Followers

Friday, December 30, 2011

Happy time :))

Hai hai hai semua!! 

Happy. Tapi sebenarnya ada masalah. Mungkin dah selesai kot. Entahlah. 

Ni nak story. Beberapa minggu kebelakangan ni, aku duk melayan Korea, KPOP, and segala yang berkaitan dengan artis dari negara tu lah. Bulan ni aku melayan rancangan realiti Korea, "We Got Married". Kalau yang minat Korean artist mesti tahu apa yang aku cakap. 

Tapi, yang aku layan yang tahun lepas punya. Song Ga In and Jo Kwon, Yong Hwa and Seo Hyun, Victoria and Nichkun. Tahun 2011 yang latest tak tahu sape. Cerita ni memang bagi aku gelak sepanjang masa. Especially Ga In and Jo Kwon. Really nice to see them together in the show. 

Dan sebab cerita ni jugak aku kenal artis-artis Korea. Ha ha ha. Dari tak kenal langsung, aku dah kenal sikit demi sikit. Pelakon-pelakon yang aku tak kenal pun aku dah kenal. Dah macam addicted pulak to them. Serius suka dengan diorang.

Actually lagu-lagu diorang pun best. Macam Yong Hwa. Lagu dia best. Layan la. Suara dia pun sedap. 

Okeyh, dalam banyak banyak band kat sana, aku suka CN Blue and 2AM. Syok. Satu rock satu ballad. Layan je. 

He he he. 

....................................................................

: Miss you :)) Love you :))

Thursday, December 29, 2011

Nasib aku baik :))

Kelmarin, hampir-hampir nak kena langgar. Dua kali pulak tu. Aish. Sabar je la. Nak kata aku berangan tak jugak. Nak kata orang-orang tuh tak pandai bawak kereta, tipu pulak. Tapi serius rasa macam nak tercabut jantung. Sebab sipi-sipi je. Kalau aku tak elak sikit, confirm masuk paper pagi ni. Sebab kereta tu laju gila pecut nak pi mana pun tak tau. Padahal depan lampu merah kot.

Huh. Nasib aku selamat.

Kemudian, dengan lori. Aku selalu ada masalah dengan lori kan? Tak habis-habis dengan lori puaka. Semalam dengan lori panjang. Sikit lagi nak masuk bawah lori tu. Elok aku angkat kepala, aku duduk betul-betul kat depan tayar lori. Kat tengah-tengah tu. Kalau senget sikit kepala, dah boleh terlanggar badan dia. Adoi. 

Kecut perut aku. Jantung ni dub dab dub dab. Haish. Tapi, nasib baik aku sempat mengelak. Sabar je lah.

Tapi entahlah siapa salah siapa tak salah. Mungkin aku lalai kot. Aku tak nak mati lagi. Banyak lagi belum aku buat.

Ya Allah, panjangkanlah umur hamba-Mu ini. Amin. :))

.....................................................................

: Berhati-hati di mana jua. :))

Monday, December 26, 2011

Forgive Me :))

Sepatutnya perbualan berakhir dengan bahagia. But I have ruined all the happiness.

I am so SORRY.

Mentioning another boy's name to see whether you are jealous or not, such a big mistake. What the hell I am doing.

Sorry for everything. 

Saya tahu awak marah. :))

Bodohkan? Buat sesuatu konon nak tengok sejauh mana tahap cemburu, but I think I've gone too far. 

One thing I hope from you. Jangan cakap awak tak kisah. Bila awak cakap macam tu, saya rasa awak memang tak kisahkan saya langsung. 

Tapi, bila fikir awak marah, awak cemburu, saya happy. 

Kali ni saya melampau sikit. Huuu. BUT, PLEASE FORGIVE ME :))

......................................................

: Aishiteru :))

Sunday, December 25, 2011

She's nice :))

Aku banyak kawan, tapi kawan biasa. 

Kawan baik? Ha ha ha. Aku tak ada ramai kawan baik. Cuma beberapa orang. Yang aku berkongsi masalah sebenar-benarnya cuma empat orang. They just give me a lot of advice. Ha ha ha. Termasuk En BF. One of my besties. More than besties. 

Dan sekarang, dah ada satu lagi kawan baik. Baru kenal tahun ni. Tak pernah jumpa, tapi I know dia baik. She's  nice. Very very nice. Alhamdulillah. Syukur. Dapat seorang lagi kawan baru, yang aku dah anggap dia kawan baik aku. InsyaAllah, satu masa nanti akan berjumpa. Bila, di mana, entah lah. Masa akan tentukan. :))

Aku harap dia tetap akan jadi kawan aku sampai bila-bila. :))

Nice to know you dear. :)) Love always. 

...............................................................

: Abang, nanti kita jumpa kawan baru sayang yer?? :)) hehe. 

Friday, December 23, 2011

Bila tahu diri distalker :))

Terasa macam retis pulak. Ha ha ha.

Serius. Terkejut bila tahu ada yang ambil tahu pasal diri kita dalam senyap. Wujud lagi aku dalam dunia dia? Ingatkan dah hilang dah aku dalam hidup dia. 

Mungkin dia nak tahu perkembangan diri aku. Melihat kebahagiaan diri aku yang sememangnya sangat bahagia ni. Tak apa. Sukahati la. Nak baca, baca. Nak ambil tahu, ambil tahu. Aku tak kisah. 

Alhamdulillah lah kalau masih ingat aku ni. Even macam-macam dah berlaku. Even macam-macam masalah. 

Ha ha ha. Mesti ada yang terasa bila aku tulis macam ni. Sukahati kau lah nak terasa ke apa. Cuma tak sangka masih amek tahu pasal aku. 

Terharu?

Tak langsung. Ha ha ha.

............................................................

: To my sweethoneybunny, kite dah dua hari tak bercakap ni. :)) Miss you :))

Sunday, December 18, 2011

Atilia & Me :))

Nak gelak besar besar besar sangat. Tapi, sangat berterima kasih dengan En BF. Thanks yer makes me happy malam ni. :)) Thanks a lot for being such a beautiful, sweet and handsome guy for me. :))

Okey okey. Benda yang buat aku nak tergelak sangat tu, is when En BF cakap muka aku macam Atilia. Mula-mula macam duk berfikir, eyh, ye ke? Then, bila tanya kt En BF, beliau cakap sama dekat mata. Eyh?? Ye ke??

Do we look alike?? 

Meh kite tengok. Sama tak. Hikhikhik. 


Ada sama ke? (ohh, maaf satu muka besar, satu muka kecit)

Ha ha ha. Muka artis tu sikit punya cun, nak sama pulak dengan aku yang memang banyakkkkk cun ni. 

Entah lah. Mungkin En BF ni sangat rindu saya, so bila En BF tengok Atilia ni, dia nampak muka aku dah. Kan? Logic kalau macam tu kan? He he he. Dah dua kali dia cakap macam ni. Tapi, bila tengok Atilia je En BF cakap nampak sama. 

Bila tengok Siti Nur Haliza, tak da sama eyh En Huzair? Hikhikhik. :p

.....................................................................

: Lagi artis mana muka macam guwe?? ha ha ha 

People never stop asking & talking :p

When you're single, people ask about a partner.

When you have a fiance, they ask about a wedding.
When you get married, they ask when will you have a baby?
When you have 1 child, they ask when is the little brother or sister coming?
When you have another one they ask, why are you having all these children? When you get...... divorced, they ask why?
If you move on, they ask why so quickly?
People will NEVER STOP ASKING & TALKING...
IF YOU'RE PROUD OF WHO YOU ARE &
YOU DON'T CARE ABOUT WHAT PEOPLE THINK ABOUT YOU


Copied this from a friend. Her status on FB. Dan rasanya dah banyak kali baca, but hari ni terasa nak komen pasal ayat-ayat kat atas ni.

Sesetengah orang akan cakap orang yang suka bertanya macam ni penyibuk. Kalau macam tu, aku ni penyibuk lah ye :)) Yes, I am. Sebab I do love asking people these questions. I just wanna know. Itu aje. But, pertanyaan tu kalau tak nak jawab, setakat senyum will be okay for me. 

Lagipun, lumrah kalau seorang yang bernama manusia bertanya. itu bermaksud, seseorang tu alert dengan diri anda. Bukan senang tau tetiba pergi dekat someone tuh and tanya terus semua soalan ni. Semua soalan ni timbul pun mesti lepas berborak pasal benda-benda lain dulu kan??

Kalau rasa rasa taknak ditanya tuh, sila duduk di rumah diam diam tak payah keluar, so tak ada lah orang yang nak tanya lagi. 

....................................................................

: Just need you :))

Saturday, December 17, 2011

Pi la tengok Mission Impossible. BEST :))

Assalamualaikum. 

Hai semua. Ho ho ho. Okeyh, titeww nak sakap niewh tadi titteww tengok citewww beshhhhh. Ha ha ha. Nak penampar aku ker? Sila jangan. 

Mai nak cerita satu cerita. Hari ni, pergi CS, konon nak menonton Ombak Rindu yang kata best gila kalahkan Lagenda Budak Setan tuh kan? Bila kat CS tu almaklumlah kan, ada beberapa movie aje tayang. Sebab situ wayang ada tiga buah aje okayh. So, dah semangat dah ni nak beli tiket Ombak, sekali tengok pukul 12.00 pm. Ombak start pukul 12.00 pm tuh pulak. Adeh.

So, kita kasi cancel, kita masuk Mission Impossible. Tu pun hampir-hampir start. 12.05 pm. Nampak macam best iklan lam TV kan, tu yang tak boleh tengok Ombak, tengok Mission Impossible ni. 

Tapi serius aku cakap, cerita mereka mereka ni memang tak bosan langsung. Memang best. Action movie memang kegemaran aku. Tu yang aku tak teragak-agak nak tengok cerita ni. 

Tetiba dah nak habis tu ada hero Hindustan. Ha ha ha. Kalau yang dah tengok mesti tau. Kalau yang belum tengok lagi, lekas pi tengok. Ha ha ha. Bukan suruh tengok pelakon Hindustan tuh, suruh tengok cerita tu sebab best sangat. 4 bintang. Dari aku. :))


Friday, December 16, 2011

Aku hutang dengan PTPTN je lah woi...

Aku hidup ni tak pernah mintak duit orang pun. Aku hidup ni tak pernah mintak budi baik orang tolong beli ikan, beras, minyak apa semua. Aku hidup ni dengan mak ayah aku tak ada berhutang dengan orang pun.

Hutang aku dengan PTPTN je. Tak ada dengan manusia-manusia kat dunia ni. Tambah tambah aku tak ada hutang dengan makhluk-makhluk yang kat kampung sana yang tak tahu kebenaran yang sesuka hati buat cerita pasal keluarga aku, pasal mak ayah aku. 

Aku tak nak nak melatah pasal benda yang tak betul mana ni. Kalau betul aku buat salah, tegur depan-depan. Itu prinsip keluarga aku, aku rasa. Setiap dari ahli keluarga aku, semua ada prinsip yang macam ni. Kalau nak tegur, buat cara baik. Aku pun akan dengar dengan baik, terima dengan baik. Ini tak, tegur belakang belakang, cakap belakang belakang, tabur satu dunia kemudian of course la cerita lain sampai dekat aku. 

Kemudian bila ada salah cakap sikit, mula nak menuduh bukan- bukan. 

Entah. Aku hidup di dunia ni pun atas nama hamba pada Yang Esa. Benci dah dengar orang-orang bercakap. 

And satu lagi. Ada ke manusia yang hidup di Malaysia ni cakap pelajaran aku low class punya. Hoit. Sejak bila pulak la pelajaran ada highclass lowclass. Sejak bila? Sejak zaman nabi-nabi dulu pun tak ada tau. Pandai-pandai je nak letak hukum. Menyampah sungguh. 

.................................................................................

: I wanna meet you badly :))

Thursday, December 15, 2011

ForTeen :))

Semua semua. Good morning buddies. :))

Ceh, over pulak pagi-pagi ni. 

Ha, korang semua mesti pernah dengar kumpulan FORTEEN kan? Yang tengah hangat dekat Malaysia sekarang ni. Yang KRU punya anak-anak buah tu. Tau kan? Their famous song is 'Berdua Bersatu'.

Tahu kan?

Heeee, actually aku selalu dengar aje nama diorang dan tak rasa interested nak tau siapa mereka-mereka ni. Ha ha ha. Tadi tengok video clip diorang, and I was like 'eyh, kenapa video clip ni macam tak gempak pun?'. Tapi tapi tapi dah tersuka one of the members. Maybe sebab dia kecik kecik comel je. Jom tengok gambar aku curi dari En Google. 

 ehsan En Google :))
okey serius muka macam korean :))

Patutlah remaja perempuan  kat Malaysia ni gila suka kat dia. Muka ala ala Korean gitu. Mix ke apa ke entah lah pulak. Nasib baik muka comel comel comel macam ni suara sedap jugak.

Tapi kan, kalau kumpulan FORTEEN ni imej diorang lari sikit dari KRU tak boleh eyh? Nampak sangat persamaan diorang. Dari gaya pun sama. Dah macam tengok KRU version muda balik lah pulak. :))

Anyway, best of luck for you guys. 


...............................................................

: Sebulan dah berlalu :))

Tuesday, December 13, 2011

Nak buat blog cerita pasal mimpi-mimpi :))

Terasa nak buat satu blog untuk ceritakan mimpi mimpi mimpi aku dan En BF dan sesiapa yang duk share mimpi mimpi dengan aku. Ha ha ha. 

Tahu kenapa?

Sebab mimpi aku sekarang ni banyak yang best best best boleh buat novel ha. Tinggal intro dengan ending je yang nak kena reka sikit. Tapi, kalau dicantum cantum cantum mimpi semua tu, boleh dapat cerita best kot. Ha ha ha.

Owh. Sebelum tu, nak cerita dulu pasal mimpi En BF kelmarin-kelmarin dulu ni.

Pagi pagi dah dapat mesej dari En BF. En BF takkan call sebab tak nak kacau aku tidur. Hihihi. Padahal, En BF tu memang tak suka call pagi pagi pun.

: Sayang, Abang mimpi akad nikah.

: Perempuan tu sayang ke?

: Ha la. Sape lagi. Tapi memang real la akad nikah. Abang sebut akad tu.

: Ha? Okeyh, kalau macam tu, cuba sebut sekarang. :))

: Hish, tak ingat lah macam mana sebut.

Ceh, tadi beriya tau cakap dah sebut akad semua, pastu bila suruh sebut balik, tergagap-gagap menjawab. Geram betoi.

...............................................................

: Mimpi kalau jadi kenyataan best juga, tapi tanggungjawab amatlah besar. Ye dak?

Monday, December 12, 2011

POREH & MELACUK

Baru baru ni balik kampung di Perak.

.

Aku ni even asal beranak semua kat Perak, tapi harap maklumj aku tak tahu dialek Perak. Perak pure orang kata. Sebab aku ni Perak sebelah Hulu Perak, so bahasanya dah macam Kelantan sikit, Siam sikit, tambah-tambah duduk kat sempadan.

Masa hari balik kampung hari tu, adalah sebuah trak bawak renjer hutan. Then mak aku sebut, POREH. Ha? Tercengang jugak aku. Dalam hati duk tanya-tanya POREH tu apa. Kemudian mak aku cakap lama tak dengar orang sebut perkataan tu.

Ini semua hasil dari sebutan orang-orang tua dulu dulu dulu.

PO = POLIS

REH = FOREST

Bila dibahasamelayukan jadilah POREH. :))

Kemudian, balik rumah makngah pulak, ada lah buah betik muda tak muda sangat. Memang aku suka la, boleh buat cicah-cicah air garam. Dah macam orang mengidam pulak kan?

Lepas tu, ada seorang pakcik, sedara aku jugak, aku panggil paksu, duk kecoh-kecoh tanya bila air garam belacan tu nak siap.

: Weyh, dah siap belum. Nak melacuk ni.

Ha?? Kening aku kerut-kerut dah. Then aku tengok mak aku, mak aku cakap MELACUK (macam ni lah kot ejaan dia) tu adalah mencicah. Adoi lah. Bahasa negeri mana lah ni.

Mungkin campuran-campuran bahasa yang buat perkataan-perkataan macam ni timbul.

Lawak pulak bila menyebut perkataan-perkataan yang tak ada dalam kamus dewan bahasa pustaka ni. :))

..........................................................................

: En BF selalu sebut perkataan DAMUS. Sampai sekarang still tak faham maksud sebenar perkataan tu :))

Sunday, December 11, 2011

Makan hati sedap tak? Huh

Malam ni tetiba nak makan maggi berulam hati limpa paru-paru. 

Serius geram. Sakit hati pun ye jugak. Simptom-simptom datang bulan. Tapi ada jugak yang kadang-kadang tuh tak faham. Aku datang bulan orang lain pulak terlebih moody, terlebih marah. Aish. Sabar aje lah.

Mujur aku yang sekarang dah agak pandai bersabar. Kalau tidak boleh pecah rumah aku kerjakan. 

Nak mengamuk dekat siapa ni? Ada yang sudi bagi telinga tak?

............................................................................

: Kejam. Serius kejam. 

Saturday, December 10, 2011

Before or after?

Hm.

My mom cakap if nak bertunang time study or what, bertunang lah.

Tapi kahwin, kena lepas study. 

Haih, tak tahu lah nak fikir macam mana. 

Before and after. 
..................................................................

: Tak sabar nak tunggu lagi lima bulan :))

Wednesday, December 7, 2011

Ya Allah...

Sejak dapat berita yang tidak menyenangkan hati pagi tadi, lemah sungguh rasa nak bekerja. Walaupun aku tak buat sebarang kerja sebenarnya. Nak duduk di ofis ni dalam waktu yang lama, buat aku tertekan.

Musibah yang menimpa saudara ku, saudara rapatku, buat aku jadi tak senang duduk, tak senang hati. Rasa nak balik sekarang jugak.

Ya Allah.

Kuatkan lah hati dia Ya Allah.
Hanya pertolongan dari-MU yang mampu hambaMU ini meminta.
Tabahkan hatinya.
Sabarkan hatinya dengan apa yang telah terjadi.

Ini dugaan yang maha berat Ya Allah.
Bantulah dia, bantulah kami agar dapat mengharungi ujian-MU.

................................................................

: amat memerlukan doa semua pihak.

Tuesday, December 6, 2011

Tersenyum :))

Owh, tajuk tak ada kena mengena dengan entry. Cuma tersenyum mengingat masa lampau.

Dalam sedar tak sedar, hubungan yang dibina sudah melebihi setengah tahun. Sudah menjangkau 8 bulan. 8 bulan dalam dunia percintaan (hu, segannya saya), dan kalau mengikut usia perkenalan sudah hampir 8 tahun.

7 tahun yang pertama, terlalu leka dengan dunia sampaikan tidak sedar orang yang aku suka, sayang, masih ada di depan mata, masih berhubung sekali sekala, lelaki yang kuanggap hanya sebagai abang.

Dalam masa 7 tahun, memori-memori aku dengan dia, sikit sangat. Perkenalan yang bermula dengan game Scrabble (pernah aku tulis dulu), kemudian dengan sendirinya terjalin ikatan persahabatan, yang tak pernah langsung aku fikirkan. Sungguh. Aku memang malu dengan dia. Hanya kiriman salam yang selalu aku titipkan untuknya setiap kali ada latihan koir. Ha ha ha. Kawan yang menjadi pengantara. Malu. Berjumpa berdepan?

Lagi malu. Senyum aje. Lagipun aku memang suka dengan senyuman dia, sebab mata dia akan jadi kecik sikit, dan ada garis di bawah mata yang macam misai kucing. Ha ha ha. Comel. Wajah itu aku bawa setiap saat, minit, jam, hari, bulan, tahun. Kisah perkenalanku, aku ingat setiap hari. Walaupun, aku bercinta dengan orang lain, tetapi namanya tidak pernah tidak aku sebut setiap kali aku berjumpa dengan kawan dia. Sampaikan masa tu kawan dia dah rimas sebab selalu menyebut nama dia.

Ha ha ha. Maaf, nama dia tidak akan pernah aku lupa. Ahmad Huzair bin Awang Dollah.

.

Khas buat Abang.

Abang,

Abang selalu pesan, jadi lah yang terbaik.
Yang terbaik untuk abang.
Yang terbaik supaya abang pun cuba untuk jadi yang terbaik.

InsyaAllah, sayang cuba.

Abang selalu jugak cakap, bila kita dapat jumpa macam orang lain.
Sumpah, sayang tiada jawapan tepat untuk itu.
Bila ditanya bila, pasti kita akan terdiam.
Berfikir.
Tapi, jawapan tak ada.

Jangan risau. InsyaAllah, jika diizinkan kita tetap akan berjumpa.

Dan belakangan ni, abang selalu bertanya.
Bila nak nikah ni??

Ha ha ha. Soalan yang satu ni, hanya ada pada abang jawapannya.
Sebab tu sayang diam banyak, dan jawab tak tahu.

InsyaAllah, berdoalah supaya ada jodoh kita.
Ini doa sayang hari-hari tau.
Harapan, doa dimakbulkan.
AMIN.

Moga-moga sayalah tulang rusuk abang, yang akan sentiasa menyokong abang, yang akan sentiasa menyejukkan hati abang, yang sentiasa menjadi kesayangan abang. :))

............................................................

: Soal kahwin nikah tu, abang cari duit cukup-cukup lebih dulu yer? hehehe. Will wait for you.



Tak tunang, tak apa kan??

Okeyh, sambung pasal semalam.

Semalam berhenti kat mana? Pasal tunang kan?

Tak tunang tak apa kan?

Sebab bila fikir balik, kalau dah memang kenal lama tu buat apa lagi nak bertunang. Tunang tu untuk sesi berkenalan kan? Aku rasa aku dah pernah tulis pasal ni before.

Hm, lagi satu, pembaziran kot. Ha la. Cuba tengok majlis tunang orang-orang sekarang. Ya Allah, dia punya grand macam majlis menikah. Siap pakai baju bersongket bagai. Lepas tu nanti, nak kenduri nikah kahwin semua, nak keluar duit lagi. Haih. Buang duit aku. Ha ha ha.

Hari tu pun ada baca dalam facebook. If teruna melamar si dara, dan si dara terima untuk berkahwin, secara tak langsung nya, mereka telah pun bertunang. Bezanya, pertunangan itu tidak diketahui oleh mana-mana pihak kecuali teruna dara tadi.

Banyak tau kes macam ni. Macam aku pun terlibat sekali je. Pening dah. Nak kena bertanya yang pakar nih. Keliru macam ni bahaya ni. :p

.

Sebenarnya tengah lapar ni. Petang ni nak balik awal.

Ha, lagi satu, takziah untuk keluarga TokLang aku kerana kehilangan seseorang yang aku kenali sebagai TokPah. Moga beliau dicucuri rahmat oleh-Nya. Amin.

..........................................................

: Hoit cik abang. Bila awak nak balik ni?

Monday, December 5, 2011

Cukup tak ??

Hari ini, first day aku masuk kerja. Eyh, aku ada tak cakap aku carik kerja lain after praktikal hari tu?

Entah. Lupa pula cakap ke tak. Sendiri punya tulis pun tak ingat eyh? He he he.

First day masuk office ni, aku tak ada kawan pun. I mean kawan office. Yang ada beberapa orang lelaki. Yang lelaki-lelaki tu pulak kat bilik lain. Toilet pun dalam bilik lelaki-lelaki tu. Tadi, nak terkucil sangat sangat sangat dah, tapi tahan je lah. Sampai lah diorang keluar tadi. Adoi, punya lah seksa tau tak. Kenapa lah tak ada buat toilet kat bilik perempuan ni. Berejam tunggu, untuk kucil aje.

Bosan jugak kerja sorang-sorang kat sini, tapi tak apa, dari tekanan yang melampau, baik kerja sini aje.

.

Tadik duk membelek message dari En BF. Then terjumpa satu mesej ni,

: Kalau RM 15,000, cukup tak buat kahwin?

Ini En BF punya mesej. En BF memang suka buat aku terkejut bagai. Tetiba lagi dia tanya soalan macam ni. En BF memang suka tanya soalan tetiba aje, sampai aku kadang-kadang pening nak menjawab.

Memang lah kadang-kadang kami bercakap soal kahwin, soal masa depan, soal lain-lain selepas kahwin, but, bila ditanya soalan yang macam ni, aku tak tahu nak jawab macam mana. Then aku cakap,

: Cukup. Majlis nikah kecik-kecik je cukuplah tu.

Ye la. Bagi pandangan aku cukuplah tu RM 15,000 kalau nak menikah. Bukan nak buat besar-besar pun kan? Yang penting akad nikah tu ye dak? Pastu aku tanya pulak,

: Kenapa? Nak menikah dah ke? Bila agaknya tu?

: Eyh, belum tahu lagi. :))

Hurm, belum tahu lagi, tapi tanya mengejut macam tu macam nak ajak nikah bulan depan je. Aku pulak yang gabra ha. Satgi terlebih fikir kang, malu pulak kat dia. Ha ha ha. Suka taw bagi aku ni terkejut.

Tapi ada jugak En BF sebut pasal tunang tunang tunang ni dulu dulu dulu. Cuma tak sekerap dia sebut nikah. Bagi aku tak bertunang pun tak apa. Lebih jimat kot.

Tunang tak wajib kan??

..........................................................

: nati update lagi.. dh nk kena balik ni :p

Thursday, December 1, 2011

The mother :))

Bosan pulak bila kena duduk rumah dari pagi sampai ke malam. Adeh. Dan jadi maid untuk budak-budak ni. Hadoih, letih la. Dah kemas sini, sana sepah, dah kemas sana, sana sepah. Adoih. 

And I am always thinking how the mothers in this world can be so strong, can be so tough, can be so patience, can be so nice, so kind, so sweet and so segalanya lah untuk the children. Can you imagine??

Being a mother, kena bangun pagi awal-awal sebelum suami bangun, sebelum anak-anak bangun. 

Being a mother, kena siapkan anak anak anak ke sekolah. Siapkan anak untuk hantar ke baby sitter. Memang ada the father, but the father sendiri pun mesti kadang-kadang kelam kabut untuk siapkan diri sendiri. Itu yang the mother kena bangun lebih awal dari semua orang. 

Semua pun mesti akan cari mak. Apa-apa hal sekalipun, mesti akan cari mak dulu. And anak-anak ni pulak bukan semua akan dengar kata kan? Mesti akan ada yang memberontak senyap-senyap. Macam mana ye seorang ibu boleh handle anak-anak dia kan?

Bila aku praktikal dulu, pagi-pagi mak aku masak untuk aku. Aku mula macam tak terfikir tau, tapi bila saja duk ingat-ingat balik, aku duk imagine jugak, macam mana kalau anak aku macam aku jugak. So, aku kena bangun awl pagi pagi pagi, masak bagi anak bawak bekal, bagi suami bawak bekal. Adeh, sempat ker?

If aku bekerja, macam mana pulak keadaannya? 

To be a mother, to be a wife, I know, I need to be tough, mentally and physically. Adeh, tak dapat bayangkan kalau dapat anak yang lasak.

Dah lah aku ni tak berapa gemar dengan budak-budak yang umur 3 tahun-6 tahun. Kenakalan yang sangat terserlah akan masa tu lah. So, respect to every mother in the world yang mampu menjaga each of their kids. 

And, aku jugak sangat garang. Even mak sangat garang, ayah pun garang, tapi tak ada lah bila aku pecahkan pinggan mangkuk mak aku bertempik kat aku. Mak aku senyum je gelak gelak gelak. Ayah buat tak tahu je. Ayah selalu macam tuh. 

But, bila adik aku pecahkan gelas or something, aku mesti marah dia. Tak faham betul lah kenapa. 

Ha ha ha ha ha ha. 

Sebab tu aku cakap mother ini sangat penyabar orangnya.

........................................................

: Hey, shayam, balik lah duduk sini. :))