Followers

Tuesday, December 13, 2011

Nak buat blog cerita pasal mimpi-mimpi :))

Terasa nak buat satu blog untuk ceritakan mimpi mimpi mimpi aku dan En BF dan sesiapa yang duk share mimpi mimpi dengan aku. Ha ha ha. 

Tahu kenapa?

Sebab mimpi aku sekarang ni banyak yang best best best boleh buat novel ha. Tinggal intro dengan ending je yang nak kena reka sikit. Tapi, kalau dicantum cantum cantum mimpi semua tu, boleh dapat cerita best kot. Ha ha ha.

Owh. Sebelum tu, nak cerita dulu pasal mimpi En BF kelmarin-kelmarin dulu ni.

Pagi pagi dah dapat mesej dari En BF. En BF takkan call sebab tak nak kacau aku tidur. Hihihi. Padahal, En BF tu memang tak suka call pagi pagi pun.

: Sayang, Abang mimpi akad nikah.

: Perempuan tu sayang ke?

: Ha la. Sape lagi. Tapi memang real la akad nikah. Abang sebut akad tu.

: Ha? Okeyh, kalau macam tu, cuba sebut sekarang. :))

: Hish, tak ingat lah macam mana sebut.

Ceh, tadi beriya tau cakap dah sebut akad semua, pastu bila suruh sebut balik, tergagap-gagap menjawab. Geram betoi.

...............................................................

: Mimpi kalau jadi kenyataan best juga, tapi tanggungjawab amatlah besar. Ye dak?

5 comments:

alyaclumsy said...

wahh, ni mesti kes tak sabar nak kawen ni, hehe. mudah-mudahan berkekalan. amin

TSYA'Z (~_^) said...

hehe En BF lah tu.. :)) thanks yea...

aienzunnur said...

how old r u?
kecik lg..xblh kawen..hahaha

Anonymous said...

da tak lme ar tuhhhh .


-speechless009.blogspot.com-

Muhammad Rosdi said...

Salam... :) saya kalau sebut pasal mimpi, minat sangat.. lebih2 lagi kalau dapat mimpi yg seronok dan mimpi yg selalu kita inginkan, betul tak?