Malam ni ikut mak pergi mesyuarat dengan cikgu-cikgu tabika Kemas, lepas tu, ingat nak pergi CC, tapi dekat situ tak ada pulak. Haish, bila la nak setel masalah aku ni.
Okeyh, mak pergi mesyuarat tu sebab kes jamuan tak tahu tempat nak buat kat mana. Padahal dah set time dah. Actually mereka-mereka ni bermasalah since dulu lagi. Sejak adik masuk bola sepak wakil parlimen. Lepas tu, ada pulak cikgu-cikgu tabika yang tak puas hati dengan waris-waris budak-budak and cikgu-cikgu lain. lepas tu, tuduh sesama sendiri. Adoi.
Letih bila balik kerja asyik dengar pasal bola sepak. Budak-budak selalu tak ada masalah. Yang sibuk nak bertelagah bagai adalah yang dewasa ni. Konon berbincang, tapi perbincangan yang tak membawa kepada penyelesaian, sebaliknya pergaduhan, perbalahan mulut. Mujur tak sinsing lengan baju aje. Aku yang mendengar ni dah naik muak.
Cikgu-cikgu tabika ni pulak umur lebih kurang baya-baya aku aje. Tapi kurang ajar jugak perangai. Kurang ajar dengan orang yang lebih tua, dengan waris-waris pada anak-anak tabika. Aku pun tak faham. Memang boleh if nak bercakap dengan orang-orang lain, tapi bila ada sifat kurang ajar yang melampau, siapa boleh tahan.
Kalau aku, memang aku kurang ajar lebih bila orang kurang ajar dengan aku. Setakat sekali dua okey lagi, tapi bila dah banyak kali, memang mintak penyepak. Aku tak sepak bola, aku sepak kau. Ha, itu dah tahap parah.
Ini perangai segelintir dari cikgu-cikgu tabika. Umur macam aku memang boleh dikatakan tak matang lagi, cepat terasa, cepat melenting, tapi sebagai seorang guru, harus tanamkan sikap yang bagus. Bukan sikap yang macam tu. Bila cikgu berperangai macam tu, jangan salahkan murid kalau murid pun berperangai macam tu.
Macam-macam kerenah aku tengok tadi. Tapi, aku tak ada hak nak masuk campur kan. Tengok aje lah mampu.
To the cikgu tabika yang berkenaan, please behave yourself. Act as one. Jangan perangai macam setan. Aku meluat nak tengok. Mungkin kau baca blog aku, mungkin kau tak baca. Aku just nak cakap, jangan melampau. Jangan ingt kau cikgu, kau banyak sangat pengalaman hidup. Yang lebih tua, lebih tahu even diorang tak belajar tinggi macam kau.
Kau tu namanya belajar tinggi, tapi, otak pemikiran akal kau tu tinggi lutut je. Fikirlah sebelum kau nak bertindak or bercakap. Main lepas je. Entah pape. Muak la weyh.
1 comment:
sabor! apekehal la cikgu belagak mcm tu kn!
Post a Comment