Followers

Tuesday, September 27, 2011

Nama je cikgu, tapi hampeh!!

Malam ni ikut mak pergi mesyuarat dengan cikgu-cikgu tabika Kemas, lepas tu, ingat nak pergi CC, tapi dekat situ tak ada pulak. Haish, bila la nak setel masalah aku ni. 

Okeyh, mak pergi mesyuarat tu sebab kes jamuan tak tahu tempat nak buat kat mana. Padahal dah set time dah. Actually mereka-mereka ni bermasalah since dulu lagi. Sejak adik masuk bola sepak wakil parlimen. Lepas tu, ada pulak cikgu-cikgu tabika yang tak puas hati dengan waris-waris budak-budak and cikgu-cikgu lain. lepas tu, tuduh sesama sendiri. Adoi. 

Letih bila balik kerja asyik dengar pasal bola sepak. Budak-budak selalu tak ada masalah. Yang sibuk nak bertelagah bagai adalah yang dewasa ni. Konon berbincang, tapi perbincangan yang tak membawa kepada penyelesaian, sebaliknya pergaduhan, perbalahan mulut. Mujur tak sinsing lengan baju aje. Aku yang mendengar ni dah naik muak. 

Cikgu-cikgu tabika ni pulak umur lebih kurang baya-baya aku aje. Tapi kurang ajar jugak perangai. Kurang ajar dengan orang yang lebih tua, dengan waris-waris pada anak-anak tabika. Aku pun tak faham. Memang boleh if nak bercakap dengan orang-orang lain, tapi bila ada sifat kurang ajar yang melampau, siapa boleh tahan. 

Kalau aku, memang aku kurang ajar lebih bila orang kurang ajar dengan aku. Setakat sekali dua okey lagi, tapi bila dah banyak kali, memang mintak penyepak. Aku tak sepak bola, aku sepak kau. Ha, itu dah tahap parah. 

Ini perangai segelintir dari cikgu-cikgu tabika. Umur macam aku memang boleh dikatakan tak matang lagi, cepat terasa, cepat melenting, tapi sebagai seorang guru, harus tanamkan sikap yang bagus. Bukan sikap yang macam tu. Bila cikgu berperangai macam tu, jangan salahkan murid kalau murid pun berperangai macam tu. 

Macam-macam kerenah aku tengok tadi. Tapi, aku tak ada hak nak masuk campur kan. Tengok aje lah mampu. 

To the cikgu tabika yang berkenaan, please behave yourself. Act as one. Jangan perangai macam setan. Aku meluat nak tengok. Mungkin kau baca blog aku, mungkin kau tak baca. Aku just nak cakap, jangan melampau. Jangan ingt kau cikgu, kau banyak sangat pengalaman hidup. Yang lebih tua, lebih tahu even diorang tak belajar tinggi macam kau. 

Kau tu namanya belajar tinggi, tapi, otak pemikiran akal kau tu tinggi lutut je. Fikirlah sebelum kau nak bertindak or bercakap. Main lepas je. Entah pape. Muak la weyh. 

Nak BB ? :)

Malam ni ada bola. Main dekat stadium Darul Aman Alor Setar. Jam 8.45 malam ni. Kedah vs Perak. Means Ayah vs Mak, Huzair vs Tsya. He he he. Okeyh-okeyh. En BF sudah siap-siap nak pergi tengok bola. Tiket pon dah beli dia cakap. Tapi tadi tetiba, 

: B sokong Perak. 

: Okay, kalau Perak menang, kena bagi sayang hadiah.

: Hadiah apa?

: Emm, nanti nak fikir dulu.

: Nak BB? 

Ha ha ha. Kalau nak bagi, memang aku amek aje. Takkan orang bagi, korang nak tolak ye dok? Lainlah kalau bagi taik. 

Semalam membebel pasal BB sebab status dekat FaceBook, melambak yang guna BB ha. Adoi lah. Siap mintak no pin, tu yang sakit hati, geram. 

Ha ha ha. En BF cakap tunggu dia kaya sikit. Kalau dah kaya sikit, den mintak benda lain lah. Tak ada mintak BB ha. 

.................................................................

: I love you, gendot. :)

Monday, September 26, 2011

Suara En BF, macam Faizal Tahir :)

Hari tu aku ada cerita En BF datang sini kan?

Ha, hari Sabtu punya, sebab hari Ahad dia datang rumah terus. Kami pergi karaoke, dekat CS tuh aje. Boleh lah, tapi En BF kata sound dia tak best. En BF pulak, sangat in love dengan mike-mike (ooopss, jangan marah :p ), bila pergi karaoke. 

Tapi, aku tak berapa ingat sangat lagu-lagu yang dia nyanyi sebab ada lagu putus cinta, and lagu yang aku tak pernah dengar. But ada satu lagu nyanyian Yantzen. Itu kot nama dia. Tajuk lagu, aku tak ingat. Yang aku tahu, itu lagu first En BF nyanyi. Ha ha ha. 

Terkejut okeyh. Tak sangka suara dia tinggi, and nice to hear. Sedap di telinga aku. Memang sepanjang dia nyanyi, aku dengar and tengok dia je. Tapi segan sikit sebab his bestfren duk sengih-sengih kat sebelah bila En BF nyanyi duk tengok aku. Serius. Malu. He he he. 

Actually, ada satu rahsia. Meh nak bagitahu. AKU RAKAM EN BF NYANYI, tapi HILANG pulak. Takkan la tak save. Itu yang pelik tu. Adoi. Tapi, tak pe lah. Lain kali rakam lagi. 

Teringat pulak dulu-dulu, 7 tahun dulu, bila dia masuk koir. Comel kot. He he he. Rambut En BF, comel masa tu, sebab belah-belah tengah, pastu panjang ikut tepi. He he he. Tapi, sekarang dah tak ada pesyen rambut macam tuh dah. Sekarang lebih menarik, lebih aku suka. :p

......................................................................

: En BF punya minuman fav, baru aku tahu semalam. :) 


Semua mintak BB pin je.

Saya pakai Nokia 3310 je tau. Huh.

: Kak, meh pin BB.

: Hampeh, belikan akak satu la.

: Ala, yang lama saya dah bagi kakak betul saya. 

: Owh, kakak pun ada betul dengan tipu eyh? Habis akak ni kakak tipu lah? 

: Tak berapa nak tipu la, tapi yang pasti tak betul, tapi tetap kakak.

Ini budak ni dalam bahasa baik dia cakap aku tak betul. See. Adoih. Kakak pun ada betul dengan tak betul. Habis ai kena masuk wad sakit jiwa lah dik yer? Ha ha ha. So funny la budak ni. 

He always be the best 'adik tak betul' for me. Istilah adik angkat kononnya. Timbul when his friend tanya about me, so dia jawab aku kakak dia. Kakak angkat. Ha ha ha. Padahal jumpa pun, jarang sangat ha. Bukan jarang lagi, memang tak pun. Jumpa sekali dua but the relationship tu still on. Tak ada terus hilang. 

Same goes to his girlfriends, Amiera and Julia and the youngest one, adik Liena. I do like all of them, sebab being so nice and kind walaupun tak pernah berjumpa. Jumpa dalam FB aje. Haish, rindu nak merepek dengan korang lah kecik-kecik ku. :)

I love you all :)

............................................................

: En BF, miss you :)

Sunday, September 25, 2011

Thanks En BF, Love you :)

Hari ni terjadi satu peristiwa yang betul-betul buat aku gemuruh, gelisah, rasa nak menangis semua. Mujur ada En BF yang sentiasa di sisi tak tinggalkan aku langsung walaupun sekejap. Aish, lemah sungguh rasa. Hati jantung paru-paru macam nak tercabut. 

Air mata peneman setiap perempuan bila dalam kesusahan kan? Tapi, mine disimpan aje agar tak keluar menitik-nitik. Semua sebab En BF duk cakap, relax jangan nangis. Tak ada apa pun la. Dah settle dah semua. 

Thanks Sayang for being with me masa sayang duk susah-susah. And paling tak best bila terpaksa guna duit En BF. Tu yang lagi terasa kat hati tu. Terasa menyusahkan dia. Tapi he really know how to make me feel better. 

I love you. Please never ever go away from me, be with me whenever I need you. 

..........................................................................

: He is heading to Alor Setar now. Love him so much. Thank God for giving me such a great man. :)


Semoga beliau dirahmati ALLAH SWT :)

Hari ni taman perumahan kat sini sunyi sepi. Sebab semua melawat orang meninggal semalam. 

..................................................................

Semalam ada accident dekat Simpok. Remaja lelaki berusia 17 tahun, anak kawan ayah, dan kawan kepada adik. Arwah meninggal di tempat kejadian accident tuh. Rasa macam selalu tengok budak lelaki tu, ha la, sebab dia selalu datang amek adik pergi solat Jumaat. (Aku dah cerita ni semalam).

So, hari ni semua sunyi sepi, menziarahi arwah. 

Semoga beliau dirahmati Allah SWT. 

.................................................................

Mengikut kata mak, kalau seseorng tuh meninggal masa umur belum mencecah 20 tahun, dia meninggal dalam keadaan seperti kain putih. Macam bayi yang baru dilahirkan, dan segala dosanya terhapus. Ditolak 9 tahun kata mak. Sebab dia masih di bawah umur. Mak cakap dalam Islam, akil baligh seorang manusia bila mencapai umur 20 tahun keatas. 

Means if meninggal after 20, dosa kena tanggung sendiri lah. 

...............................................................

Tapi ada jugak yang nak bercintan sebelum 20 tahun. Kamu masih di bawah umur ye adik-adik !!


Saturday, September 24, 2011

Syok jugak bila dapat hadiah :)

Telinga berdesing kuat gila  tengahari tadi masa tengah cuci-cuci office. Serius takut sangat tadi, sebab setiap kali telinga aku berdesing, akan ada yang meninggal. Adoih. Dah pernah post entry telinga berdesing ni. Tak tahu lah kenapa setiap kali macam tu. Takut. 

And, malam ni ada yang meninggal. Takziah untuk keluarga arwah. Arwah kawan baik adik aku yang selalu datang rumah ajak adik pergi solat kat surau. 

.......................................................................

Hari ni, petang tadi En BF was here. In SP. Rindu gila. Nak cakap banyak-banyak dengan dia tapi segan sebab ada kawan dia jugak. So, banyak gelak je lah sebab En BF kelakar. Sweet juga. 

And masa jumpa tadi tetiba hulur beg plastik pink with the kotak. Aish, besar bonar kotak eyh. Ringan aje tapi. Ha ha ha. Dah agak dah dapat ape. Sangat somel. Takmau letak gambar dia kat sini. Ai je boleh tengok. Ha ha ha. Comel. Serius sangat sangat sangat suka!!!

Thanks B. Love you.

Then, pergi CS. Confirm lalu kat kedai-kedai handphone ye dok? Haish, mampu tengok dari jauh aje. Asal lah harga satu henpon sampai 5 6 ratus. Pikir banyak kali tau nak beli. Tapi yang 80hinggit tu taknak pulak. Ketuk kepala sendiri ye cik tsya. 

Eyh, sebenarnya, En BF tadi tuh tak fikir nak datang sini pun. Tanpa sengaja je datang. Rindu kamu lah B. 

...............................................................

: En BF, I miss you so much.


Friday, September 23, 2011

Pagoda lubang-lubang aje..

.
.
.
.
.
.

: Malam ni keluar dengan Azre. Dia ajak pergi kenduri.

Tu, En BF buat report. So sweet kan? Bukan aku mengongkong ke ape. Tak. Semua dia willing nak bagitahu. So, aku pun kena amek tahu la. Lagipun, aku pun jenis macam ni. Akan cakap apa aku buat, pergi mana. 

Bukan sebab percaya tak percaya. Just in case. Kalau ada apa-apa jadi, sekurangnya kita tahu dia ada di mana, dan dengan siapa supaya senang kita nak cari dia. Kan?

: Okeyh. Takmau pakai baju kaler hitam gambar kaler kelabu lagi okeyh?

: Tak, pakai baju melayu, maroon.

: Ha ha ha. Jangan pergi buat muka comel dekat kenduri tu nanti.

: Tak, malam ni lebai-lebai aje datang. 

: Okeyh, esok-esok. He he he.

: Okay, esok B pakai baju pagoda lubang-lubang je pergi kenduri. 

Nah, amek kau. Banyak sangat mulut, membebel aje. Ha ha ha. Kan En BF dah buat lawak macam tuh. Aku gelak sakan. Ha la. Dengan mimik muka dia sekali. Mau tak gelak. 

Tapi aku mengaku lah aku agak cemburu orangnya. Memang tak suka, kalau tetiba ada perempuan yang gedik-gedik, itu ini, haish, itu memang nak suruh aku lastik la tu. Sekarang lelaki dah sama banyak dengan perempuan. Jangan nak cari alasan nak amek hak orang lain. Even belum jadi hak sebenar-benar hak, tapi dah kena cop ok

.............................................................

En BF comel bila bervideo cam. Aku pun tak tahu kenapa. Walaupun tak mandi. Eyh, dia yang tak mandi. Ataupun sebenarnya saya rindu awak lah En BF. He he he.

: En BF, jom ngedate. Mahu? :p

Thursday, September 22, 2011

Saya tunggu !!!

Planning nak pergi Alor Setar to meet my sweet hunny bunny, tapi tak jadi. 

: Sayang, nak pergi umah sayang Ahad ni. Boleh tak?

Eyh, mestilah boleh. Gila tak boleh. 

: Dengan siapa?

: Sorang lah Sayang. 

:Okey, tapi B berani ke? (wondering)

: Berani je. 

En BF ai nak datang rumah Ahad ni, tapi aku belum bagitahu mak lagi. Nak tunggu Sabtu baru nak gebang kat mak. Tapi, berani dia nak datang sorang. Aku pergi rumah dia berteman, dia datang sorang-sorang. Are you sure you berani dear? He he he. Well, I'll wait for you darling. Tak sabar menunggu hari Ahad. Nak tengok reaksi En BF bila  jumpa mak. Ayah tak ada sebab ayah kerja. :)

..................................................................

Tidur mimpi henpon. Boleh camtu? Adoi. Parah ni. Ha ha ha. 

Cik Tsya, tak yah beli dulu yer. Simpan duit dulu yer. Nanti dah ada duit beli yer. Pakai ler henpon lama tuh dulu. Selagi tak lingkup. (sesi pujuk diri sendiri) 

.................................................................

: En BF, datang tau. Sayang tunggu. :)

Monday, September 19, 2011

Ado yang nak bagi den tak??? :)

Tak habis lagi pasal birthday aku yer. 

Kalau orang tanya apa yang aku nak buat masa ni untuk hadiah harijadi, aku nak HENPON. Sebab henpon yang duk ada ni, satu dah rosak memang jem terus tak boleh guna, so no maxis aku tak ber-on lama dah. And yang lagi satu tu boleh untuk mesej je gara-gara berenang dalam air hujan. Kalau nak calling-calling sangat susah sebab kena pakai earphone. Susah sebab aku pakai shawl pastu nak letak earphone pulak bila orang call. Susah okeyh.

Tapi, masalahnya siapa yang nak bagi HENPON untuk hadiah harijadi. Kumpul duit pun, tak cukup lagi ha. Mestio ada suruh aku beli HP 80rm tu kan? Huhu nak demand sikit boleh. Takmau henpon tuh. Ha ha ha. Actually, merancang untuk beli jugak HP 80rm tuh, tapi untuk second phone lah, untuk main, nak la yang canggih sikit. Ye  dok? 

Siapa nak bagi? 

Hm, tak ada pun kan. 

Duit owh duit. Jatuh la ke ribaku sekarang. Guwa mawu HENPON baru. 

.....................................................................

: En BF selamat sampai ke Gerik. Sayang dia ketat-ketat. 

Sunday, September 18, 2011

Kreko :/

Tak sangka cepat En BF baca blog hari ni.

And I got a message from him

: Terabai ?

Hm, itu cuma perasaan. Kenapa rasa macam tu, aku sendiri pun tak tahu. Huh, dah macam orang pregnant pulak ha, nak terasa bagai. Eyh, tadi kan dah makan asam? Apa lagi tak kena cik Tsya oit.

Ha ha ha. Feeling kreko ni tak tahu la makin kerap nak kacau-kacau berfikir bukan-bukan. Bongok betoi lah.

....................................................................

: Mish ya En BF. Okeyh, sayang kreko tak dalam satu hari post empat entry? Ha ha ha.

Sad Sunday for me :(

Rasa TERABAI 































Why??

....................................................................

: En BF, I miss you so fucking damn much.

Mahabbah Aidilfitri 2011 :)

Alhamdulillah. Setelah lama merancang untuk berjumpa, akhirnya, dapat jugak jumpa. Walaupun tanpa semua ahli. 


Ini teman-teman sekolah rendah. Semua dah berubah. Dah jadi macam-macam. Bila ingat balik kenakalan masing-masing especially budak-budak lelaki, rasa macam tak percaya je. Ada jugak yang dah kahwin. Bahagia melihat teman-teman kahwin. Aku bila lagi? Tunggulah. :)

Owh, kami jumpa masa minggu kedua raya puasa hari tu. 9hb September 2011. Perjumpaan pertama aku dengan diorang setelah 11 tahun tak jumpa. 

: Tsya, ang sekarang tak macam dulu dah kan? Dah tinggi sikit.

Komen pertama dari Naim. Adoilah. Belasah jugak budak ni. 

: Tsya, ang dah banyak cakap sekarang eyh. Dulu bukan main diam. 

Ha ha ha. Mestilah. Aku membesar dalam kalangan orang-orang yang banyak cakap. Haruslah aku banyak cakap jugak. 

......................................................................

: En BF, rindu awak :)

Nak request En BF nyanyi lagu birthday kat saya boleh ? :)

Terima kasih banyak-banyak pada kawan-kawan, saudara mara yang wish Happy Birthday dekat saya :)

Tapi birthday tahun ni tak meriah sangat. Mak ayah ikut trip adik pergi Perlis, adik-adik lain semua tak ada, and tak wish pun. Mak aje yang wish itu pun setelah diingatkan. Adoi. Sampai merajuk-merajuk saya dibuatnya. Dan orang pertama yang wish birthday saya bukan family, dan juga bukan En BF. Its Tieha. Ha ha ha. Thru Facebook. And En BF no. 2. Actually a day before ada tiga orang dah wish. Satu, saja nak advance. Dua lagi tu, silap tarikh. Haiyaa. Takmau kira awal. Ha ha ha.

When its your birthday, you wish your family and your boyfriend to call you ryte? So do I. But En BF saya tak faham isi hati saya. Saya pun tak tahu kenapa dia tak faham. Pelik jugak. Semalam dah mengamuk-ngamuk dekat dia dekat YM, tapi dia still tak call jugak. Last-last saya terasa sorang-sorang. And pujuk diri sorang-sorang. En BF penat kot. Banyak buat lawatan dua tiga hari ni. Semua tempat nak pergi. 

Tapi, even mengamuk, tetiba cakap I LOVE YOU B. Ha ha ha. En BF pun gelakkan saya. Adoii. Habis dah saya sayang awak, memang saya cakap je lah. Takkan saya nak cakap I hate you kan? He he he. 

Owh, hadiah harijadi. Mak ayah je bagi. Mereka belikan saya baju tidur dua pasang, dan shirt dua helai. Ha ha ha. My mom always know what kind of baju the daughter nak. Plus, mak tahu anak dia ni kalau beli baju mesti nak match dengan tudung. Kalau tak, mengamuk dua tiga hari, muka masam dua tiga hari baru baik. He he he. Tak boleh nak ubah perangai yang satu tu. Macam mana eyh?

Lagi, dari En BF, tak ada. Plus dia jauh dari mata saya. So, mungkin tak ada dari dia. Tak ada pun takpe, asalkan dia ada. Cukup lah. Asalkan dia sayang saya, itu pun cukup. 

Anyway, thanks for those yang wish Happy Birthday untuk saya. Thanks for mak beli baju untuk Sya. 

......................................................

: En BF, thanks untuk lagu itu. Sedap dengar. He he he. I love you. Wish you love me too. :)

Saturday, September 17, 2011

Sentimental Saturday kah? Kreko..

Esok Sabtu. 

Aish, terasa macam sedih sangat. Tapi, apa dia yang sedih sangat tu cik Tsya. Tak tahu la. 

En BF pulak keletihan. So, dia tak peduli sangat la hati perasaan aku malam ni. Selalu memang macam tu pun, kalau dia letih sangat, aku memang kacau sikit-sikit je. Kalau kacau banyak-banyak kang, tak pasal air mata aku meleleh ke pipi. Sedar-sedar dah basah je pipi ha. 

Tapi serius. Touching lebih pasaipa tak tau la. Gila dah kot. :)

Selamat malam semua !!

.................................................................

: En BF, rehat dengan cukup okay. Love you. :)

Friday, September 16, 2011

Perihalku #1

Aku seorang yang sensitif sebenarnya. Aku mudah terasa. Tapi walau macam tuh, aku bukan jenis yang nak buat muka terasa. Aku akan buat bodoh je. Tahan je sudah. Kalau aku terasa sangat pun aku menangis sorang-sorang. Itu je. Paling teruk pun aku balas dengan kata-kata. 

Aku tak boleh tertekan. Airmata akan jadi teman aku kalau aku tertekan. Tapi, yang best kalau aku menangis macam mana pun, mata aku tak akan merah teruk macam sesetengah orang. Tak akan nampak kesan nangis pun. Dua tiga minit merah pastu hilang. So orang tak boleh detect aku menangis. Ha ha ha. 

Aku suka berfikir. Macam-macam aku fikir sampai aku sendiri tak tahu mana patut fikir mana tak patut fikir. Adoilah. Ini yang buat aku tertekan ni. Ha ha ha. 

Aku even sensitif tapi aku elakkan merajuk-merajuk. Aku cuba elakkan. Aku jarang nak merajuk. Dengan En BF, belum pernah aku merajuk. Sebab aku tahu, aku tak akan dipujuk. So, I trained my self supaya if rasa macam merajuk tuh, sila pujuk hati dan diri dengan sendiri. If not, akan makan diri sebab tak ada siapa yang nak pujuk kau. Tapi, teringin untuk rasa dipujuk. Ha ha ha. 

Aku tak suka cari gaduh. Aku tak suka cari pasal. Aku tak suka buat hal. Kalau ada bunga gaduh dengan sesiapa tu, aku akan cuba tak bergaduh. Tapi, if orang cari pasal dengan aku, itu kali akhir dia cari pasal. Sebab lepas tu, aku akan buat tak kenal je dengan orang-orang macam ni. Dengan En BF, ada jugak gaduh, krisis bagai, tapi biasalah. Hubungan mana yang tak bergaduh. Tapi, sebolehnya aku kawal suara aku. Masih maintain macam tak ada apa hal. Tinggi suara? Dengan adik beradik aku je. Dengan orang lain tak ade. 

Ada orang cakap mulut aku laser. Laser kalau kau cari pasal dengan aku. Memang kau dapat la habuan. Ha ha ha. Padan muka kalau ada yang pernah kena. Sape suruh kacau hidup aku. Nasib lah. 

Ini serba sedikit perangai aku. Ada banyak lagi. Sekali sekala berkongsi perangai busuk. Tak salah kot :)

...........................................................................

: En BF, saya harap awak masih sayang saya even saya ni kadang-kadang serabutkan pikiran awak. :) Love you a lot B. 

Thursday, September 15, 2011

Sebab sayang lah :)

Kepingin punya anak sendiri, dilahirkan dari rahim sendiri. Bila? Wallahualam. 

....................................................................


Owh, nak sambung cerita kelmarin. 

Jumpa dengan mak ayah En BF. Seronok tapi nervous, gelisah semua ada. Sebab itu first time seorang lelaki yang berstatus kekasih bawak aku jumpa mak ayah. Actually aku cakap kat dia nak jumpa parents dia. Tak sangka dia tunaikan, sebab aku sendiri pun tak yakin nak jumpa ha. Bila tanya En BF, jawapan senang dia bagi.


: Sebab sayang lah. Sebab B sayang kat sayang. Kalau tak, tak ada nak bawak jumpa. 

Okeyh, saya pun sayang awak En BF. He he he. 

Bersembang dengan mak En BF, even nervous ayat semua lekat kat anak tekak ayat-ayat semua, tetap gagahkan jugak. Takkan nak jadi batu aje, ye dok? Bertanya jugak la. Yang best nya mak En BF, guna loghat utara dengan aku. Aku apa lagi, bantai speaking Kedah la. Ha ha ha. 

Padahal dengan En BF, berlagak gila kami. Cakap bahasa standard, tak ada loghat-loghat ha. Macam asal Kuala Lumpur. Asal usul padahal satu daerah aje. Daerah Hulu Perak. Lawak betul. Tapi serius, aku and En BF selesa guna bahasa standard, sebab masa kat sekolah pun cakap macam tu, plus member-member semua cakap macam kami. 

Okeyh, back to story. Sembang dekat dua jam jugak. Pastu, biasalah kalau anak dara. Kena faham sesuatu okeyh. Kalau anak dara, pergi rumah orang-orang mana pun, HARUSLAH mengangkat pinggan mangkuk cawan segala yang dah guna letak di sinki, dan SILA BASUH SAMPAI BERKILAT. 

Ha, ini kena ingta. Even makcik tuh berbuih mulut dia cakap jangan jangan jangan, buat jugak yer. Sebab itu macam nak test si anak dara ni biasa idak ke dapur. 

Ha ha ha. Itulah yang aku biasa buat sekarang ni. Kalau dulu, harapan aje ye. Pemalas sikit. Sekarang ha baru buat macam tuh. Kalau tak nanti, tak ada yang nak buat menantu. Menangis ha aku. Ha ha ha. 

Sempat jugak dalam duk basuh pinggan tu, pusing-pusing keliling, tengok semua ceruk rumah, belakang rumah semua. Ha ha ha. Aku suka rumah dia. Persekitaran kampung. Memang aku suka. 

Lepas tu, balik lah. Apa lagi kan. Ha ha ha. 

Rindu En BF. 

..................................................................

: En BF, cepat balik tau. Love you. :)

Wednesday, September 14, 2011

Sayang, kahwin nanti pengantin jangan lambat :)

Ahad lepas. Aku ke Gerik, Perak Darul Ridzuan. 

Heading to Kampung Padang Kunyit. Rumah siapa lagi. Rumah En BF. Kebetulan dia dapat balik sebab kena ambil kursus di ALAM. Kursus apa tu, aku tak pandai nak sebut. Bridge apa tah. 

Mula-mula janji sampai pukul 12 tengahari. Tapi bertolak dari sini dah lambat. Dengan hujan and sebagainya. Lepas tu, aku berperangai budak pagi-pagi hari tak tahu kenapa. Kemudian gerak dari rumah pukul 10.15, pergi ambil Cik Wani di Tikam Batu. Lepas tu, mak pesan singgah rumah makngah hantar makanan. Kemudian, dah sampai rumah makngah mesti nak duduk-duduk, minum air bagai. Jam dah 12 tengahari. En BF dah tanya bila nak sampai.

Kemudian dekat pukul 1 petang, baru gerak pergi Gerik, which kena pergi Maybank dulu sebab makngah mintak tolong. Adoi lah. Macam-macam sungguh. Pening kepala den ha. 

Dapat satu mesej dari En BF

: Sayang, nanti kahwin pengantin jangan lambat. 

Ha, kan dah kena. Janji waktu lain, sampai waktu lain. 

Sampai pukul 2 petang. Tengok En BF, dia dah berisi sikit. Berat dia pun dah naik sikit kata dia. Alhamdulillah cukup makan lah tu. :)

Jumpa mak En BF, nervous gila. Sangat-sangat. Nak cakap macam-macam tapi semua lekat kat anak tekak. Adoi lah. Mujur bawak adik-adik, so, ada diorang tak ada la takut sangat. 

Hoh, kena out dah. Nanti sambung lagi. Salam. 

Saturday, September 10, 2011

Sekali Lagi

Sekali lagi. 

Aku tak alert dengan hati and perasaan En BF. Aku tak sedar dalam aku bergurau senda, bergelak ketawa, En BF sedang kecik hati. 

I am so sorry dear. Tak sengaja. Well, promised wont do that again. Patutlah macam ada yang tak kena. 

Yes aku mengaku yang aku agak kasar kalau bergurau. Dulu pernah buat sekali, ini sekali lagi. Aku lupa En BF seorang yang sensitif. Itulah manusia, kadang-kadang terlupa nak fikir hati perasaan orang lain bila cakap sesuatu or dah buat sesuatu. Inilah orang cakap 'bertindak tanpa berfikir'. 

Harap-harap En BF, tak terasa lama-lama. Saya sayang awak, AHMAD HUZAIR. :)

Thursday, September 8, 2011

MAri tengok ni. Cepat !!!!

MONDAY = AWESOME (by Aiman Razak :p )

TUESDAY = _______________

WEDNESDAY = WORDLESS

THURSDAY = SPONTANEOUS

FRIDAY = ________________

SATURDAY = SENTIMENTAL ( By Aiman Razak. :p )

SUNDAY = _______________


Fill in the blank please. :-))

Wednesday, September 7, 2011

Reunion :)

Reunion 6 Bernas tahun 2000. 

Mesej one of them, siap boleh cakap, 

: Awak siapa eyh? 

Okay, geram tapi tak apa. Sebab aku pun tak berapa ingat budak yang tanya tuh. 

Ha ha ha. InsyaAllah ada small gathering this coming Friday. Malam for sure. Siang, penuh dengan kerja. And, I hope rancangan ini menjadi. 

Smile always. 

..............................................................

: En BF janji untuk telefon malam esok. He he he. Suka. 


No titLE :)

Blog aku penuh dengan kisah En BF aku kan? He he he. Apa-apa lah. Asalkan aku bahagia, En BF bahagia. Dah cukup dah. 

Nak cerita pasal hari ni la. Tapi, sebelum tu nak cakap yang En BF sudah ada di Malaysia, yang membawa maksud aku boleh bermesej-mesej dengan En BF. Calling-calling macam tak boleh lagi. Kena tunggu sikit masa lagi. Kan B? He he he. 

Hari ni, hari kedua bos tak masuk pejabat. Jadi, macam biasa pejabat berubah jadi tempat jual ikan, yang aku nak maksudkan ialah suasana bising tu. Well, nevermind, at least tak ada lah rasa tegang sangat bila bos tak ada. Relax je kerja. 

Hari ni, pergi kerja naik motorsikal. Sakit bontot pula rasa. Sebab terbiasa bawak kereta sejak-sejak hujan hari tu, so, duk nak bawak kereta aje. Haish mengada betul. Nak naik tahu, isi minyak tak tahu. Ha ha ha. Tu yang kena naik motor tu. 

Actually ada sesuatu yang nak cakap, tapi tiba-tiba lupa and blur. So, tidur lagi bagus. Esok-esok update lain bila dah ingat. 

SELAMAT MALAM

.....................................................................

: En BF, mimpi sayang okeyh? He he he. 

Sunday, September 4, 2011

I believe I am beautiful if I hear it from you En BF

Aku tahu aku seorang gadis yang sangat cantik, which I mean SEDERHANA CANTIK. 

Aku perasan sendiri? Sukahati lah. Ha ha ha. 

Kita semua tahu, taste manusia ni macam-macam. Kalau aku kata cantik, kau kata tak. Kalau aku kata tak cantik, kau cakap cantik. Jadi, mana-mana aje lah ikut kesukaan mata hati sendiri. Itu terpulang kepada hak individu. Cantik itu kan subjektif. He he he. 

Actually, ada lelaki yang cakap aku ni cantik di mata diorang. Mesti korang terasa nak baling aku dengan mangkuk pinggan kan? He he he. Tapi, serius aku tak rasa apa pun. Bangga diri lagi lah tidak. Hanya rasa berterima kasih kerana pujian yang entah ikhlas atau tidak tu. 

Sebab aku cuma rasa bangga if En BF yang puji. Dia tak ada cakap aku cantik pun. So, sangat nak dengar dari mulut dia, tapi harapan aje lah. Memang tak lah dia nak cakap macam tu, tapi dia pandai ambil hati. Dia kata aku COMEL. Okay, memang kembang kuncup even terasa macam kena perli. Tapi, sebab En BF yang cakap, tak kisahlah. Means aku memang comel lah. Ha ha ha. 

sekadar gambar hiasan 


Rasa bangga okay, sebab dia cakap macam tu sekali sekala je. Kalau cakap selalu nampak sangat membodek Cik GF. Ye dok? 

: En BF, bila nak puji sayang lagi? Ha ha ha. ME LOVE YOU. 




Love me the way anyone never been love

The tajuk taken from filem MILENGE MILENGE. Kalau tak salah itulah ayat yang aku dengar tadik.

........................................................................

Tiba-tiba terasa jauh hati dengan En BF. Jauh hati means terasa, bukan jauh hati lain. 

Me and him, contact each other by email. Tak tahu sebab rasa jauh hati. 

Hm, dia sibuk agaknya. Macam dia pernah bagitau dulu. Waktu-waktu macam ni, dia ada banyak kerja nak kena buat. 

I MISS HIM. I LOVE HIM. 

Bila rindu, kadang-kadang menitis jugak air mata ni. Tahu-tahu dah basah pipi. 


: amat merindui kamu En BF. 


Friday, September 2, 2011

Budak handsome datang rumah hari ni !!!

Ha ha ha ha

7 malam.

: Kak, orang nak gi rumah ni.

Ha, ini budak bertuah. Penat ha tunggu dia sehari suntuk.

Mohd Hasrul Nizam with Fara Echott datang rumah tadi petang. Bukan petang, tapi malam dah ha. 

Thanks for coming dear. Memang budak ni datang sebab aku paksa. Kan Ejam? He he he. Kalau tak paksa, mesti tak datang punya. 

He is talkative. Peramah. 

My mom cakap budak ni memang manja, sebab anak laki bongsu. Dia ada dua abang, satu adik, tapi tetap manja jugak. Dari cakap mak aku la. Mak cakap jugak, kalau kecik-kecik dulu, dia nak mintak dukung, kena dukung la. Manja. Ha ha ha. Tak sangka. 

Well, jumpa balik pun sebab kenduri cousin hari tu. Kalau tak sampai sekarang pun tak kenal ha. Meyh tengok budak handsome tu. Jom jom jom. He he he


Handsome tak? :p


Ini cik Echott aka Fara yang dia bawak tadi. 


Thanks to FB sebab membenarkan saya mencurik gambar-gambar ini. He he he.

...............................................................

: Rindu En BF. I miss you damn much. Love a lot.