Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Dapat sambut AidilAdha kali ni. Tahun ni raya Haji kami meriah. Meriah yang teramat sangat. Raya Puasa haritu tak semeriah ni. Maklumlah semua tak balik kampung. Kali ni meriah sangat raya Haji sebab semua ada kat kampung. Lepas tu, Paksu Maksu aku buat lemang pulut, lemang tepung, nasi lemang pun ada jugak. Mak aku pulak join korban. So bertambah lah kemeriahan tu.
Raya pertama after sembahyang raya tu, pergi jalan jalan jalan ke rumah sedara yang ada. Sekejap-sekejap je duduknya. Makan-makan balik. Ha ha ha. Yang bestnya, ada kuih raya macam-macam jenis Nyah (makngah) aku buat. Rajin sungguh buat. Macam-macam color. Ha ha ha. Aku pun ada buat jugak. Tiga jenis. Entah apa mimpi entah nak buat kuih raya. Disebabkan kuih raya 3 jenis tu la aku tak tidur sampai pukul 5 pagi. Adoi. Mak aku teman aku sampai pukul 2 je. Lepas tu tidur. Aku congok sorang-sorang. Tapi, menjadi jugak hasil air tangan pertama aku. Sedap je sepupu aku cakap. Aku tak makan kuih, so, aku tak tau apa rasa dia. :P.
Dalam pukul 12 tengahari tu, gerak pergi rumah Ciknah. Makcik aku yang sorang ni pindah duduk KL dengan anak-anak dia. Dan pulak kerja dekat sana. So, rumah yang dekat kampung tu buat sewa je. Pergi sana bukan nak menolong pun. Ha ha ha. Teruk anak sedara sekor-sekor. Pergi nak mengutip baju. Makcik aku ni banyak baju lawa-lawa. Tapi tak dan nak kutip pun. Sebab dah ada orang kutip dulu. So, pergi je la tengok-tengok apa yang boleh ditengok. Masa tu pulak En BuahHati mesej. Tanya jalan. I was like "eyh, betul ke ni dia nak datang?". Macam rasa tak percaya. Aku percayalah kalau itu Sungai Petani. Dia akan jumpa family aku yang kecik tu je. Tapi ni, ramai ni nak kena hadap ni. Risau jugak. Takut banyak soalan. Melantun aku nanti. Ha ha ha.
Lepas tu, balik rumah Pakngah Makngah. Makan-makan, rehat-rehat, solat-solat (yang lelaki solat Jumaat), tukar-tukar baju, dapat call pulak En BuahHati dah sampai. Dupdapdupdap jantung aku. Nasib baik yang teramat sangat bila masa dia sampai tu tak ada ramai orang. Yang ada pun Mak Ayah aku, sepupu aku dua tiga orang and makngah. Dan pakngah balik lambat sikit. :P. Dan dan dan yang paling aku terkejut dia datang sorang-sorang. Memang before dia ada cakap datang sorang, tak sangka betul pulak. BERANI. Ha ha ha. Gentleman. Thumbs Up En BuahHati. Siap berbaju melayu lagi. Tinggal tak de sampin and songkok je. Ha ha ha.
And I was happy all the day. Cousins tak ada yang mengusik pun. Alhamdulillah. Accepted la tu. :)). Bagi kuih yang aku buat tu. Dia nak bagi mak ayah dia makan katanya. Haih. Aku lemah dengar. Mak dia tu straightforward jugak. Buatnya direject kuih tu, niaya je. Dia pun tak makan sangat kuih macam aku jugak. So, dia rasa satu je la. Sedap je dia cakap. Kalau cakap tak sedap, dah kena sekeh dah kan. Bagus. :P. Pandai ambil hati. Okay. Cukuplah sampai situ.
Terasa macam panjang sangat pulak bercakap pasal En BuahHati. Terover excited. Tetiba rasa nak berhenti tulis. Takat ni je lah dulu. Raya kedua next entry sebab nak masukkan gambar sekali. Dengan gambar lembu aku nak masukkan. Kalau ada sesat-sesat dalam album mana-mana lah. :).
Okeyh. Jom. Layan TO THE BEAUTIFUL YOU kejap. :)
......................................................................................
: Miss you love <3 p="p">3>
2 comments:
Untung la dpat buah hati mcm ni..
Tsya.bl nk kawen ni..hihi
Post a Comment