Followers

Friday, September 16, 2011

Perihalku #1

Aku seorang yang sensitif sebenarnya. Aku mudah terasa. Tapi walau macam tuh, aku bukan jenis yang nak buat muka terasa. Aku akan buat bodoh je. Tahan je sudah. Kalau aku terasa sangat pun aku menangis sorang-sorang. Itu je. Paling teruk pun aku balas dengan kata-kata. 

Aku tak boleh tertekan. Airmata akan jadi teman aku kalau aku tertekan. Tapi, yang best kalau aku menangis macam mana pun, mata aku tak akan merah teruk macam sesetengah orang. Tak akan nampak kesan nangis pun. Dua tiga minit merah pastu hilang. So orang tak boleh detect aku menangis. Ha ha ha. 

Aku suka berfikir. Macam-macam aku fikir sampai aku sendiri tak tahu mana patut fikir mana tak patut fikir. Adoilah. Ini yang buat aku tertekan ni. Ha ha ha. 

Aku even sensitif tapi aku elakkan merajuk-merajuk. Aku cuba elakkan. Aku jarang nak merajuk. Dengan En BF, belum pernah aku merajuk. Sebab aku tahu, aku tak akan dipujuk. So, I trained my self supaya if rasa macam merajuk tuh, sila pujuk hati dan diri dengan sendiri. If not, akan makan diri sebab tak ada siapa yang nak pujuk kau. Tapi, teringin untuk rasa dipujuk. Ha ha ha. 

Aku tak suka cari gaduh. Aku tak suka cari pasal. Aku tak suka buat hal. Kalau ada bunga gaduh dengan sesiapa tu, aku akan cuba tak bergaduh. Tapi, if orang cari pasal dengan aku, itu kali akhir dia cari pasal. Sebab lepas tu, aku akan buat tak kenal je dengan orang-orang macam ni. Dengan En BF, ada jugak gaduh, krisis bagai, tapi biasalah. Hubungan mana yang tak bergaduh. Tapi, sebolehnya aku kawal suara aku. Masih maintain macam tak ada apa hal. Tinggi suara? Dengan adik beradik aku je. Dengan orang lain tak ade. 

Ada orang cakap mulut aku laser. Laser kalau kau cari pasal dengan aku. Memang kau dapat la habuan. Ha ha ha. Padan muka kalau ada yang pernah kena. Sape suruh kacau hidup aku. Nasib lah. 

Ini serba sedikit perangai aku. Ada banyak lagi. Sekali sekala berkongsi perangai busuk. Tak salah kot :)

...........................................................................

: En BF, saya harap awak masih sayang saya even saya ni kadang-kadang serabutkan pikiran awak. :) Love you a lot B. 

2 comments:

Anonymous said...

part sensitif air mata dan majok itu kita sama! :)

TSYA'Z (~_^) said...

hahaha... ye ke... x sgka plak...