Followers

Tuesday, February 21, 2012

My Parents. (Riba vs Untung Niaga)

My parents jenis yang suka berdebat. Debat tentang segalanya. Waktu berdebat pulak waktu Subuh. Bila orang bangun untuk solat Subuh. After solat mulalah debat. Mak jenis yang tak suka mengalah. Mesti akan cari point untuk lontarkan segala pengetahuan yang beliau ada. Ayah pun sama. 

Mak belajar di sekolah pondok. Ayah pulak belajar bila pergi masjid setiap malam. Setiap malam balik pukul 10 lebih sebab pergi belajar agama kat masjid. Since my parents kahwin, ayah suka macam tu. Berdebat ni pun salah satu hobi mak ayah aku. Tak sah kalau tak berdebat satu hari. 

Pagi tadi, macam biasalah, Subuh lagi dah pom pang pom pang kat ruang tamu. Isu hari ni isu agama. Riba vs keuntungan perniagaan. Pendapat kedua orang ni berbeza sangat-sangat. Aku tak tahu la ustaz-ustaz ni berbeza ke ajaran. Padahal sebenarnya dalam agama satu je jawapan even 1000 cara mengajar. 

Mak, memang taknak mengalah la. Ayah, pun keras kepala jugak. Ayah jenis yang taknak dengar pendapat mak. Selalunya apa yang mak cakap akan dibangkang ayah even ayah tahu ayah yang salah. Sebabnya, lelaki kan? Mana nak kalah dengan perempuan. Depan kitorang pulak tu debatnya. So, nak taknak kena menang jugak. 

Memang dari debat-debat mak and ayah ni, aku selalu dapat jawapan pada soalan-soalan yang aku tak tertanya. Jadi, ada bagusnya dapat mak ayah yang macam ni. Semua isu jadi debat.

Soal politik pun sama. Soal politik ni selalu waktu malam selepas maghrib. Masa duk tengok berita TV3 tu lah. Bila bab politik aje, mak ayah aku akan mula pom pang pom pang. Aku yang tak tahu apa-apa, jadi tahu. Aku yang tak kenal politician, jadi kenal. Aku yang tak berapa tahu situasi politik di negara ni, jadi tahu. 

Okay. Balik pada topik pagi tadi. Sebenarnya aku pun nak tahu jugak. RIBA dan KEUNTUNGAN PERNIAGAAN tu sama ke? Kalau riba itu dikatakan dari keuntungan perniaagaan, jadi masa berniaga kita tak payah ambil untung la? So, macam mana nak maju? Macam mana nak expand perniagaan tu kalau tak ada keuntungan? Macam mana nak masuk Bursa Saham? Kalau hanya dapat pulangan modal, apa guna nya berniaga? 

Pagi tadi tak ada penggulungan hujah. Sebab ayah aku pergi kerja terus malas layan mak. So, aku yang duk mendengar dalam bilik tu, tak dapat la jawapannya. 

Sesiapa yang tahu, bolehlah jelaskan. :)). Kadang-kadang search kat encik GOOGLE pun, dia bukan tau. Macam-macam pendapat. :))

.................................................................

: Abang, abang tahu tak pasal riba ni? :))

1 comment:

huzair said...

Riba tu kalo x silap bila untung adalah 2 kali atau lebih dr modal.. Contoh.. Peha ayam modal rm2 henggit, tp die jual balik kt org, 5 henggit, untung die 1 henggit plus modal 2 henggit.. Lg 2 henggit lg tu bole konsider sebagai riba.. Camtu la kot..