Penat. Mengemas rumah. Kemas sikit-sikit aje.
Rumah aku rumah teres. Rumah teres yang dekat taman-taman yang dibangunkan 20 tahun dulu yang mana ruang dalam rumah tu cukup untuk keluarga yang ada dua anak sahaja. Yang laman depan rumah muat-muat untuk letak sebuah kereta sahaja. Dan tiga buah motosikal, satu ampaian panjang, dan almari kasut dua buah. Inilah keadaan rumah aku yang didiami sekarang.
Pernah tanya ayah,
: Kenapa tak beli rumah teres yang bawah sana tu?
: Sebab kena tipu dengan kawan ayah hang.
Itu suara mak menjawab. Tanya ayah, mak yang jawab.
Tapi apa pun bersyukur je la. Ada jugak rumah walaupun kecik-kecik comel aje.
Dulu, rasa segan kalau nak menjemput kawan-kawan yang tinggal di rumah besar datang rumah sendiri. And tak pernah pun bercerita pasal rumah sendiri bila kawan-kawan sibuk describe rumah diorang. Selalu aku buat bangang je. Malu satu hal, sebab rumah kecik. Tapi ni dulu la, zaman tak reti nak fikir.
Sekarang dah tak kisah dah. Datang kalau nak datang. Dipersilakan ke tempat aku dibesarkan sejak 19 tahun dahulu. Ada jugak kawan-kawan mak aku datang rumah and cakap kat mak aku.
: D***, taknak ke buat rumah? Rumah hang ni aku tengok dari dulu sampai sekarang sama je. Tak berubah sikit pun. Cat aje yang berubah.
Terdiam mak aku. Kemudian, lambat-lambat dia reply,
: T-sya and adik-adik dia kata, nanti depa berduit depa buat la.
Senyum sumbing. Aku yang dengar mak aku cerita, rasa marah sangat. Sibuk hal rumah orang kenapalah. Padahal rumah diorang buat cantik-cantik renovate sana sini luar dalam, tapi lepas dah cantik apa jadik? Bersepah. Mengalahkan tempat kucing beranak lagi. Itu membazir duit laki, buat rumah untuk bini, and bini tak pandai jaga. Membazir.
Bagus lagi rumah aku yang tak renovate, tapi dijaga rapi oleh mak ayah, and kami. And kalau renovate pon nak renovate macam mana? Bukan rumah sebuah-sebuah , semi-D ke, tapi teres yang ada jiran kiri kanan. Memang rumah ni akan kekal macam ni sampai bila-bila. Yang berubahnya, barang rumah aje lah.
Kalau rumah macam ni pun, tapi bersepah macam tempat buang sampah, nak buat apa. Tak tenang jugak hidup.
Sila jaga kediaman masing-masing supaya tak kelihatan macam tong sampah ye makcik. Kesian laki-laki anda, anak-anak anda, buat rumah besar cantik-cantik tapi tak dijaga langsung. Benci orang kepoh macam makcik-makcik tu yang sibuk pasal rumah orang. Huh.
.....................................................................
: En BF, bila sudah pulang, sila datang rumah yer. Peace :)