Pagi-pagi after sahur, ber-blogwalking sekejap. Dah tentu-tentu berjalan di blog-blog dalam Rakan Blogger.
Mostly colour pink template nye. And bling-bling bagai. I do love pink. And aku pun pernah buat colour pink tapi kejap aje sebab nak cari template lain. Bila jalan-jalan macam ni, tengok ramai yang dah colour pink. Lorh. Bila ramai sangat menggunakan colour pink, aku pun tak rasa nak buat colour pink. He he he. Untuk mengelakkan dari rasa bosan, sebab semua pun pink. But, I love pink. Macam mana? Ha ha ha.
And ada jugak blog yang aku jalan-jalan, letak punya banyak iklan (Ini BUKAN rakan blogger), adoi lah. Serabut jugak aku tengok iklan melambak. Setakat iklan okeyh, but dengan widget kiri kanan bagai, aku terfikir-fikir macam mana nak close semua widget yang ganggu mata aku nak baca tu. Bila dah awal-awal nampak macam tu, confirm terus tutup je laman tu, jangan harap aku nak jengah lagi. Unless, kau dah buang segala widget yang tetiba menempek kat tepi-tepi page. Hoh.
Aku bukan blogger hebat. Tapi aku rasa kebanyakan blogger lain pun bukan suka nak baca blog yang terlalu banyak iklan, terlalu banyak benda yang menempek tepi-tepi. Dah tu buat susah loading aje. Laptop ni zaman bila lagi ha. Bila makan bertaun, maksudnya if blog kau susah nak loading, memang lepas tu tak ada masa dah nak menjengah. Harap maklum.
Tulisan bermacam colour bermacam style. Hadoi. Pakai satu font dah la. Nak guna macam-macam font, pastu guna macam-macam colour, serabut nak baca. Tak minat. Yang suka buat tulisan kecik-kecik je, huh, aku tak baca jugak. Aku ni dah kategori rabun, kalah makcik umur 60 tahun, itu yang tak nampak nak baca tulisan kecik-kecik macam semut tuh.
Lagi aku jenis yang tak suka nak baca tulisan yang tak ada perenggan, yang ada titik banyak. Macam aku pernah buat dulu. Perenggan tu penting kot aku rasa. Baru la nampak kemas sikit. Ini semua kumpul dalam satu perenggan. Bapak panjang pulak tu entry. Memang takkan jengah lagi dah. Buat serabut aje.
Ini selepas aku ber-blogwalking pada pagi-pagi subuh ni. :) Sekadar komen-komen biasa yang kalau boleh diterima, terima, kalau tak boleh, tak payah terima. :)
...........................................................................
: En BF, saya ini suka membebel ker?
2 comments:
aku suka baca blog yang simple .
tak ada iklan , tak ada widget canggih2 . tulisan kemas .
itu saja .
dan , blog ni mudah dibaca , so far .
=)
kan? simple is better. iklan semua, adoi, ganggu kan? hehe
thanks :)
Post a Comment