Followers

Thursday, August 4, 2011

Aku risau, korang ada risau tak?

Dalam sibuk kerja, aku sempat berfikir. Pasal apa lagi. Kahwin dah tentu. He he he.

Kemudian tetiba risau. Bukan risau pasal kerja yang tengah buat tu, tapi pasal benda lain. Nampak sangat lah, fikiran aku melayang masa tengah kelam kabut siapkan kerja.

Perempuan ni rupanya banyak kerisauan kan? Ikut fikiran kepala otak aku ni lah, banyak benda yang sebagai perempuan kita kena risaukan.

Bila belum kahwin, risau kahwin lambat. Risau tak ada yang berminat kat kita. Risau kita tak kahwin.

Kemudian, bila bertemu jodoh, risau pulak soal anak. Risau tak dapat mengandung.

Then, bila sudah mengandung, risau tak dapat melahirkan anak yang sihat, melahirkan anak yang ckup sifatnya.

Kemudian lagi, bila sudah melahirkan, risau lagi. Risau tak dapat menjaga anak dengan baik.

Bila usia bertambah ke angka 30-an, lagi bertambah risau. Risaukan suami pula. Risau suami berpaling tadah, sebab apa, sebab body dah tak mantap macam dulu.

Ini baru risau soal anak dan suami. Belum mentua lagi. Masa nak kahwin, dah tentu tentu risau pasal mentua. Takut. Takut dapat mentua yang tak macam mak kita. Yang tak macam ayah kita. Takut lagi kalau kita tak dapat jadi menantu baik untuk keluarga mentua.

Adoih, banyak yang kita kena risaukan. Kan? Banyak tanggungjawab perempuan ni. Bila fikir macam ni, mulalah takut, padahal semua yang kita fikirkan tu cuma dalam kepala kita je. Belum jadi apa pun lagi.

Tapi, bagi aku, aku tetap kena fikirkan semua ni. Sebab semua ni satu hari nanti aku pasti akan lalui. Jadi, aku kena fikir dari sekarang, dan merancang dari sekarang. Semoga segala rancangan akan dimakbulkan Yang Esa.

InsyaAllah.

...........................................................................

Done with the risau-risau.

Tadi memasak. Lapar. Koeytiow goreng aje, sedap. Ha ha ha. Aku masak so sedap lah. Aku sorang je telan.  And it is my first time goreng koeytiow. Setelah 23 tahun baru nak pandai goreng-goreng. Kalau tak harapan aje lah.

And, jom. Pi tidoq. Esok kena bangun awal. Gudnyte. :)

3 comments:

Nuramalina Aziz said...

he he he..betol betol.perempuan mmng sangat byk kene risau..takpe, pape pon, hadapai nye dengan tabah..ingat tanggungjawab kite n laksanakanikot flow..insyaallah, kalau kite kuat,kite dekat ngn Allah, Dia pasti bantu kite..(^_^)

btw, nana suke template baru ni.nice..keep in ur work okeh..

kawan blogger baru mu..~nana~

♥_♥cahaya fatiha♥_♥ said...

rsau jugak~:(

TSYA'Z (~_^) said...

nana: thanks yea...hehe...

tiha: hehe....saje nk ajak org ramai2 isau...hehe