Followers

Wednesday, February 8, 2012

Malu kalau tak dilayan :))

Membelek FB adalah perkara wajib bila bukak laptop atau komputer. Hurm. 

Kadang-kadang rasa malu bila post sesuatu kat wall orang lain, dan tiada respon dari orang tu. Haih. Malu tau. Aku selalu terkena. Dan bila tiada respon, apa aku buat? Aku remove balik wall post tuh. Segan ha den. Macam mengganggu tuan punya FB pulak. 

At least like apa yang aku post tu. So, aku tau orang tu dah baca wallpost aku. Ini tak. Orang lain punya boleh duk berkomen bagai, yang aku punya dibiarkan je. Sakit hati jugak. Tapi apa nak buat. Itu hak tuan punya. So, jalan terbaik, kalau dah post lebih pada 3 hari tu, tak ada respon, delete je lah sendiri. Ha ha ha. Itu lah yang aku selalu buat pun. 

Hurm. Kadang-kadang En BuahHati pun buat macam tu jugak. Ye lah. Bukan nak kecik hati, tapi kecik hati jugak lah. Ha ha ha. Dengan semua kawan-kawan sempat je komen, aku? Tak ada pun. Cuma baru-baru ni En BuahHati komen dekat gambar. Ha ha ha. Teruja gila. Aku punya teruja tu macam aku-dapat-respon-dari-orang-yang-aku-minat-zaman-sekolah-dulu. Ha macam tu lah rasa. Memang teruja gila, even ayat tak ada bunga-bunga pun. At least En BuahHati tinggalkan komen, aku dah cukup happy. 

Tapi, tu lah. Bukan selalu pun En BuahHati tu buat macam tuh. Nak post loving-loving lagi lah tak ada. Macam aku cakap sebelum ni. Kami bukan jenis bercinta di wall FB. Semak. Jarang-jarang boleh lah. :).

Eyh. Tetiba nak kecik hati dengan En BuahHati. Kesian dia tau. Ha ha ha. Sila faham cik Tsya. En BuahHati awak tu sibuk. Tak ada masa nak melayan benda remeh-remeh macam ni. 

Ha. Saya faham. :)).

Tapi serius lah. Malu tau bila kita post kat wall orang, then orang buat tak layan je. Dah banyak kali terkena. So, sesiapa yang tak suka melayan wall post orang lain tu, sila lah privatelkan wall anda, supaya tiada gangguan dari aku. :))

..............................................................

: Miss you. :))