Kepingin punya anak sendiri, dilahirkan dari rahim sendiri. Bila? Wallahualam.
....................................................................
Owh, nak sambung cerita kelmarin.
Jumpa dengan mak ayah En BF. Seronok tapi nervous, gelisah semua ada. Sebab itu first time seorang lelaki yang berstatus kekasih bawak aku jumpa mak ayah. Actually aku cakap kat dia nak jumpa parents dia. Tak sangka dia tunaikan, sebab aku sendiri pun tak yakin nak jumpa ha. Bila tanya En BF, jawapan senang dia bagi.
: Sebab sayang lah. Sebab B sayang kat sayang. Kalau tak, tak ada nak bawak jumpa.
Okeyh, saya pun sayang awak En BF. He he he.
Bersembang dengan mak En BF, even nervous ayat semua lekat kat anak tekak ayat-ayat semua, tetap gagahkan jugak. Takkan nak jadi batu aje, ye dok? Bertanya jugak la. Yang best nya mak En BF, guna loghat utara dengan aku. Aku apa lagi, bantai speaking Kedah la. Ha ha ha.
Padahal dengan En BF, berlagak gila kami. Cakap bahasa standard, tak ada loghat-loghat ha. Macam asal Kuala Lumpur. Asal usul padahal satu daerah aje. Daerah Hulu Perak. Lawak betul. Tapi serius, aku and En BF selesa guna bahasa standard, sebab masa kat sekolah pun cakap macam tu, plus member-member semua cakap macam kami.
Okeyh, back to story. Sembang dekat dua jam jugak. Pastu, biasalah kalau anak dara. Kena faham sesuatu okeyh. Kalau anak dara, pergi rumah orang-orang mana pun, HARUSLAH mengangkat pinggan mangkuk cawan segala yang dah guna letak di sinki, dan SILA BASUH SAMPAI BERKILAT.
Ha, ini kena ingta. Even makcik tuh berbuih mulut dia cakap jangan jangan jangan, buat jugak yer. Sebab itu macam nak test si anak dara ni biasa idak ke dapur.
Ha ha ha. Itulah yang aku biasa buat sekarang ni. Kalau dulu, harapan aje ye. Pemalas sikit. Sekarang ha baru buat macam tuh. Kalau tak nanti, tak ada yang nak buat menantu. Menangis ha aku. Ha ha ha.
Sempat jugak dalam duk basuh pinggan tu, pusing-pusing keliling, tengok semua ceruk rumah, belakang rumah semua. Ha ha ha. Aku suka rumah dia. Persekitaran kampung. Memang aku suka.
Lepas tu, balik lah. Apa lagi kan. Ha ha ha.
Rindu En BF.
..................................................................
: En BF, cepat balik tau. Love you. :)
1 comment:
best!!!!!!!!!! :) untunglah~
Post a Comment