Followers

Saturday, February 18, 2012

Cita-citaku

In English, ambition. Ha ha ha. Macam la orang tak tahu kan? Saja nak mention lagi. Memenuhkan entry. Okay2, back to the story. 


Idea menulis aku sekarang banyak datang dari FB. Tadi sambil membelek En BuahHati punya wall, nampak la status beliau yang macam ni.

Cuba fikir, masa korang sekolah dulu, cita-cita korang apa? Sekarang korang kerja apa? Kepada yang berjaya mencapai cita-cita tu, tahniah. :))

So, rasa teringin nak bercerita tentang cita-cita aku dulu dulu ni. :))

Dulu dulu dulu ni, masa aku kanak-kanak dalam umur 5 6 tahun tu, cita-cita aku nak jadi doktor. Maklumlah, masa tu cita-cita doktor ni paling gah aku rasa. Tanya lah budak kecik mana pun mesti nak jadi doktor. Kalau tanya 10 orang tu, 5 daripada tu akan jawab nak jadi doktor. Begitulah famous kerjaya sebagai doktor ni. Gaji pun mahal. Mak ayah pun duk bagi galakan suruh jadi doktor. 



Itu cita-cita pertama aku. Kemudian aku membesar dengan berpegang pada cita-cita tu. Masuk darjah 4 kena belajar Sains kan? OMG. Sains aku, lemah. Paling lemah antara semua subjek adalah Sains. At that time aku master English. Even aku tak paham pun past tense, present tense bagai. Tapi, I always be the highest. For English la. So, aku duk fikir balik, macam mana nak jadi doktor ni. Sains aku lemah. Aku asyik kena marah dengan cikgu sebab Sains tau. 

Aku siap amik tuisyen Sains tau. Alhamdulillah, UPSR aku cemerlang. Then, masuk sekolah berasrama yang tiptop jugak. Masa tu dah tukar cita-cita. Doktor jugak, tapi lebih kecik skopnya. Doktor sakit puan. Duk fikir, macam best je kalau dapat jadi doktor sakit puan. Dapat sambut baby. Ha ha ha. Cetek pemikiran kan? Ingat itu je ke kerja doktor sakit puan? Ha ha ha. Tapi, Sains tetap tak boleh pergi. Aku dapat Sains masa PMR, B. Sedih gila. Tiap kali ujian pun asyik dapat B jugak. 

So, rasa macam tak boleh nak go on dengan Sains dah. Tukar cita-cita. Sebab dapat sekolah teknik. Aku nak jadi arkitek, sebab aku suka gila dengan lukisan kejuruteraan, rekaan bangunan, and semua yang berkaitan lah. Kena belajar Fizik pulak. Kimia pun. Adoi. Dua-dua tu tak boleh nak hadam pun. Last-last, masa SPM, teruk jugak result untuk dua subjek tu. Memang tak ditakdirkan untuk bidang-bidang Sains aku ni. Still my bahasa A. UPSR, PMR, SPM, my bahasa semua A. Bukan nak bangga tau.



Lepas tu, disebabkan Bahasa Inggeris aku okay, aku apply TESL. At least, aku apply kursus yang aku boleh buat. Kursus yang aku rasa aku akan buat sebaik-baiknya. Tapi frust, bila permohonan aku gagal. Sebab masam tu peluang lebih kepada pelajar lelaki. Walaupun budak lelaki tu tak dapat A pun untuk subjek Bahasa Inggeris. Frust sangat-sangat. Masa ni dah tak ada hala tuju. Dah tak ada cita-cita pun. 

Kemudian, apply UiTM, mintak kejuruteraan. Dapat. Tapi bidang lain. Yang sangat asing. Perakaunan. Nak taknak kena belajar je lah. Mungkin itulah hala tuju aku. Even permulaan yang teruk, tapi, sampai jugak Ijazah. Bukan senang nak belajar akaun sampai Ijazah ni. Ha ha ha. 



And, bulan 3 nanti akan mula sem yang akhir. Aku harap akan lulus semua subjek dengan cemerlang untuk semester akhir aku. 

Jadi, semestinya lah cita-cita aku bertukar sekarang. Nak jadi accountant pulak. Kenalah jadi accountant kan? Sebab aku diajar untuk jadi accountant. I will.

Owh. Cita-cita nak jadi doktor ada lagi. Tapi doktor yang ada PHD. Agak-agak boleh tak? Hihihi. 

Korang pulak, macam mana? 

...............................................................

: Thanks for everything :)) 

4 comments:

aienzunnur said...

boleh3...

nana aziz said...

nana plak nak jadik cikgu.haha.tapi skrg dah larik bidang.well management so suppose to be a manager la kan?heee..even bleh je nak sambung dalam bidang perguruan nanti, tapi i think i was falling in love with this course finally.hope i will be a good manager, someday.

semoga cita-cita kita semua tercapai

TSYA'Z (~_^) said...

aien : hikhikhik... nk jgak title dr..

nana: hihi... chaiyokk... :))

Anonymous said...

Jika anda telah disahkan mempunyai fibroid,cyst dan dinasihatkan membuat pembedahan..makanlah SALAMON selama 1-2 minggu. Selepas itu buatlah pemeriksaan semula di klinik.