Followers

Sunday, November 25, 2012

KetidakStabilan Emosi

Assalamualaikum. 

Emosi tak stabil dalam beberapa hari ni. Sangat tidak stabil. Hati rasa marah, geram, bengang. Semua ada. Itu yang malas nak update blog tu. Takut entry-entry akan berbaur kemarahan. Tapi hari ni dah tak tahan sangat dah. Rasa nak jugak update blog. 

Ketidakstabilan emosi ni buat aku nak marah, nak maki orang, nak cakap kata-kata kesat je. Aku dalam proses menstabilkan diri aku balik. Untuk buat macam tu, aku kena kuat. Apa pun aku tak boleh nak give up. Aku hampir-hampir give up dengan diri sendiri. Duk mintak nak mati ja. Padahal, masalah aku ni kecik sangat nak dibanding dengan masalah perang yang  sedang hebat berlaku di Gaza sana. Mereka di sana berperang dengan manusia, aku di sini bermasalah dengan hati. Sabar. Sabar. Sabar.

Sabar tiada limit. So, sila bersabar untuk segalanya. 

I am fighting for my love sebenarnya. Perkara ni betul-betul buat emosi aku tak stabil. Fikiran aku melayang-layang. Aku banyak berfikir. Macam-macam aku fikirkan. Tak tentu arah. Beban emosi tu berat. Ditambah dengan masalah kewangan. Menambahkan lagi beban emosi tu. Ego berlawan dengan keperluan. Aku perlukan duit. Dalam masa yang sama aku terpaksa minta dari mak ayah aku. Aku malu. Tapi terpaksa. Sabar lagi. 

Sekarang aku tengah buat satu pengorbanan. Pengorbanan yang aku tak tahu hasilnya nanti macam mana. Itu akan ditentukan oleh Allah swt. Aku hanya memilih. Dan segalanya aku serahkan kepada Allah. 

Semoga aku sentiasa kuat menghadapi apa jua cabaran. Jangan jadikan hati aku lemah, diri aku lemah kerana masalah yang tidak memberi faedah kepada aku. 


No comments: