Followers

Saturday, February 11, 2012

Adegan mengorat :))

Aktiviti petang tadi. Mula jam 2ptg sampai 6ptg. Berjalan-jalan di Village Mall. Mula ingat nak gi tengok wayang sebab tu la samapi ke Village Mall tu. Sekali wayang jam 3ptg tak ada. So, cancel tengok wayang. Jalan-jalan je lah dekat situ. Pusing-pusing dekat semua kedai. Actually, aku bawak helmet. Sebab naik motor kan. So, helmet tu aku letak dekat tempat tengok wayang. Ha ha ha. Alasan nak tengok wayang. Tapi tak jadi. So biarlah situ sampai pukul 6ptg. Nak balik tu baru ambik balik. 

Berpusing-pusing dalam Village tu pun dah lama lama lama. Sampai masuk satu kedai dua tiga kali. Ha ha ha. Ha, aku keluar dengan Hani and Sukiya. Aku banyak bergosip dengan Hani aje lah. Cerita macam-macam. Maklumlah, lama sangat-sangat ha tak bercerita. Gosip sakan jugak la tadi. Perkembangan terbaru office and macam-macam. Siap pergi timbang berat lagi. 

He he he. Alhamdulillah berat aku dah naik 4 kilogram. Dari 43kg dah jadi 47.8kg. Best rasa. Dalam masa hampir 9 bulan duduk makan di rumah, baru naik 4kg. Tak apa lah. Maintain berat ni je lah. Harap-harap boleh lah maintain.

Dah sudah jalan-jalan, perut mesti lapar. Konon aku tak nak makan sebab dah makan before keluar, tapi tengok tomyam macam sedap je. Order lah. Pedas gila. Cili padi tu over pedas. Aku makan sesuap, air mata mengalir sekali. Adoih. Seksa nak habiskan. Perut ni pedih je rasa. 

Dah habis makan pulak, pergi masuk kedai buku MPH. Tengok-tengok buku, majalah, novel. Apa yang aku nak tak ada pun. Tadi masa aku duk mencari buku-buku tu, ada la seorang lelaki mengorat Sukiya (cousin aku). Memang lah dia cantik sikit dari yang lain ni. Haih, aku ni tak suka tengok orang yang mengorat macam tu. Menyampah. 

Last-last kena sound ja dengan aku budak tu. Ha ha ha. Masuk Village Mall pun ada lagi duk mengorat. Aku sound lagi sekali. Padan muka. I am over protective now. Ha ha ha. Ada lah sebab aku nak protect sampai macam tu sekali. Bukan sebab cemburu or apa. Buat apa nak cemburu dengan budak-budak umur belasan tahun kan? Tapi ada sebab lain. So, terpaksa jadi over protective. :))

Sesiapa yang jadi kakak kepada adik-adik perempuan mesti tahu kenapa kadang-kadang jadi over protective. :))

............................................................

: Love you :))

No comments: