost sekarang, dan tak tahu nak mintak tolong siapa. 

Disebabkan rasa down dalam diri, aku pergi duduk-duduk kat Taman Jubli sana. Tengok budak-budak. Aku ingatkan tak ada orang tengahari macam tu. Ada jugak. Walau tak seramai waktu petang, tapi parking lot penuh okay. Aku pun parking aje lah tepi jalan, duduk kat bangku yang disediakan. Sambil duk berfikir apa aku nak buat sebenarnya. 

Aku dapat satu jawapan. Rupanya aku sendiri tak tahu apa yang aku nak. Aku sendiri tak ada hala tuju hidup aku. Kerjaya apa yang aku nak pun aku tak tahu. Aku terlalu berfikir mengenai orang lain. Aku buat apa yang orang lain nak, tapi apa yang aku nak, aku tak pernah buat. Aku selalu mengikut kata orang. Sebab tu aku rasa letih sangat tadi tu. Tapi, tak apa. Aku tahu, diorang mesti nak yang terbaik untuk aku. Dah macam nak giveup, tapi aku cakap kat diri aku, jangan. Tunggu dulu. Panjang lagi masa. Bukan menganggur dah berpuluh tahun. Baru 4 bulan. Kadang-kadang jadi manusia ni harus dengar cakap diri sendiri. Apa yang terbaik untuk kita bermula dengan diri kita sendiri. 

Itu yang aku fikir. Ada jugak masalah lain lagi. Tapi tak perlu diheboh kat sini kan? Ha ha ha. Yang penting saje ye. Dan, itu lah. Aku rasa macam dah okay sikit, aku pun balik. Sebelum sampai rumah menyinggah macam-macam tempat tengok-tengok kalau ada kerja kosong. 

Harap dipermudahkan jalan untukku Ya Allah. Aku mohon. Amin. 

...........................................................................................

: Support saya okey? <3 nbsp="nbsp" p="p">

Saya sayang awak :))





1 comment:

yatiemn said...

dik, apa kata buat bisnes ni (depan lappy jer).. kisah & panduan seorang usahawan yg telah 10 thn jana 4-5 angka di internet walaupun masih bekerja sepenuh masa.. moga ini dapat membantu. Layari http://bit.ly/kerja-sambilan-makan-gaji. Gud Luck!