Followers

Tuesday, February 28, 2012

Aku poyo malam ni :))

I miss you. So much. Seriously.

Nak menangis. Huu. 

Okeyh. Poyo sangat. Ha ha ha. Tapi, itu memang perasaan yang sebenarnya.

.

En BuahHati minta aku melawat mak ayah before aku balik kampus. Haih. Berat jugak ni. Bukan aku menolak. Bukan aku taknak. 

Cuma aku rasa aku seorang je yang tahu alasan sebenar aku taknak pergi sana. 

1) Aku risau pandangan mak dan ayah. Kedua-dua mak dan ayah. Aku kena jaga perasaan kedua belah pihak. 

2) Transport. Macam mana nak pergi sana?

3) I am going to Arau this weekend. Tak sempat nak pergi sana.

Haih. Aku ni sedang buat alasan ke? Apa alasan aku yang sebenar agaknya eyh?

Hurm. Aku pun tak tahu. Sekarang ni pun aku dan En BuahHati tak ada masa sangat nak mengada-ngada pun. Untuk telefon pun, aku perlu masa yang sesuai. Bukan boleh telefon sesuka hati. 

Letih jugak macam ni. Tapi, aku kena jugak faham. Kena jugak cuba memahami. Sebab aku yakin satu hari nanti, aku akan sibuk macam En BuahHati jugak, yang akan menuntut kefahaman dia jugak. :))

Friday, February 24, 2012

Kegilaan :))

Kegilaan terhadap Korean Idol makin menjadi-jadi pulak aku ni. Sebelum ni aku cakap aku tertarik aje kan, tapi kali ni, sangat sangat tertarik. 

Hanya dengan senyuman. Mai mai mai kita tengok gambaq. Ha ha ha. 
































Semua ehsan dari encik Google. :)) 

He is Woo Young from Busan, Korea. He is one of the 2PM members. I like him because his smiling. Ha ha ha. He looks adorable, really adorable with his smile. 


Ha ha ha. Gila. I am crazy for that smile. :))

............................................................

: My Mr Ahmad Huzair. I love you. :))

Tuesday, February 21, 2012

Kenapa aku suka Korean artist sekarang :))

Dulu dulu dulu ni, aku memang tak suka dengan artis-artis Korea ni. Cerita Korea pun aku tak berapa nak layan. Banyak menangis je. Contohnya macam Stairway To Heaven tuh. Adoi. Dari mula sampai ke habis air mata tu tak berhenti kot. Lemas aku. Lepas tu, cerita Autumn ke apa yang adik beradik angkat, anak tertukar la apa lah. Macam-macam. 

Lagu-lagu, lagilah aku tak layan. Sepatah pun aku tak faham. Sampai aku naik pelik. Kenapa mesti addicted dengan diorang ni.

BUT, itu dulu.

NOW, aku dah mula layan. Semua bermula dengan kisah 'We Got Married - Khuntoria'. Masa kat rumah sewa semester lepas ada jugak layan. Tapi macam tu je la. Tak over pun. Hero memang hensem, heroin pun cun gila. Start gila tengok 'We Got Married' bila tak ada kerja nak buat kat ofis. Nichkun and Victoria. 


cute kan? hehe.

Kemudian, mula kenal ahli-ahli 2PM dan F(x). Semua nama-nama tu aku ingat la. 2PM paling aku ingat. F(x), aku kenal Victoria je and yang lain aku kenal muka je. Lepas tu, aku search lagi, jumpa Adam Couple. Jo Kwon and Ga In. Wah, sangat cute okeyh. Memang layan habis. Ha ha ha.


Cute and funny couple.

Ha ha ha. Lepas tu kenal pulak geng-geng mereka dua ni. 2AM and BEG. Ha ha ha. Dan start dari situ mula tengok group CNBlue and Super Junior. 

Seriously, sekarang sangat tertarik dengan Super Junior and CNBlue. Super Junior aku suka tengok EunHyuk dan Leeteuk. CNBlue aku suka tengok YongHwa. Dan 2PM aku suka tengok JunHo. 


Jung Yonghwa


Eunhyuk & Leeteuk


Jun Ho :))

Okay. Sebab-sebab utama aku suka Korean Idol. 

1) Mereka stylo. 
2) Six pax kot. He he. Tuff tuff belaka.
3) Senyuman. Sweet.
4) Semestinya, good looking. :))
5) Bersih. 
6) Bahasa yang best nak belajar.
7) Suara sedap. Yang aku suka kebanyakan penyanyi kan? Hi hi.
8) Tarian. Best. Especially Eunhyuk. :))

Ha ha ha. Sebenarnya nak cerita kenapa suka Korean artist sekarang ni je. Tapi macam dah melalut merata je. 

......................................................

: Eventhough I love them so much, but YOU will always be my soul, love you forever :))


~lovelovelove~

My Parents. (Riba vs Untung Niaga)

My parents jenis yang suka berdebat. Debat tentang segalanya. Waktu berdebat pulak waktu Subuh. Bila orang bangun untuk solat Subuh. After solat mulalah debat. Mak jenis yang tak suka mengalah. Mesti akan cari point untuk lontarkan segala pengetahuan yang beliau ada. Ayah pun sama. 

Mak belajar di sekolah pondok. Ayah pulak belajar bila pergi masjid setiap malam. Setiap malam balik pukul 10 lebih sebab pergi belajar agama kat masjid. Since my parents kahwin, ayah suka macam tu. Berdebat ni pun salah satu hobi mak ayah aku. Tak sah kalau tak berdebat satu hari. 

Pagi tadi, macam biasalah, Subuh lagi dah pom pang pom pang kat ruang tamu. Isu hari ni isu agama. Riba vs keuntungan perniagaan. Pendapat kedua orang ni berbeza sangat-sangat. Aku tak tahu la ustaz-ustaz ni berbeza ke ajaran. Padahal sebenarnya dalam agama satu je jawapan even 1000 cara mengajar. 

Mak, memang taknak mengalah la. Ayah, pun keras kepala jugak. Ayah jenis yang taknak dengar pendapat mak. Selalunya apa yang mak cakap akan dibangkang ayah even ayah tahu ayah yang salah. Sebabnya, lelaki kan? Mana nak kalah dengan perempuan. Depan kitorang pulak tu debatnya. So, nak taknak kena menang jugak. 

Memang dari debat-debat mak and ayah ni, aku selalu dapat jawapan pada soalan-soalan yang aku tak tertanya. Jadi, ada bagusnya dapat mak ayah yang macam ni. Semua isu jadi debat.

Soal politik pun sama. Soal politik ni selalu waktu malam selepas maghrib. Masa duk tengok berita TV3 tu lah. Bila bab politik aje, mak ayah aku akan mula pom pang pom pang. Aku yang tak tahu apa-apa, jadi tahu. Aku yang tak kenal politician, jadi kenal. Aku yang tak berapa tahu situasi politik di negara ni, jadi tahu. 

Okay. Balik pada topik pagi tadi. Sebenarnya aku pun nak tahu jugak. RIBA dan KEUNTUNGAN PERNIAGAAN tu sama ke? Kalau riba itu dikatakan dari keuntungan perniaagaan, jadi masa berniaga kita tak payah ambil untung la? So, macam mana nak maju? Macam mana nak expand perniagaan tu kalau tak ada keuntungan? Macam mana nak masuk Bursa Saham? Kalau hanya dapat pulangan modal, apa guna nya berniaga? 

Pagi tadi tak ada penggulungan hujah. Sebab ayah aku pergi kerja terus malas layan mak. So, aku yang duk mendengar dalam bilik tu, tak dapat la jawapannya. 

Sesiapa yang tahu, bolehlah jelaskan. :)). Kadang-kadang search kat encik GOOGLE pun, dia bukan tau. Macam-macam pendapat. :))

.................................................................

: Abang, abang tahu tak pasal riba ni? :))

Monday, February 20, 2012

Aku memang penakut

Long distance relationship.

Aku boleh dikatakan orang yang berpengalaman dalam hubungan jarak jauh ni. Sejak dulu lagi, aku mesti jatuh cinta jatuh hati dengan orang yang jauh dari aku. So, peluang untuk dating tu memang tipis la. Boleh kata tak ada peluang pun.

Sekarang lagilah. Aku di darat, En BuahHati di laut. Berapa kilometer jauh aku tak tahu. Bila sorang di darat, sorang di laut, yang jadi alat penghubung cuma telefon, ataupun FaceBook. Itupun hanya mesej jadi pengantara. Becakap? Tak kerap sangat. Line kadang-kadang dengki dengan aku. So, nak berbual pun kena sekejap-sekejap je. Selalu 10 minit je berborak.

Sebenarnya aku nak cakap aku takut. Sebab aku dah biasa berjauhan. Bila jauh, peluang untuk bergaduh bertekak samapi tercabut anak tekak tu, nipis. Kalau ada salah faham pun, dua-dua pihak lebih senang diamkan diri je. Berfikir secara positif je. So, aku rasa takut bila kami dah dekat. Dah boleh jumpa. Dah boleh bercakap face to face. 

Takut hubungan yang ada tu tak macam bila jauh-jauh. Haih, apa yang aku merepek ni?

Yang pasti aku memang takut. Aku harap selama aku dengan En BuahHati ni, aku dah boleh baca sikit-sikit perangai beliau. Kalau tak, susah jugak la nak handle.

Jangan banyak bergaduh sudah la. :))

......................................................

: Be with me forever :))

Saturday, February 18, 2012

Cita-citaku

In English, ambition. Ha ha ha. Macam la orang tak tahu kan? Saja nak mention lagi. Memenuhkan entry. Okay2, back to the story. 


Idea menulis aku sekarang banyak datang dari FB. Tadi sambil membelek En BuahHati punya wall, nampak la status beliau yang macam ni.

Cuba fikir, masa korang sekolah dulu, cita-cita korang apa? Sekarang korang kerja apa? Kepada yang berjaya mencapai cita-cita tu, tahniah. :))

So, rasa teringin nak bercerita tentang cita-cita aku dulu dulu ni. :))

Dulu dulu dulu ni, masa aku kanak-kanak dalam umur 5 6 tahun tu, cita-cita aku nak jadi doktor. Maklumlah, masa tu cita-cita doktor ni paling gah aku rasa. Tanya lah budak kecik mana pun mesti nak jadi doktor. Kalau tanya 10 orang tu, 5 daripada tu akan jawab nak jadi doktor. Begitulah famous kerjaya sebagai doktor ni. Gaji pun mahal. Mak ayah pun duk bagi galakan suruh jadi doktor. 



Itu cita-cita pertama aku. Kemudian aku membesar dengan berpegang pada cita-cita tu. Masuk darjah 4 kena belajar Sains kan? OMG. Sains aku, lemah. Paling lemah antara semua subjek adalah Sains. At that time aku master English. Even aku tak paham pun past tense, present tense bagai. Tapi, I always be the highest. For English la. So, aku duk fikir balik, macam mana nak jadi doktor ni. Sains aku lemah. Aku asyik kena marah dengan cikgu sebab Sains tau. 

Aku siap amik tuisyen Sains tau. Alhamdulillah, UPSR aku cemerlang. Then, masuk sekolah berasrama yang tiptop jugak. Masa tu dah tukar cita-cita. Doktor jugak, tapi lebih kecik skopnya. Doktor sakit puan. Duk fikir, macam best je kalau dapat jadi doktor sakit puan. Dapat sambut baby. Ha ha ha. Cetek pemikiran kan? Ingat itu je ke kerja doktor sakit puan? Ha ha ha. Tapi, Sains tetap tak boleh pergi. Aku dapat Sains masa PMR, B. Sedih gila. Tiap kali ujian pun asyik dapat B jugak. 

So, rasa macam tak boleh nak go on dengan Sains dah. Tukar cita-cita. Sebab dapat sekolah teknik. Aku nak jadi arkitek, sebab aku suka gila dengan lukisan kejuruteraan, rekaan bangunan, and semua yang berkaitan lah. Kena belajar Fizik pulak. Kimia pun. Adoi. Dua-dua tu tak boleh nak hadam pun. Last-last, masa SPM, teruk jugak result untuk dua subjek tu. Memang tak ditakdirkan untuk bidang-bidang Sains aku ni. Still my bahasa A. UPSR, PMR, SPM, my bahasa semua A. Bukan nak bangga tau.



Lepas tu, disebabkan Bahasa Inggeris aku okay, aku apply TESL. At least, aku apply kursus yang aku boleh buat. Kursus yang aku rasa aku akan buat sebaik-baiknya. Tapi frust, bila permohonan aku gagal. Sebab masam tu peluang lebih kepada pelajar lelaki. Walaupun budak lelaki tu tak dapat A pun untuk subjek Bahasa Inggeris. Frust sangat-sangat. Masa ni dah tak ada hala tuju. Dah tak ada cita-cita pun. 

Kemudian, apply UiTM, mintak kejuruteraan. Dapat. Tapi bidang lain. Yang sangat asing. Perakaunan. Nak taknak kena belajar je lah. Mungkin itulah hala tuju aku. Even permulaan yang teruk, tapi, sampai jugak Ijazah. Bukan senang nak belajar akaun sampai Ijazah ni. Ha ha ha. 



And, bulan 3 nanti akan mula sem yang akhir. Aku harap akan lulus semua subjek dengan cemerlang untuk semester akhir aku. 

Jadi, semestinya lah cita-cita aku bertukar sekarang. Nak jadi accountant pulak. Kenalah jadi accountant kan? Sebab aku diajar untuk jadi accountant. I will.

Owh. Cita-cita nak jadi doktor ada lagi. Tapi doktor yang ada PHD. Agak-agak boleh tak? Hihihi. 

Korang pulak, macam mana? 

...............................................................

: Thanks for everything :)) 

Friday, February 17, 2012

Singgah Menyapu je :))

Nak berblog malam nih, tapi tetiba malas. So, esok aje lah. Singgah-singgah buang habuk sikit-sikit ni. Dah seminggu tak bersapu ye dak? :))

He he. 

Ok bye. 

........................................................

: Love you :))

Sunday, February 12, 2012

Sakit leher :((

Nak teleng kepala pun tak boleh. Sakit. Bukan sakit sebab luka. Tapi sakit sebab urat. Urat bersimpul ke? Boleh bersimpul ke urat kat leher. Mak cakap angin, tapi ni dah 4 5 hari dah ni. Dah diurut-urut tapi still sakit. So, aku kena straight kan kepala je. Nak pusing ke kanan sakit sikit. Masa tidur pun kepala teleng ke kanan je. Kalau teleng ke kiri, nanti rasa macam urat tengkuk tu tegang. 

Tension macam ni. Sebab aku pening kepala bila tak boleh teleng, tak boleh pusing. Dalam kepala macam ada sesuatu yang tak boleh keluar. Nak urut lebih-lebih, itu kawasan tengkuk dan leher. Kalau salah urut nanti, lain pulak yang jadi.

Hurm. Any petua turun temurun yang boleh hilangkan sakit lenguh leher ni? Macam bengkak pun ada.

Saturday, February 11, 2012

Adegan mengorat :))

Aktiviti petang tadi. Mula jam 2ptg sampai 6ptg. Berjalan-jalan di Village Mall. Mula ingat nak gi tengok wayang sebab tu la samapi ke Village Mall tu. Sekali wayang jam 3ptg tak ada. So, cancel tengok wayang. Jalan-jalan je lah dekat situ. Pusing-pusing dekat semua kedai. Actually, aku bawak helmet. Sebab naik motor kan. So, helmet tu aku letak dekat tempat tengok wayang. Ha ha ha. Alasan nak tengok wayang. Tapi tak jadi. So biarlah situ sampai pukul 6ptg. Nak balik tu baru ambik balik. 

Berpusing-pusing dalam Village tu pun dah lama lama lama. Sampai masuk satu kedai dua tiga kali. Ha ha ha. Ha, aku keluar dengan Hani and Sukiya. Aku banyak bergosip dengan Hani aje lah. Cerita macam-macam. Maklumlah, lama sangat-sangat ha tak bercerita. Gosip sakan jugak la tadi. Perkembangan terbaru office and macam-macam. Siap pergi timbang berat lagi. 

He he he. Alhamdulillah berat aku dah naik 4 kilogram. Dari 43kg dah jadi 47.8kg. Best rasa. Dalam masa hampir 9 bulan duduk makan di rumah, baru naik 4kg. Tak apa lah. Maintain berat ni je lah. Harap-harap boleh lah maintain.

Dah sudah jalan-jalan, perut mesti lapar. Konon aku tak nak makan sebab dah makan before keluar, tapi tengok tomyam macam sedap je. Order lah. Pedas gila. Cili padi tu over pedas. Aku makan sesuap, air mata mengalir sekali. Adoih. Seksa nak habiskan. Perut ni pedih je rasa. 

Dah habis makan pulak, pergi masuk kedai buku MPH. Tengok-tengok buku, majalah, novel. Apa yang aku nak tak ada pun. Tadi masa aku duk mencari buku-buku tu, ada la seorang lelaki mengorat Sukiya (cousin aku). Memang lah dia cantik sikit dari yang lain ni. Haih, aku ni tak suka tengok orang yang mengorat macam tu. Menyampah. 

Last-last kena sound ja dengan aku budak tu. Ha ha ha. Masuk Village Mall pun ada lagi duk mengorat. Aku sound lagi sekali. Padan muka. I am over protective now. Ha ha ha. Ada lah sebab aku nak protect sampai macam tu sekali. Bukan sebab cemburu or apa. Buat apa nak cemburu dengan budak-budak umur belasan tahun kan? Tapi ada sebab lain. So, terpaksa jadi over protective. :))

Sesiapa yang jadi kakak kepada adik-adik perempuan mesti tahu kenapa kadang-kadang jadi over protective. :))

............................................................

: Love you :))

Friday, February 10, 2012

Eyh, salah tarikh :P

Excited benor aku sampai salah tarikh. Semalam ni ha, masa kat ofis, excited hantar mesej dekat En BuahHati. Cakap nak mesej dia banyak banyak banyak. Sebab bila nanti ada line, mesej aku je yang melambak kat inbox dia. Ha ha ha. Budak-budak kan aku? Tak sedar diri memang macam tu. :p

Sehari sebelum tu, En BuahHati dah mesej awal-awal cakap nanti sampai Sabah 10hb pukul 7 malam. Aku pulak pergi cepatkan sehari. So, semalam aku ingat 10hb. Rupanya baru 9 hb. Adoi. Berangan apa entah sampai tarikh pun dah tak ingat. Serius rasa cam nak hempuk kepala. 

.

Owh ye. Disebabkan rajin yang melampau (konon), aku edit lah blog aku. Last sekali jadi macam ni ha. Adeh. Meluat pulak tengok. Nanti baru nak tukar lain. Sekarang ni, biarlah buruk macam tu dulu. 

.....................................................................

: I miss you gendut :))

Wednesday, February 8, 2012

Malu kalau tak dilayan :))

Membelek FB adalah perkara wajib bila bukak laptop atau komputer. Hurm. 

Kadang-kadang rasa malu bila post sesuatu kat wall orang lain, dan tiada respon dari orang tu. Haih. Malu tau. Aku selalu terkena. Dan bila tiada respon, apa aku buat? Aku remove balik wall post tuh. Segan ha den. Macam mengganggu tuan punya FB pulak. 

At least like apa yang aku post tu. So, aku tau orang tu dah baca wallpost aku. Ini tak. Orang lain punya boleh duk berkomen bagai, yang aku punya dibiarkan je. Sakit hati jugak. Tapi apa nak buat. Itu hak tuan punya. So, jalan terbaik, kalau dah post lebih pada 3 hari tu, tak ada respon, delete je lah sendiri. Ha ha ha. Itu lah yang aku selalu buat pun. 

Hurm. Kadang-kadang En BuahHati pun buat macam tu jugak. Ye lah. Bukan nak kecik hati, tapi kecik hati jugak lah. Ha ha ha. Dengan semua kawan-kawan sempat je komen, aku? Tak ada pun. Cuma baru-baru ni En BuahHati komen dekat gambar. Ha ha ha. Teruja gila. Aku punya teruja tu macam aku-dapat-respon-dari-orang-yang-aku-minat-zaman-sekolah-dulu. Ha macam tu lah rasa. Memang teruja gila, even ayat tak ada bunga-bunga pun. At least En BuahHati tinggalkan komen, aku dah cukup happy. 

Tapi, tu lah. Bukan selalu pun En BuahHati tu buat macam tuh. Nak post loving-loving lagi lah tak ada. Macam aku cakap sebelum ni. Kami bukan jenis bercinta di wall FB. Semak. Jarang-jarang boleh lah. :).

Eyh. Tetiba nak kecik hati dengan En BuahHati. Kesian dia tau. Ha ha ha. Sila faham cik Tsya. En BuahHati awak tu sibuk. Tak ada masa nak melayan benda remeh-remeh macam ni. 

Ha. Saya faham. :)).

Tapi serius lah. Malu tau bila kita post kat wall orang, then orang buat tak layan je. Dah banyak kali terkena. So, sesiapa yang tak suka melayan wall post orang lain tu, sila lah privatelkan wall anda, supaya tiada gangguan dari aku. :))

..............................................................

: Miss you. :))

Wednesday, February 1, 2012

Mantan Kekasih

One of my friend, a guy, ask me to find him a girlfriend. A steady girlfriend. Hoh. Berat ni. Ha ha ha.

Tapi, aku tak ada carikan pun. What for? Kenapa aku nak kena carikan untuk dia. Nanti macam-macam yang tak kena. Bukan tak nak carikan, tapi bila fikir balik dia tu macam mana, rasa macam better he find her himself la. No need me to find one. 

Lelaki ni jenis yang tak mudah berpaling tadah. Tak mudah nak sukakan perempuan lain bila dah suka sayang cinta kasih kat seorang perempuan. Walaupun selepas berpisah, tapi dia still contact dengan ex-girlfriend dia. Walaupun selepas dia jumpa perempuan lain, jalinkan hubungan but relationship tu tak berjalan lancar. Sebab dalam hati dia, dalam kepala dia cuma ada sorang je perempuan. Padahal cinta zaman sekolah tu. Lama jugak dah putus, tapi masih ingat.

Tu yang bila suruh aku carikan perempuan, aku cakap dekat dia, buang dulu kisah-kisah lama. Bila semua tu dah buang, benda semua akan jadi senang. Kan? And now, aku rasa dia dah mula hilangkan perempuan tu dalam hati dia. Sebab dari apa yang aku tengok, dia tengah cuba meng'ayat' seorang gadis. Ha ha ha. Good job lil bro. Finally. :))

Mantan kekasih. 

Will always be 'mantan'. Sampai bila pun. Kenangan yang ada bukan mudah nak lupa. Even aku sekalipun, bukan senang nak lupa. So, apa yang aku buat, aku replace semua kenangan tu dengan kenangan baru. Ha ha ha. Aku buat kenangan baru bagi full disk dalam kepala ni, then bila dah full tak boleh nak sumbat dah, aku delete kenangan lama. Ha ha ha. Yep. Otak aku komputer. 

Kalau nak tanya kenangan aku lama-lama dulu, aku kena fikir dulu panjang-panjang. Sebab aku dah tak ingat, dah kena delete kan, so jadi tak ingat. 

Kadang-kadang selalu terfikir apa yang aku akan buat if aku jumpa dengan 'mantan' ? Aku diam ke, gelak ke, senyum ke? Aku tak ada jawapan. Mungkin aku akan buat semua. But, apa yang aku tahu, aku nak En BF ada if jumpa dengan 'mantan kekasih'. Walaupun En BF aku kat tengah laut. Ha ha ha. Memang suka menyusahkan.

Apa yang pasti, ex tetap ex. Walaupun nak anggap macam kawan, tapi benda yang memang kenyataan tak boleh nak elak. Berkawan dengan ex, akan buat pasangan masing-masing fikir macam-macam kan? :))
:)) 

Hilang idea dah. Too much thinking of BSN. Ha ha ha.
.............................................................................

: Sarangheyo :))

Bercinta di Wall FB :))

I really dont remember if I have post something bout this. Nak check one by one, aku malas. So, nak terus kan aje. Benda dah dimula, kena ada penghabisan, kan? 

Ada tak korang bercinta di wall FB. Maksud aku ber'ILOVEYOU', 'IMISSYOU', 'IWANTYOU', and macam-macam lagi lah. Ada? Kalau tak ada mesti selalu nampak kan? Tipu kalau tak nampak.

Aku bukan nak mengata, atau apa-apa je. Aku cuma rasa macam pelik sikit. Aku pernah buat macam tu. But then, bila aku fikir balik, aku rasa macam 'Ah, benda ni mengarut'. Macam tak perlu. Nampak macam menunjuk pulak aku tengah bercinta dengan dia. Padahal, terang-terang kat sebelah page kita tu, ada tulis in relationship dengan siapa. 

Aku bab-bab macam ni, aku suka discuss dengan En BF. En BF cakap, sepatutnya tak perlu macam tu. Semua friends kita duk tengok wall kita. Adik beradik, kaum kerabat, so, nampak macam kau sorang je ada balak, ada awek, orang lain tak ada. Patutlah, En BF tak pernah buat macam tu. Aku ada jugak buat tapi jarang-jarang. 

So, tak adalah orang tengok status bercinta aje kat wall BF kan. Orang naik muak, tambah-tambah orang yang selalu tengok page BF kita. Malu jugak bila fikir balik. 

Bagi pendapat aku lah kan, tak payahlah nak selalu post kat wall balak/awek. Memang akan ada yang cakap, wall aku sukahati aku. But, korang kena fikir siapa yang akan view korang punya page. Kalau nak fikir wall aku sukahati aku, apa kata kau friend dengan awek/balak kau je? Tak payah dengan orang lain. Ini baru betul. Wall aku sukahati aku, baru leh cakap macam tu. 

Itu bab bercinta. 

Sekarang kita masuk bab lain pulak.

Okay. Mula-mula aku nak tanya, bila bercinta bagai ni, perlu ke segala pasword akaun-akaun kita dalam dunia ni diberitahu pada pasangan kita? 

Perlu ke?

Pendapat aku, aku rasa tak perlu kot. Tapi ini pendapat aku je lah. Ye lah. Lain orang lain pendapat, lain pemikiran. 

Owh. Tetiba rasa nak berhenti menulis sekarang. Ha ha ha. Out to BSN.

.................................................................

: Saya bercinta di blog, tapi sorang2 je. Aih. :)) Ha ha ha.